Friday 6 August 2010

A129088 Rafiuddin LJ03

Salam 1 Malaysia sekali kepada semua blogger dan sahabat-sahabat 1 Pengurusan Emosi. Minggu ini,sedar atau tidak,hampir sebulan sudah kita berada di UKM mengharungi semester baharu,dengan niat dan iltizam yang setara dan sama,iaitu menimba ilmu dan meraih segulung ijazah dengan rasa penuh bangga.

 

Beralih kepada proses pembelajaran kursus Pengurusan Emosi  minggu ini, tajuk kuliah pada kali ini adalah berkaitan dengan emosi positif. Emosi positif yang dimaksudkan ialah gembira, bahagia, dan kasih. Kebahagiaan secara umumnya  dapat diterjemahkan sebagai emosi yang disampaikan disebabkan perasaan gembira, suka, dan puas.

 

Wujud banyak perkara yang berhubungkait dan menjadi pemangkin perasaan gembira. Sebagai contoh,kejayaan di dalam peperiksaan, berjaya mendapat tawaran kerja setelah penat mencuba,memenangi pertandingan dengan jayanya,keluar bersama rakan-rakan untuk berlibur,tidak kira samada bajet rendah, iaitu hanya sekadar lepak di kedai mamak menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris sambil menghirup secangkir besar teh tark "kaw" mahupun berlibur dengan bajet besar, seperti bercuti ke pulau-pulau peranginan, mendaki gunung serta aktiviti-aktiviti yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal,serta emosi untuk menjayakannya.

 

Saya amat bersetuju dengan pendapat yang dikemukan oleh ahli fikir, Epicurean yang menyatakan bahawa kebahagiaan adalah suatu situasi dimana kita memaksimumkan kegembiraan dan meminimumkan kesengsaraan. Hal ini kerana, setiap orang perlulah menghilangkan kesengsaraan atau meminimakannnya untuk mengecapi kebahagiaan. Maksudnya disini, kita perlu melupakan kesedihan untuk mencapai kebahagiaan.

 

Sebagai contoh, seorang pelajar yang berjaya sudah tentunya seorang pelajar yang mampu untuk mengatasi emosi sedihnya dan sentiasa berfikiran positif dalam menjalani kehidupan seharian. Hal ini seterusnya membolehkan pelajar tersebut mendapat keputusan yang cemerlang dan memperoleh kebahagiaan, dalam masa yang sama. Kebahagiaan juga mampu dicapai hasil sokongan dari rakan sekeliling dan keluarga itu sendiri.  


Seperti saya, walaupun minggu peperiksaan hamper tiba dan tarikh akhir menghantar tugasan semakin menjengah, tapi saya tetap mencari keseronokan dengan menyertai program kolej. Dengan cara itu, saya dapat melupakan tekanan kerja walaupun hanya sebentar. Terserah kepada insan itu sendiri untuk mengecapi bahagia melalui cara yang bagaimana,samada jalan yang menghancurkan atau jalan yang menuju kebahagiaan hingga ke akhirnya.

 

Aristotle ada menyatakan bahawa kegembiraan boleh dikecapi apabila berjaya mengejar kesenangan. Bagi pandangan saya, Aristotle merupakan seorang yang suka bersikap rambang dan tidak mempedulikan keseluruhan bangsa, dan hanya meliohat pada skop yang kecil sahaja. Hal ini kerana kesenangan tidak menjanjikan kebahagiaan kerana ketika taraf hidup semakin meningkat, nafsu dan permintaan semakin tinggi dan hal ini akan mengundang manusia membuat hutang,tekanan mencari lebih banyak wang dan bergelut kerana perebutan harta yang tidak seberapa.

 

Sebenarnya, kebahagiaan datang dari hati insan itu sendiri. Tidak kisahlah samada orang itu kaya atau miskin, asalkan mereka ikhlas dan jujur menjalani hidup, itulah bahagia yang sebenarnya dalam kehidupan.

 

Teori emosi positif ini lebih mudah difahami berbanding tajuk-tajuk terdahulu kerana pengisian kali ini lebih bersifat ringan dan mudah difahami. Contohan yang diberi membantu pelajar mendalami apa itu teori positif dengan lebih baik.

Tuntasnya, kebahagiaan adalah bersifat umum. Kita sebagai manusia harus bijak mencorak perjalanan mencari kebahagiaan itu kerana jika kita gagal memilih jalan bahagia yang betul,kebahagiaan hanya akan dikecapi sementara sahaja, dan disudahi dengan kesengsaraan berpanjangan...


No comments:

Post a Comment