Friday 6 August 2010

A134118 Aimi Amirah LJ03

Assalamualaikum.....
Emosi positif dan negatif merupakan tajuk kelas pengurusan emosi pada minggu ini. Kegembiraan merupakan salah satu emosi yang dilabel sebagai emosi positif. Kegambiraan merupakan satu emosi yang tidak asing lagi dalam hidup kita sebagai seorang manusia. Perasaan gembira seringkali diekpresikan melalugi senyuman, ketawa serta raut wajah yang ceria. Kegembiraan adalah emosi yang bercirikan keceriaan, keceriaan dan kepuasan. Contohnya, saya akan berasa amat gembira ketika mendapat berita bahawa saya diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran di  UKM.
Menurut Aristotle "kegembiraan adalah kejayaan mengejar kepuasan". Contoh yang bolah dijadikan sebagai medium untuk memahami kenyataan ini adalah Ani seorang yang sukakan aktiviti lasak, jadi dia gembira ketika melakukan aktiviti tersebut kerana ia memeberi kepuasan kepada diri Ani. Gurunya pula iaitu Plato menyatakan punca kegembiraan ialah berbudi pekerti mulai dalam hidup. Sekiranya seseorang itu berpekerti mulia, dia akan cenderung untuk merasa bahagia kerana disampingnya ada rakan yang akan menolongnya ketika berada dalam kesusahan memandangkan dia disenangi oleh orang ramai. "Kegembiraan diperoleh dengan memaksimumkan kepuasan dan meminimumkan kesakitan", Epicurean.

Menurut kajian yang dibuat oleh Veenhoven pada tahun 1995, kegembiraan adalah berbeza antara satu negara dengan negara yang lain.
Pada tahun yang sama, Diener et al melaporkan bahawa orang Asia mempunyai kadar kegembiraan yang rendah. Orang yang paling gembira hidup di Amerika Utara, Australia dan Eropah,Kajian ini di jalankan oleh Argyle pada tahun 1987. Sejauh mana kebenaran kajian yang dilakukan oleh ketiga-tiga ahli falsafah ini?? Hanya Dia yang mengetahui. Pernahkah anda bertanya diri anda sejauh mana anda gembira. Pernahkah anda berasa gembira hinggakan anda berada diawang-awangan? Pendapat mengatakan bahawa orang yang cepat menyesuaikan diri adalah lebih gembira berbanding mereka yang lambat menyesuaikan diri.Saya bersetuju dengan kata-kata ini kerana apabila kita sudah menyesuaikan diri dengan situasi yang dialami, segala gerak geri yang kita lakukan akan menjadi mudah dan lancar. Oleh itu kita tidak akan menghadapi banyak masalah. Contohnya apabila mahasiswa tahun satu dapat menyesuaikan diri dengan suasana universiti, kehidupan di universiti akan menjadi lebih menggembirakan. Orang yang gembira pula dikatakan lebih mudah menyesuaikan diri dan mampu menyelesaikan masalah dengan mudah. Apa yang boleh saya simpulkan adalah orang yang dapat menyesuaikan diri dengan mudah akan lebih gembira kerana tiada masalah. 

Dikatakan terdapat dua faktor utama yang berkait rapat dengan kegembiraan iaitu, kebahagiaan jangka pendek dan kebahagiaan jangka panjang. Kebahagian janfka pendek merujuk kepada kegembiraan yang tidak berpanjangan berlaku berdasarkan peristiwa-pperistiwa tertentu dalam hidup. Contohnya ketika saya memperoleh telefon bimbit yang pertama, saya berasa amat gembira tetapi ianya tidaklah berkekalan. Kebahagiaan jangka panjang pula merujuk kepada kebahagian yang dialami dalam masa yang lama iaitu dari tahun ke tahun yang berikutnya. Contoh yang saya berikan ialah kebahagiaan yang dialami oleh ibu bapa saya yang telah mendirikan rumah tangga selama 30 tahun namun mereka masih bahagia disamping satu sama lain. Sudah tentu terdapat pergolakkan dalam rumah tangga, lidah sendiri lagikan tergigit, namun ketidak bahagian tersebut tidak diambil kira kerana tempohnya yang singkat dan  tidak meniggalkan kesan yang besar dalam hidup mereka. Antara lain yang juga merupakan faktor kegembiraan adalah persahabatan, kerjaya, rekreasi, kesihatan dan penghayatan agama,Argyle. Saya bersetuju dengan paedapat beliau kerana rakan- rakan ternyata menggembirakan saya.

KAsih sayang atau 'love; juga membahagiakan. 'Love' adalah menyukai 'liking' tetepi lebih dari suka yang biasa. 'Liking'boleh menjadi love dengan tiga perkara iani iaitu rasa dekat, rasa mengambil berat dan kepercayaan. Apabila seseorang itu mula mencintai seseorang dia akan berasa sangat gembira dan bahagia. Kajian menunjukkan 78 % mengatakan mereka bahagia ketika bercinta.Terdapat 3 faktor cinta iaitu passsion, comitment, dan intimate. Sekiranya anda merasai ketiga-tiga perasaan ini nescaya anda sedang jatuh cinta. Pada pandangan saya sebagai seorang remaja, cinta sebenarnya memberikan kebahagiaan kerana kita rasa diri kita dihargai dan disayangi.

Akhir kata, emosi positif boleh dikecapi dengan pelbagai cara bergatung kepada individu itu sendiri. Tetapi perkara yang penting ialah kita berfikiran positif dalam menjalani kehidupan. Sekiranya diri kita sentiasa berfikitan positif nescaya pelbagai masalah dapat kita hadapi dengan mudah. Penuhilah hidup dengan senyuman yang menggembirakan kerana ia bukan sahaja boleh membahagiakan diri kita malah orang yang lain turut dapat berkongsi kebahagiaan tersebut. Sekian

No comments:

Post a Comment