Friday 13 August 2010

A133542 OON CHIA SOON LJ04

                Menghadirkan diri pada kuliah pengurusan emosi sudah menjadi satu kebiasaan kepada saya. Pada hari berkaitan, minda-minda saya sentiasa mempunyai jurnal yang akan saya siapkan selepas mingguan kuliah. Jurnal yang saya siapkan benar-benar menbawa emosi saya dan merakamkan segala yang saya belajar pada hari tersebut. Tajuk pada hari itu ialah Emosi Negatif: Takut, Malu, Sedih dan Marah. Seperti yang diketahui umum, emosi sebenarnya merupakan suatu yang berunsur neutral, tidak boleh melabelkannya seperti emosi positif atau negatif. Oleh itu, emosi negatif ini hanya digunakan untuk menberikan gambaran yang lebih jelas kepada orang yang mengkajinya.

            Setiap orang dari mula sampai akhir hayat mesti akan merasai segala emosi tidak kira "positif" atau "negatif". Segala emosi yang dirasai mesti setiap diingat atau dihargai kerana ia akan menjadi satu pengalaman yang amat berguna sekali di kehidupan kita. Emosi yang dikatakan negatif dapat menyebabkan kita mengetahui apa yang kita ingin miliki dan dipandang penting. Sebagai contoh yang paling nyata, seorang budak yang sentiasa tidak menghormati ibu bapa mereka, walaupun dia tidak sejahat seperti penjenayah, tetapi benda-benda materialistik atau dari segi rohani yang diberikan oleh ibu bapa tidak pernah dihargai oleh budak tersebut. Dia memang mengetahui apa yang telah dikorbankan oleh ibu bapa tetapi dia beranggapan bahawa itulah satu kewajiban yang haruk dilakukan oleh setiap ibu bapa dan juga beranggap bahawa ibu bapa akan setiansa berada di sisinya. Malang nasibnya,  bapa meninggal dunia dalam suatu kemalangan, dan tinggalkan dia seorang dan ibunya. Tibalah masa, dia mengetahui betapa pentingnya seorang bapa dalam satu keluarga. Sekarang, dia dipaksa bekerja sambil belajar untuk menampung yuran pelajarannya. Kematian bapanya memang pahit dan ini telah menukarkan pandangannya. Sekarang, walaupun dia hanya tinggal dengan ibunya, tetapi dia sangat menyayangi ibu dan dan jasa ibu juga sentiasa dibalas dengan kasih sayangnya. Cerita ini menbawa maksud bahawa bukan setiap peristiwa pahit yang menbawa emosi negatif menbawa kesan negatif, maka ia juga akan mengajar seseorang supaya menjadi insan yang lebih memahami kebiasaan hidup kita seperti kematian. Sebaliknya juga, emosi positif seperti kegembiraan juga dapat mengajar orang supaya menjadi insan secara tidak langsung.

            Parasaan seperti takut, malu, sedih, marah juga dibincang pada kuliah tersebut. Pada pandapat saya, setiap emosi mendatangkan emosi yang tertentu kepada manusia. Cuba kita fikir-fikirkan bahawa sekiranya seorang manusia yang tidak mengetahui perasaan takut, apa-apa jua perkara seperti bunuh, rogol tidak mustahil akan dilakukan olehnya. Hal ini boleh dihuraikan bahawa jika seorang tidak perasaan takut, hanya dia diri sendiri dalam lubuk hatinya dan segala perkara hanya dilakukan untuk kebaikan diri. Orang seperti ini, tidak dapat bergaul dengan orang lain kerana dia hanya akan menjalankan tugasan berdasaran pandangan dirinya sahaja, dan pandangan orang lain tanpa kira baik atau buruk juga diabai-abaikan. Perasaan marah pula dapat menberikan isyarat kepada orang lain yang bergaul dengannya bahawa apa yang tidak disukai oleh orang yang marah itu atau pantang larang orang tersebut. Dengan ini, apabila berkomunikasi dengan orang tersebut kita akan tahu apa batasan atau had yang kita tidak boleh menyentuh.

            Kesimpulannya, segala emosi menbawa fungsi tertentu, dan fungsi itu akan menbawa kesan bukan sahaja diri sendiri malah orang lain juga. Orang yang betul-betul tahu mengesan emosi orang lain atau dirinya, aktiviti seharian atau kerja yang dijalankan akan selancar yang mungkin.

No comments:

Post a Comment