Friday 13 August 2010

A134118 Aimi Amirah LJ04

 Assalamualaikum...


    Alhamdulillah sudah 4 minggu saya mengikuti kelas pengurusan emosi. Emosi positif telah kita bincangka pada minggu lepas dan pada minggu ini, saya belajar emosi negatif contohnya takut,malu, sedih dan marah. Emosi takut ialah emosi yang bertindak balas untuk menangani rasa terancam yang sebenarnya berhubung kait dengan kebimbangan.Ketakutan sebenarnya merupakan satu tindakbalas yang menyebabkan manusia terus hidup dan ia selalunya berlaku disebabkan oleh ransangan-ransangan negatif yang tertentu. Contohnya orang akan melarikan diri apabila dikejar anjing.Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai perasaan takut sudah tentu dia tidak akan lari justeru akan membawa kepada kecelakaan yang boleh membawa maut. Nmun begitu perasaan takut juga ada kelemahannya, kerana takut untuk bersuara seseorang itu boleh ditindas. Contohnya seorang mangsa dera akan terus didera sekiranya dia takut untuk melaporkan kes penderaan tersebut kepada pihak yang berwajib. Dari mana datangnya perasaan takut?? Apa yang menyebabkan kita mengalami perasaan tersebut?? Terdapat beberapa sebab yang mewujudkan perasaan takut pertama sekali perasaan ini boleh didapati melalui trauma. Contohnya bagi seseorang yang pernah didera dan dikurung dalam tempat yang sempit dan gelap, dia akan cenderung untuk mengalami Lygophobia (takut berada di tempat gelap) dan stenophobia (fobia dengan tempat sempit). Takut juga boleh diransang oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat atau konsep abstrak contohnya ibu bapa menakutkan anak-anak mereka dengan cerita-cerita tahyul untuk melarang anak mereka bermain hingga senja. Seterusnya takut hilang kawalan juga merupakan sebab wujudnya perasaan ini. Sebagai contoh seoran bapa takut dirinya hilang kawalan atas anak kesayangannya tidak akan membenarkan anaknya berkahwin. Takut boleh digambarka dengan beberapa 'facial reaction' iaitu mata terbeliak, anak mata membesar bibir atas terangkat dan banyak lagi.
   
    Perasaan malu adalah perasaan yang tidak asing lagi dalam hidup kita. Malu ialah emosi yang tidak menyenangkan disebabkan tindakan spontan atau melakukan perkara yang memalukan dan dilihat atau disebarkan oleh orang lain. Kadangkala, peristiwa kecil sepetti tersalah menyarung selipar, terlupa menzip seluar dan tersalah memberikan jawapan bolaeh mendatangkan malu sekiranya perkara tersebut disedari oleh orang lain. Terdapat dua jenis malu iaitu malu peribadi dan malu profesianal.Malu peribadi disebabkan oleh perhatian yang tidak diingini terhadap perkara sulit atau kesilapan yang dilakukan. Personal embaressment ini selalunya diiringi dengan beberapa reaksi badan iaitu tersipu-sipu, berpeluh, gentar, tergagap-gagap dan gelisah. Kadangkala perasaan ini akan dikaburi dengan senyuman atau ketawa. Contohnya ketika di dalam kelas saya tidak boleh manjaeab soalan yang diutarakan oleh guru walaupun soalan tersebut sangat mudah. Bagi menutup perasaan malu yang meluap-luap saya menghadiahkan senyuman yang 'paling manis'kepada seisi kelas.. Malu profesional pula melibatkan malu ditempat kerja. Contohnya seorang pengurus dengan penuh rasa confident mengumumkan bahawa syarikatnya akan mengaut keuntungan yang besar pasti akan berasa malu sekiranya syarikat tersebut tiba-tiba muflis.

    Kita sering mendengar lagu-lagu sedih dicorong-corong radio, perasaan sedih adalah satu mood yang menyatakan perasaan kekurangan dan kehilangan. Selalunya seseorang yang mengalami emosi ini akan cenderung untuk menangis dan mengasingkan diri. Perasaan ini boleh membawa padah sekiranya ia berterusan. Sedih boleh dikesan melalui tanda-tanda fizikal contohnya menundukkan wajah, menjebikan bibir dan segala tindakan yang dilakukan perlahan dan kelihatan tidak bersemangat. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh Forgas yang menunjukkan bahawa orang yang gembira cenderung untuk memproses maklumat lebih pantas berbanding mereka yang bersedih. Oleh itu janganlah bersedih.

    Marah.. Marah adalah tindakbalas psychophysiologi terhadap kesakitan, penderitaan atau tertekan atau ancaman. Emosi in bolah diekspresikan secara pasif atau sebaliknya. Kemarahan yang diluahkan secara pasif ialah dengan cara memendamkan perasaan tersebut. Cara ini akn mendatangkan mudarat kepada individu secara mental dan fizikal. Kemarahan yang diluahkan secara aktif ialah melepaskan kemarahan tersebut secara terang- terangan contohnay meninggikan suara terhadap orang yang dimarah. Bagi saya cara ini adalah lebih baik dan effektif. Bagi meredakan kemarahan, saya akan berjoging sehingga perasaan tersebut hilang. Pada saya itu adalah cara yang paling efektif untuk meluahkan kemarahan. Namun setip manusia mempunyai cara yang berbeza untuk setiap perkara termasuklah untuk menguruskan kemarahan. Kita perlu mengawal marah kerana ia bukan sahaja akan melukakan diri kita malah orang sekeliling hal ini kerana manusia akan bertindak secara tidak rasional ketika marah. Caranya mudah sahaja, tenangkan diri, tarik nafas panjang-panjang biar diri cool dulu. Menurut pandanagan agama islam, kemarahan dianggap sebagai satu tanda kelemahan. Sabda nabi Muhammad S.A.W, "MAnusia yang kuat bukanlah mereka yang mampu nengalahkan musuh dengan kekuatannya tetapi mereka yang mampu mengawal dirinya ketika marah".

        Kesimpulannya, perasaan negativ perlu dikawal agar ia tidak memudaratkan diri. Namun setelah mengalami emosi-emosi sebeginilah kita akan lebih menghargai emosi positif. Sekian.

No comments:

Post a Comment