Friday 20 August 2010

A129205 FATHANAH LJ05

Rabu , 18/08/2010, jam 4 hingga 7 petang di bilik kuliah 3A510. Kuliah keenam untuk kursus pengurusan emosi. Tajuk yang dipelajari pada hari ini adalah mengenai Teori-Teori Fisiologikal, Kognitif Dan Psikoanalitik. Wah tajuknya mungkin  agak menggerunkan, malah tajuknya sahaja sudah membuatkan saya rasa agak susah untuk memahaminya tetapi selepas berada dalam kelas selama 2 jam pertama, saya sudah mula memahaminya sedikit demi sedikit. Hasil penerangan dari En.Zambri, dan pemahaman serta pembacaan saya selepas kuliah, saya mendapati teori utama atau Major Theory (on Experience of Emotion) terdapat dalam beberapa komponen iaitu subjective feelings, cognitive appraisal, Physiological arousal, Motor expression (body movements) dan Motivational tendencies (needs to act on basis of emotions). Walaubagaimanapun, teori yang dikemukan mungkin berbeza mengikut teori seperti Asas Psikologi (teori Psikologi), Peranan Kognitif ( teori kognitif) dan peranan dalam keadaan tidak sedar (teori Psikoanalitik).

                Berbalik kepada bahagian teori, teori yang pertama yang dipelajari ialah teori Psikologi. Teori ini menerangkan mengenai maksud psikologi itu sendiri. Maksud psikologi berasal dari perkataan tamadun Greek purba "pysche" dan "logos". Psyche bermaksud "jiwa" manakala logos bermaksud kajian mengenai sesuatu(kajian mengenai pemikiran yang dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme). Maksud psikologi yang lain ialah satu kajian mengenai sesuatu  yang memberi kesan kepada jiwa seseorang. Terdapat 3 jenis teori mengenai psikologi iaitu  James-Lang Theory, Cannon-Bird Theory dan Pyschologycal Approches. Teori pertama yang akan dibincangkan ialah Teori James-Lang. Teori ini sebenarnya diformulakan oleh William James pada tahun 1884 dan teori ini disokong oleh Carl Lang pada tahun 1887 tetapi akhirnya teori ini dinamakan Teori James-Lang. Teori ini menerangkan mengenai tindak balas psikologi akan menghasilkan emosi. Berdasarkan teori James-Lang, ia menerangkan bagaimana kita menghadapi kehidupan seharian kita seperti yang terdapat dalam teori ini, teori ini  mengatakan situasi atau keadaan yang dialami kemudian tindak balas terhadap tubuh badan dan akhir sekali bagaimana kita menunjukkan emosi kita. Sebagai contohnya, ketika saya berjalan bersama rakan, saya ternampak seekor anjing, saya menjadi sangat takut sehingga menyebabkan emosi saya tidak tenteram kerana menggangap anjing itu akan mengejar saya dan rakan saya. Berbeza pula dengan common-sense theory, ia menerangkan bagaimana situasi yang dihadapi kemudian emosi kita akan bertukar seterusnya menyebabkan berlakunya tindak balas terhadap tubuh badan.

                Teori yang kedua dibawah teori Psikologi ialah Cannon-Bard Theory. Walter Cannon mengkritik dan menyangkal teori yang dikemukan oleh Teori James-Lang. Walter Cannnon dengan mengatakan sistem organ yang mencetuskan respon terhadap emosi sangat lambat dalam memberikan tindak balas atau rangsangan dan rangsangan yang berlaku akan menghasilkan atau menunjukkan reaksi emosi yang serentak atau segera. Selain itu, tindak balas psikologi lambat dalam menghasilkan reaksi emosi. Sebagai contohnya, jika seseorang itu takut akan ketinggian, tetapi kita menyuruhnya atau  mencabar untuk berada di bangunan yang tinggi atau menaiki kapal terbang , pasti dia akan menolak kerana dia merasakan tubuh badannya tidak mampu untuk bertahan pada ketinggian. Mereka pasti akan mengalami ketakutan yang teramat ketika berada di tempat yang tinggi. Teori yang ketiga ialah teori psikobiologikal, tokoh yang memperkenalkan teori ini ialah Jack Panskepp (1982. 1992). Beliau telah memperkenalkan empat asas emosi  iaitu ketakutan, kemarahan, kerisauan dan harapan. Keempat-empat komponen asas emosi ini saling berkaitan antara satu sama lain. Pada tahun 1998, Panskepp telah mengenal pasti sistem asas emosi berpandukan sistem limbic yang mengandungi (1) SEEKING SYSTEM : motivasi umum, mencari, harapan. (2) RAGE SYSTEM :  kemarahan, (3) FEAR SYSTEM : ketakutan, (4) LUST SYSTEM : nafsu/sekualiti, (5) CARE SYSTEM : menyediakan rawatan/rawatan, (6) PANIC SYSTEM : panic/pemisahan (7) PLAY SYSTEM : sukacita.

Kesimpulannya,walaupun ketiga-tiga teori yang dinyatakan  dalam teori James-Lang,Cannon-Bard dan Psikobiologikal amat berbeza dari segi teori dan situasi ,ia juga bergantung kepada tindak balas  manusia yang mengalaminya. setiap manusia mungkin mengalami respon yang berbeza-beza dan teori yang dapat dikaitkan mungkin berlainan.

No comments:

Post a Comment