Friday 13 August 2010

A132245 nur hasshimaa LJ04

Salam dan salam sejahtera. Kuliah Pengurusan Emosi pada minggu ini jatuh pada satu Ramadhan tahun ini. Walaupun kelas ini bermula pada pukul 4petang dan dijangka akan berakhir lewat, namun saya gagahkan diri untuk menghadiri kuliah ini. Pada pembelajaran minggu ini, kami didedahkan dengan emosi-emosi negatif walaupun pada dasarnya emosi ini sesuatu yang neutral dan tidak berada dalam klasifikasi emosi seperti emosi positif dan negatif. Namun, mungkin emosi-emosi ini dianggap sebagai emosi negatif kerana kesan yang mungkin dihadapi kepada individu tersebut mahupun masyarakat sekelilingnya melalui emosi ini. Antara emosi negatif ialah takut, malu, sedih dan marah.

Takut adalah respon emosi kepada bahaya yang bakal menimpa atau berkaitan dengan kebimbangan. Malah, ia turut berkaitan dengan keresahan, keganasan dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun, melalui perasaan takut ini, ia mampu menjadi mekanisme untuk meneruskan hidup seperti contoh, apabila berhadapan dengan bahaya, seseorang itu akan berasa takut lalu bertindak dengan menyelamatkan diri. Cuba kita bayangkan manusia tanpa perasaan takut, dia seakan-akan menempah maut dengan tidak memberi tindakbalas apa-apa apabila berhadapan dengan bahaya. Selain itu, emosi takut boleh berpunca daripada insiden yang boleh mengakibatkan trauma. Seseorang itu juga boleh berasa takut untuk hilang kawalan terhadap sesuatu perkara seperti takut untuk kehilangan atau melepaskan insan yang tersayang dari hidup mereka. Emosi takut juga mungkin berpunca daripada keadaan sekeliling yang member ancaman emosi seperti mengejek dan memberi kritik yang tidak membangun.

Emosi negatif seterusnya ialah malu. Emosi ini dilalui apabila tindakan atau keadaan yang tidak boleh diterima telah disaksikan atau didedahkan kepada orang lain. Contohnya, berlaku sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah atau kehilangan nama baik. Namun, tahap dan jenis emosi malu itu  bergantung kepada situasi yang memalukan tersebut. Kadangkala, dari perkara yang kecil seperti tersalah tegur orang mahupun terlupa zip seluar juga mampu menimbulkan perasaan malu. Terdapat beberapa jenis malu iaitu bagi individu dan secara professional atau ditempat kerja. Bagi jenis secara individu, malu ini disebabkan kesilapan atau kecuaian diri sendiri yang mendapat perhatian umum yang tidak diingini tanpa disedari seperti seseorang yang terlalu kepoh sehingga menarik perhatian orang lain tanpa dia sedari. Selain itu, sesetengah perasaan malu itu lahir dari tindakan seseorang itu seperti mendapat kekalahan yang teruk dalam pertandingan. Emosi malu ini sering diiringi dengan keadaan tersipu-sipu, berpeluh-peluh, gementar, tergagap-gagap, dan gelisah. Bagi malu di tempat kerja pula ialah bsesuatu yang melibatkan duit dan material mahupun malu kerana tidak dapat menjalankan tugas.

Selain itu, sedih turut dianggap emosi negatif. Sedih ialah emosi yang menggambarkan perasaan yang disebabkan kehilangan atau sesuatu kekurangan. Perasaan sedih yang terlalu mendalam boleh mengakibatkan kemurungan dan perlu mendapatkan khidmat dari yang pakar. Apabila seseorang itu diselubungi perasaan sedih, dia akan menjadi lebih pendiam, tidak bermaya dan akan lebih mengasingkan diri. Terdapat juga kajian (Forgas,1992,1994) yang menyatakan bahawa orang yang sedang bersedih lebih lambat memproses emosi yang diterima berbanding mereka yang sedang gembira.

Seterusnya ialah emosi marah yang turut diklasifikasikan sebagai emosi negatif. Marah merupakan tindakbalas psikofisiologi kepada kesakitan, penderitaan, tekanan atau ancaman. Is juga boleh diakibatkan oleh beberapa perkara seperti apabila berhadapan dengan konflik, kecuranagn mahupun apabila dimalukan. Emosi marah boleh diekspresikan secara aktif mahupun pasif. Orang yang mengeksperikan marah secara aktif akan bertindak secara fizikal seperti membalin barang-barang yang berhampiran dengannya atau menengking dan memarahi perkara yang membangkitkan kemarahannya. Manakala bagi yang marah secara pasif ini akan berdiam diri dan memendamkan sahaja perasaan marah itu. mereka ini lebih bahaya berbanding pemarah aktif kerana ia mampu memakan diri dengan dipendam perasaan itu dan akhirnya boleh menjadi dendam. Maka, carilah seseorang yang boleh dipercayai untuk menjadi tempat untuk diluahkan perasaan yang terpendam.

Menerusi sudut perspektif Islam, marah merupakan tanda kelemahan. Ini kerana dia tidak mampu mengawal emosi seperti hadis yang menyatakan bahawa " Orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal emosi" dan " Orang yang baik adalah orang yang susah berasa marah dan senang untuk meredhakan kemarahan ".

 

 

 


No comments:

Post a Comment