Friday 27 August 2010

A134118 Aimi Amirah LJ06

Assalamualaikum
  pertama sekali ingin saya lafazkan kesyukuran kerana berjaya mengikuti kuliah pada minggu ini walaupun pelbagai dugaan mendatang. Kuliah pada minggu ini menjelaskan tentang teori tahap adaptasi  (adaptation level theory). Secara asasnya kita akan bertindak terhadap ransangan baru berdasarkan tahap adaptasi kita pada masa sekarang.Tahap adaptasi seseorang boleh ditafsirkan sebagai neautral apabila kita sudah berjaya menyesuaikan diri dengan ransangan tertentu. Tahap adaptasi seseorang akan sentiasa berubah mengikut ransangan yang dikenakan. tahap penyesuaian kita terhadap sesuatu ransangan memnyumbang kepada emosi. contohnya apabila seseorang itu baru mendapat wang yang banyak dia akan merasa gembira tetepi perasaan tersebut tidak akan berkekalan kerana lama-kelamaan wang tersebut akan dianggap sebagai sedikit dan dia mahukan wang yang lebih tamak. Seperti biasa manusia tidak pernah rasa bersyukur dengan apa yang dimilikinya.Lazarus,Kanner dan Folkman pada tahun 1980 berpendapat bahawa penilaian kognitif seseorang terhadap situasi/ransangan tertentu akan menentukan keterangan tahap emosi seseorang. Apabila seseorang itu telah berjaya mendapat markah yang tinggi dia tidak akan merasai kegembiraan pada masa yang panjang dan tidak akan berpuas hati sehinggalah dia berjaya mendapat markah yang lebih tinggi.

Kita bergerak pula kepada teori berlawanan Solomon. Teori ini terhasil dari ubahsuaian Teori aras adaptasi. Teori ini diperkenalkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980 untuk memahami perangai penagih. Menurut Solomon, keseimbangan emosi terhadap titik neutral tidak semestinya dalam jangka masa yang lama tetapi ianya juga boleh berlaku dalam tempoh masa yang singkat. Setiap emosi yang dirasai akan menghasilkan emosi yang bertentangan. Ini membukikan bahawa emosi wujud secara berpasangan dan apabila suatu emosi dirasai emosi yang bertentangan dengannya akan kurang dirasai. Contohnya apabila seseorang itu merasai emosi gembira, emosi sedih tidak akan dialami pada waktu tersebut. Pada masa pertama kita mengalami sesuatu perasaan dikenali sebagai tahap pertama. Contohnya pertama kali saya berucap di dalam perhimpunan sekolah ketika saya beumur 11 tahun, saya berasa amat gementar, seluruh badan menjadi seram sejuk dan perasaan takut turut tidak ketinggalan menyelitkan dirinya. Namun saya tabahkan diri dan berusaha untuk melawan perasan-perasaan ini akhirnya ucapan tersebut berjaya saya sampaikan.  Selepas pengalaman tersebut, memberi ucapan di khalayak ramai tidak lagi memberi masalah kepada saya. Inilah yang dikatakan sebagai tahap bertentangan atau tahap kedua dalam teori ini. Tahap kedua kita akan merasai perasaan yang bertentangan dengan apa yang kita rasai pada tahap pertama dan ia akan bertahan lebih lama. Pada tahap ini , tahap oertama akan menjadi lemah memandangkan tahap kedua akan menjadi lebih kuat sekiranya ia diulang-ulang. Contohnya seorang akrobat yang bekerja di sarkas yang enjoy kerjanya. Pada pertama kali dia melakukan aksinya dia tidak akan terlepas dari perasaan takut, namun apabila sudah lama melakukannya dia akan merasa gembira dan menghargai kerjayanya. Hal ini juga berlaku kepada penerjun-penerjun bebas yang terjun dari kapal terbang atau dari tempat-tempat yang tinggi, mereka akan merasa gembira dan perasaan tersebut akan meninggakt dengan kekerapan mereka melakukan terjunan. Perasaan takut akan hilang secara perlahan-lahan. 

Kesimpulannya apabila kite merasa takut terhadap sesuatu keadaan atau perkara, cubalah lakukannya dengan sekerap yang mungkin kerana perasaan itu akan hilang menggantikan dengan perasaan gembira dan selesa untuk melakukannya lagi. Inilah kelebihan kita sebagai manusia bak kata pepatah orang tua-tua alah bisa tegar biasa. . Sekian.

No comments:

Post a Comment