Friday 20 August 2010

A133647 Fatin Ilyani

Minggu ini saya telah mempelajari Tajuk 3 dalam kuliah Pengurusan Emosi, iaitu Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik (minda bawah sedar) iaitu ekspresi kepada emosi. Dalam kuliah yang diikuti sebelum ini, kami tidak didedahkan kepada perkara-perkara yang menyebabkan kita gembira dan sedih terhadap sesuatu serta perkara-perkara yang berlaku yang berkaitan emosi yang dialami.

Secara keseluruhannya, teori tentang ekspresi emosi turut bersetuju bahawa emosi terbahagi kepada beberapa komponen, iaitu perasaan subjektif, tahap koqnitif yang berbeza, kesan pergerakan fisiologikal serta pergerakan tubuh badan.

Fisiologikal merupakan salah satu komponen ekspresi emosi. Emosi lahir daripada peranan minda dan sistem saraf. Tindakan fisiologikal ini berasal daripada tindakan terhadap rangsangan. Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan komponen di atas. Antaranya ialah James Lange Theory (JLT). Teori ini asalnya diformulasikan oleh William James pada tahun 1884, dan kemudiannya turut disokong oleh Carl Lange, tiga tahun kemudiannya, tahun 1887. Terdapat hipotisis yang menyatakan reaksi fisiologikal, rangsangan yang menyumbang kepada emosi. JLT menyatakan bahawa sesuat situasi berlaku dan kemudiannya diikuti dengan reaksi tubuh dan juga emosi. Selain itu, 'common-sense theory' menyatakan bahawa situasi berlaku dan diikuti dengan emosi serte reaksi tubuh. Sedikit berbeza dengan JLT. Contohnya apabila seseorang itu nampak seekor lipas, dia akan berasa takut, seterusnya jantungnya akan berdegup dengan kencang. Menurut teori Canon-Bard, sistem organ bertindak balas terlalu perlahan terhadap emosi. Organ-organ dalam tubuh badan kita tidak dapat melahirkan emosi yang pelbagai. Rangsangan dalaman dan luaran akan dihantar kepada korteks yang terdapat di dalam otak manusia dan ini akan melahirkan perasaan dalam diri manusia tersebut.

Komponen yang kedua pula ialah kognitif, iaitu memproses, mentafsir dan menyimpan dalam minda. Komponen ini merupakan peranan utama dalam penjanaan emosi. Teori Schachter's Cognitive Labelling menyelidik tentang apa itu emosi yang dialami. Misattribution (salah anggap) boleh membawa kepada konflik dan keganasan kerana selalunya masyarakat sering salah anggap terhadap sesuatu emosi. Pemindahan teruja pula menerangkan bagaimana sesuatu emosi itu boleh dipindahkan kepada yang lain.dalam teori Kesan Kognitif menjelaskan tentang pemikiran (proses) tentang tindak balas utama terhadap reaksi emosi dan tingkah laku. Menurut Schachter's Cognitive Labelling menerima teori JLT. Tetapi, tafsiran terhadap tindakan fisiologikal terhadap situasi yang lepas dan sesuatu peristiwa yang dialami. Seseorang individu itu mungkin melabelkan sesuatu emosi itu berbeza dengan individu-individu yang lain. Sebagai contoh, keamatan seperti takut, sangat takut dan tidak takut. Hal ini diformulakan seperti berikut; situasi diikuti dengan reaksi tubuh dan seterusnya emosi dan juga penilaian kognitif. Kritikan yang diterima terhadap teori ini adalah memberi keadaan yang sama terhadap semua emosi. Kesan kognititf pula mengandungi dua kategori. Pertama, kesan utama tanda yang penting tentang sesuatu stimuli dalam perhubungan sesama manusia. Kesan kedua pula ialah merakamkan semula sumber-sumber dan strategi untuk berhadapan dengan perasaan tertekan (stress) yang bertunas dalam emosi seseorang.contohnya, terlihat seorang penjenayah bersama-sama senjatanya (kesan utama) dan seterusnya ingat kembali untuk pengalaman yang berguna, menggunakan akal fikiran untuk mengurangkan tekanan.

Tindakan impulse terlibat secara kognitif dalam memproses tingkah laku yang berkemungkinan. Reaksi patterned somatic pula menjelaskan tindak balas fisiologikal  yang diiringi dan menjadi sebahagian daripada bahagian emosi yang pernah dialami. Proses coping pula merupakan pemikiran dan tingkah laku yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan (stress). Seperti yang dinyatakan dalam hipotesis Lazarus, apabila emosi kita terganggu, kita akan terlibat dalam proses coping. Antara mekanisma yang utama ialah palliation dan direct action. Palliation merupakan proses di mana individu itu sendiri yang akan menggerakkan emosinya dalam sesuatu situasi yang emosional. Contohnya, mengabaikan peristiwa yang negatif, berjogging dan lain-lain. Direct action adalah suatu jalan dalam menyelesaikan masalah emosi.

Kesan kognitif Arnold mencadangkan bahawa kita secara automatiknya mengawal emosi kita yang relevan terhadap diri kita. Apabila kesan itu membawa kepada sesuatu tindakan, maka itu adalah emosi.

Seterusnya pula komponen yang terakhir, iaitu psikoanalitik. Tetapi Sigmund Freud, tidak bersetuju. Penekanan teori ini adalah kepada emosi-emosi negatif. Terutamanya bimbang dan marah. Emosi ini berlaku di paras tidak sedar. Sebagai contoh, kita mungkin tiba-tiba berasa bimbang dan marah tanpa sebab.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah, kita hendaklah bijak mengawal emosi kita.

No comments:

Post a Comment