Friday 20 August 2010

A127070 Sakinah LJ05

            Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Encik Zamri dan rakan-rakan sekalian. Pada minggu ini, kami telah belajar tentang tentang tajuk yang agak sukar untuk difahami iaitu teori Fisiologikal, Kognitif, dan Psikoanalitik. Tajuk ini sepatutnya dipelajari pada minggu yang ketiga tetapi pensyarah kami meninggalkan dahulu tajuk ini supaya kami terlebih dahulu faham tentang konsep emosi yang telah dipelajari pada minggu ketiga dan keempat. Sememangnya, ia amat membantu kerana sekiranya kami tidak mempelajari topik yang lepas sudah tentu lebih sukar untuk kami memahami topik kuliah pada kali ini yang melibatkan teori-teori daripada tokoh-tokoh tertentu.

            Pada permulaan kuliah ini, kami didedahkan dengan persoalan yang wujud tentang pengalaman berkaitan emosi. Sebagai contoh, apakah turutan kejadian ketika kita mengalami sesuatu perasaan dan perhubungan antara emosi dan tingkah laku. Emosi terbahagi kepada beberapa perkara iaitu perasaan subjektif, apa yang difikirkan oleh minda, dan pergerakan badan (tingkah laku). Teori pertama yang kami pelajari ialah Teori Fisiologikal. Teori ini lahir dari peranan minda dan sistem saraf. Terdapat tiga sub teori bagi teori ini iaitu James lange, Cannon Bard, dan Psychobiological approaches.

            Teori James Lange adalah teori tertua yag diasaskan oleh William James. Ia disokong pula oleh Carl Lange pada tahun 1887. Teori James Lange memberitahu bahawa apabila manusia berdepan dengan sesuatu situasi, badan manusia tersebut akan bertindak balas dan barulah terhasilnya emosi. Teori mereka ini bertentangan dengan teori asas yang mengatakan bahawa emosi lahir terlebih dahulu diikuti dengan reaksi tubuh seperti jantung berdegup atau berpeluh. Namun begitu, teori mereka ini disangkal oleh Teori Cannon Bard. Cannon dan Philip Bard beranggapan bahawa emosi lahir dahulu sebelum badan bertindak balas. Mereka beranggapan bahawa emosi datang dengan cepat. Hati dan perut pula tidak boleh menghasilkan emosi yang pelbagai kerana tiada sistem kawalan.

            Teori yang kedua ialah Teori Kognitif. Teori ini mengatakan bahawa pemikiran ada peranan utama dalam menjana atau memandu emosi. Teori yang dicadangkan ialah Schachter's Cognitive Labelling, Misattribution, Transfer of Excitation, dan Cognitive Appraisal. Schachter bersetuju dengan James Lange tetapi telah memperkenalkan penilaian kognitif. Menurut Schachter, apabila seseorang berdepan dengan sesuatu situasi, badan orang itu akan bertindak balas dan diikuti pula oleh penilaian kognitif dan barulah diikuti dengan emosi. Misattribution pula adalah kesilapan dalam menganggap. Sebagai contoh, kita kadangkala melepaskan perasaan marah kita terhadap orang lain yang tidak bersalah. Pemindahan emosi pula ialah perubahan emosi seseorang dalam sesuatu situasi. Sebagai contoh, terdapat peserta yang disuruh untk mengayuh basikal sehingga penat sedangkan yang lain hanya memerhati. Kemudian, mereka dimaki oleh seseorang. Hal ini akan menyebabkan peserta yang mengayuh basikal marah dengan agresif berbanding dengan mereka yang tidak melakukannya.

            Lazarus pula memberi pendapat bahawa emosi mempunyai 3 komponen iaitu cognitive appraisals, action impulse dan pattern somatic reaction. Cognitive appraisal mempunyai dua bahagian iaitu pertama dan kedua. Primary appraisal ialah pentafsiran ransangan berhubung dengan situasi. Contoh yang boleh dikaitkan dengan teori ini ialah seperti dalam kes ragut yang berlaku pada seorang wanita. Pada mulanya dia akan menafsirkan gerak geri peragut dan memikirkan pula penyelesaian masalah yang sesuai untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa ragut. Namun begitu, dalam kes ini, wanita tersebut tidak sempat untuk lari dan bertindak melawan penjenayah itu sambil menjerit sehingga penjenayah itu ditangkap oleh orang ramai. pattern somatic reaction ialah reaksi yang terjadi apabila kita mengalami perasaan takut atau teruja iaitu berpeluh dan jantung berdegup dengan kuat.

            Teori yang terakhir ialah Teori Psikoanalitik. Teori ini menjelaskan tentang pengalaman tanpa sedar dalam emosi. Sigmund Freud mengatakan bahawa pengalaman tanpa sedar itu adalah personaliti yang mengandungi emosi, motif, memori tentang pengalaman lepas yang kita tidak prihatin tetapi mempengaruhi tingkah laku. Kebanyakan pengalaman semasa kanak-kanak adalah pengalaman secara tidak sedar. Penekanan teori ini adalah kepada emosi negatif iaitu bimbang dan marah. keadaan ini akan menyebabkan kita rasa marah dan bimbang secara tiba-tiba tanpa sebab.

            Kesimpulannya, kuliah pada minggu ini memperkenalkan kita tentang pelbagai teori yang agak rumit untuk difahami. Namun begitu, penerangan yang diberikan oleh pensyarah sedikit sebanyak membantu saya untuk memahami konsep-konsep tersebut. Walaubgaimanapun, pada kuliah minggu ini, saya merasakan teori yang diperkenalkan oleh James Lange. Pada pendapat saya, teori yang diperkenalkan oleh mereka tidak mengikut hukum. Seperti mana yang kita tahu, apabila kita melihat hantu, emosi takut akan lahir dan seterusnya barulah diikuti dengan tingkah laku yang berkaitan. Namun, ini hanyalah pendapat saya dan semua orang mempunyai persepsi tersendiri. Sekian, wassalam.


No comments:

Post a Comment