Friday 6 August 2010

A134329 NUR AFIFI LJ03

 
 

Pada minggu keempat, saya telah mempelajari tajuk empat iaitu emosi positif (gembira ,bahagia dan kasih) .Happiness? Kebahagiaan? Apa sebenarnya? Kebahagiaan adalah satu emosi atau sesuatu keadaan yang boleh dikategorikan melalui perasaan ,kesenangan ,dan kepuasan. Sudah tentu semua manusia mengharapkan kebahagiaan .tetapi segelintir dari kita mungkin susah untuk bertemu kebahagiaan disebabkan factor- faktor tertentu.

Terdapat empat tokoh pada zaman dahulu yang menghuraikan dan memberi pendapat  lebih lanjut  tentang  kebahagiaan. Empat tokoh tersebut adalah Aristotle, Plato, Epicurean dan juga Mills. Saya agak bersetuju dengan pendapat Plato, dimana beliau menyatakan  sumber kebahagiaan membawa kepada kehidupan yang seimbang.

Saya tertarik dengan soalan  'apa yang menyebabkan anda gembira'? Pada pendapat saya,benda yang cukup menggembirakan saya adalah  saya mendapat sesuatu benda yang sudah lama saya idamkan iaitu mp3 dan saya berasa gembira kerana dapat menggembirakan hati orang lain.

Dalam kajian tentang kebahagiaan, Veehoven, 1995, beliau berpendapat bahawa sifat bahagia ini ditunjukkan secara berbeza mengikut Negara. Dan yang saya tidak menjangka bahawa orang yang paling bahagia adalah orang yang tinggal di Amerika Utara, Australia dan Europe (Argyle,1987).

Terdapat dua komponen utama dalam faktor yang membawa kebahagiaan (Kozmaet al 1992) iaitui 'long term affective states' dan ' short term affective  states' . Emosi yang stabil sejak dari kecil hingga sekarang menunjukkan 'long term' manakala 'short term ' berdasarkan sesuatu peristiwa atau situasi dalam hidup dimana kita menghadapi kegagalan ataupun kebahagiaan . Contohnya, gagal dalam peperiksaan dan mendapat anak.

Menurut  sumber Argyle, terdapat pelbagai peristiwa yang positif dalam kehidupan manusia. Antaranya, peristiwa jatuh cinta , berkahwin, mendapat anak , mendapat keputusan yang cemerlang, mendapat kerja dan sebagainya.peristiwa jatuh cinta merekodkan peratusan yang tertinggi iaitu 78% dan peratusan yang terendah adalah peristiwa mendapat kerja baru iaitu 56.1%.

Terdapat enam bukti yang menyatakan kebahagiaan ada  berkaitan dengan keagamaan. Mereka berpendapat bahawa orang yang beragama lebih gembira , bahagia dan kurang tertekan (stress). Saya bersetuju dengan pendapat ini.

No comments:

Post a Comment