Friday 13 August 2010

A132516 zara LJ04

Assalamualaikum...
    Pada hari rabu minggu ke-5 bertarikh 11/8/2010, saya telah menghadiri kuliah Pengurusan Emosi buat kali yang ke-4. Kuliah kali ini membincangkan tajuk mengenai "Emosi negatif(takut, malu, sedih dan marah)" yang bertentangan dengan tajuk pada minggu ke-4 iaitu emosi positif. Pada kali ini saya ingin mengupas sedikit mengenai emosi takut, malu, sedih dan marah.
    Pertama, emosi takut merupakan suatu emosi yang bertindak balas ketika suatu bahaya yang akan terjadi dan berkaitan dengan keresahan. Takut juga berkaitan dengan jumlah kadar emosi termasuk kebimbangan, keresahan, ketakutan dan lain-lain. Terdapat beberapa punca ketakutan iaitu mungkin disebabkan oleh trauma kemalangan yang dialami atau yang berlaku di depan mata. Emosi takut ini boleh diperlihatkan oleh perangai dan fizikal terutama ekspresi muka. Apabila seseorang itu marah, riak wajahnya akan berubah seperti mata kelihatan besar dan bibir atas di gigit.
    Kedua, emosi malu merupakan keadaan emosiyang kurang elok yang dialami keika sedang bersosial atau tindakan yang tidak diambil secara profesional. Kebiasaannya, malu ini adalah disebabkan oleh beberapa jumlah kekurangan sifat atau melibatkan maruah. Terdapat dua jenis malu iaitu persendirian dan profesional. Malu secara persendirian ini disebabkan oleh perhatian yang tidak diperlukan untuk perkara yang rahsia. Malu persendirian ini adalah gabungan oleh sikap2 tertentu iaitu tersipu-sipu, berpeluh, cemas dan tergagap-gagap. Manakala malu profesional pula ialah malu yang mengekspresikan keyakinan dan malu pada tempatnya.
    Ketiga, emosi sedih pula ialah keadaan jiwa yang memainkan perasaan  dalam keadaan yang mudarat. Penyerapan yang mendalam terhadap emosi ini akan menyebabkan kemurungan dan memerlukan orang-orang yang profesional untuk menyelesaikan kes ini. Antara tanda-tanda sedih dalam diri seseorang itu adalah seseorang itu akan menjadi pendiam, kurang bertenaga dan bersendirian.
    Terakhir, emosi marah ialah suatu tindak balas penyakit psikologi yang boleh menyebabkan penderitaan atau kesengsaraan atau ancaman. Tindak balas penerimaan ancaman ini disebabkan oleh konflik fizikal iaitu meminta hak keadilan, menyebabkan kealpaan, penghinaan atau pengkhianatan. Emosi marah ini boleh berlaku sama ada secara aktif atau pasif. Marah secara aktif adalah seperti seseorang itu tidak akan puas hati selagi dendam tidak terbalas sepenuhnya. Manakala marah secara pasif adalah kemarahan yang hanya sementara, contohnya, seseorang itu hanya marah apabila hatinya terguris dan cepat hilang kemarahannya apabila orang yang membuatnya terguris meminta maaf padanya. Terdapat beberapa cara untuk mengawal perasaan marah iaitu seseorang itu harus mengakui hakikat bahawa dia sedang dalam keadaan marah. Selain itu, seseorang itu harus menilai sama ada situasi ini sesuai untuk meluahkan kemarahan ataupun tidak. Sekiranya rasa sesuai untuk diluahkan kemarahan, nilaikan anda perlu menggunakan pendekatan secara langsung ataupun tidak. Setelah anda bertindak, imbas kembali apa yang telah dialami dan melakukan tindakan untuk memperbaiki diri.
    Kesimpulannya, emosi-emosi negatif yang disebutkan di atas boleh dikawal dengan baik sekiranya kita muhasabah diri setiap hari dan setiap masa. Kita juga perlu lebih mendekatkan diri pada Yang Maha Esa untuk mendapatkan ketenangan hati dan jiwa. Selain itu, kita harus mengakui hakikat bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara dan banyak dugaan yang ditimpakan pada seseorang supaya menjalani kehidupan dengan lebih tabah. Oleh itu, semua emosi yang dinyatakan di atas adalah suatu nikmat yang diberikan supaya diri kita di uji.
Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment