Thursday 12 August 2010

A133647 Fatin Ilyani LJ04

Minggu ini merupakan minggu ke 5 saya mengikuti kuliah Pengurusan Emosi yang dikendalikan oleh Encik Ahmad Zabri bin Mansor. Semakin lama saya mengikuti kuliah yang dikendalikan olehnya, semakin tertarik saya kepada kursus yang saya pilih ini, iaitu Pengurusan Emosi. Saya berasa saya telah membuat pilihan yang tepat kerana telah memilih kursus ini. Ini adalah kerana saya berasa sangat selesa apabila mengikuti kuliah ini.

Mingggu ini, tajuk yang dipelajari ialah Emosi Negatif. Antara emosi yang dipelajari ialah takut, marah, malu serta sedih. Tetapi, Encik Ahmad Zabri menyatakan bahawa beliau kurang setuju dengan apa yang dinyatakan . iaitu takut, marah, malu serta sedih merupakan emosi negatif. Menurutnya, ada kalanya senyuman juga boleh memberikan impak yang negatif. Sedikit sebanyak saya turut bersetuju dengan pendapatnya.

Takut emosi yang disebabkan oleh tindak balas apabila seseorang individu itu berada dalam keadaan yang bahaya yang membawa kepada perasaan takut. Takut merupakan mekanisma perjuangan, dan kebiasaannya berlaku akibat tindak balas terhadap tindak balas negatif yang terperinci. Contohnya, apabila seseorang itu ternampak singa, perasaan takut akan menghantui dirinya. Kemudian dia akan bertindak dengan berlari dengan pantas untuk menyelamatkan dirinya. Jika dia tidak mempunyai perasaan takut, dia akan terus berada di situ dan menyebabkan dirinya berada dalam keadaan yang bahaya yang mungkin menyebabkan  dia dibaham oleh singa tersebut. Situasi ini dapat membuktikan bahawa emosi takut itu bukanlah semata-mata emosi yang negatif. Antara sebab yang boleh membawa ketakutan ialah mungkin salah satunya disebabkan oleh suatu kejadian buruk yang pernah dialami yang menyebabkan seseorang individu itu berada dalam keadaan trauma ataupun fobia. Kebanyakannya bersangkut paut dengan keadaan fizikal dan juga objek, dalam diri manusia, emosi takut turut diinspirasikan oleh konsep yang abstrak.  Sebagai contoh, takut akan hilang kawalan ataupun takut diejek atau dikritik seterusnya menyebabkan seseorang itu terhalang untuk membuat sesuatu yang bercanggah dengan norma-norma kehidupan. Antara ekspresi muka yang dapat menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan takut ialah mata terbeliak, kening ke dalam dan lain-lain. Perasaan takut boleh dialami secara peringkat demi peringkat. Pada peringkat permulaan, seseorang itu mungkin hanya mengalami hanya sedikit perasaan takut, tetapi lama-kelamaan dia akan perasaan itu mungkin semakin lama semakin bertambah.

Malu merupakan perasaan yang kurang selesa yang dialami semasa bersosial atau sesuatu keadaan yang tindakan tidak dapat diterima oleh masyarakat luar. Kebiasaannya apabila kehilangan sikap kejujuran, berkelakuan tidak bermoral dan sebagainya. Contohnya apabila seseorang yang berpangkat atau terkenal itu diketahui sering menerima rasuah, beliau dengan sendirinya berasa malu akibat kelakuan tidak bermoralnya itu telah diketahui ramai. Emosi malu ini terbahagi kepada dua kategori. Pertama, kategori individu yang disebabkan oleh perhatian yang tidak diingini.seperti didapati telah terlibat dalam penipuan, membuat sesuatu kesalahan dan tertewas dengan teruk dalam sesuatu pertandingan. Menurut Encik Ahmad Zabri, kita boleh mengesan seseorang itu berdusta ataupun tidak, iaitu dengan memerhatikan sama ada beliau bercakap agak lambat daripada biasa kerana sedang memikirkan idea-idea untuk mereka jalan penceritaan dan individu tersebut juga akan selalu berubah-ubah informasi kerana bekerja keras dalam mereka cerita. Menurut Encik Ahmad Zabri lagi, ini juga berkaitan dengan faktor 3 C iaitu ' cluster, contact dan juga culture'. Perasaan malu turut diiringi oleh keadaan tersipu-sipu, berpeluh, tergagap-gagap dan lain-lain. Kebiasaannya seseorang individu itu akan tersenyum mahupun gelak (yang sengaja dibuat-buat) untuk menutup rasa malunya. Kategori yang kedua pula iailah profesional, terutamanya selepas membuat pernyataan dengan penuh keyakinan.

Sedih pula merupakan satu mood yang mempamerkan perasaan tidak mempunyai kelebihan dan kehilangan. Perasaan sedih yang keterlaluan boleh menyebabkan seseorang itu muram. Kadang kala tindakan orang yang berada dalam kesedihan akan menjadi tidak rasional seperti sanggup mati. Orang yang dirundum kesedihan juga akan menjadi pendiam, tidak bersemangat dan lebih senang bersendirian. Antara tanda yang boleh menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan sedih ialah tunduk, kelihatan lemah dalam melakukan aktiviti fizikal. Di sini didapati bahawa orang yang berada dalam keadaan gembira lebih mudah memproses maklumat dalam masa yang singkat. Ini kerana orang yang sedih perlu memerah otak dengan lebih kuat lagi untuk memproses maklumat disebabkan oleh gangguan emosi yang dialaminya. Orang yang sedih dianggap orang yang lemah, manakala orang yang pemarah dianggap berkuasa dan bersifat dominant.

Marah merupakan psykofisiologikal reaksi kepada kesakitan, menjadi lebih berhati-hati kerana merana. Kemarahan mungkin berpunca daripada tindak balas terhadap persepsi kita terhadap sesuatu konflik atau pengabaian. Mungkin boleh diekspresikan secara aktif mahupun pasif. Contohnya, apabila seseorang itu telah diabaikan oleh ibu bapa kandungnya sejak dilahirkan, setelah sekian lama barulah ibu bapa kandungnya menjejakinya. Mungkin seseorang itu akan berasa marah dengan situasi yang dihadapinya itu. Untuk meredakan perasaan marah, adalah lebih baik kita meluahkannya kepada orang yang boleh kita percayai, seseorang yang dapat menyimpan rahsia peribadi kita serta tidak menghebahkannya kepada orang lain. Menurut Nabi Muhammad S.A.W, "seseorang yang kuat bukanlah orang yang mampu menangani orang lain dengan kekuatannya, tetapi kekuatan itu dimiliki oleh seseorang yang mampu mengawal kemarahannya. Mengikut ajaran Nabi juga, perasaan marah boleh dikawal dengan berwudhuk, kemudian duduk dan seterusnya berbaring jika perasaan itu masih tidak reda. Kita juga boleh meredakan perasaan marah dengan membaca naskhah Al-Quran. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menghadapi situasi keika berada dalam keadaan yang marah, iaitu pertamanya; akui diri berada dalam keadaan marah, seterusnya pertimbangkan sama ada boleh meluahkan kemarahan ataupun tidak. Jikalau sesuai untuk meluahkannya, luahkan sahaja secara langsung ataupun tidak langsung. Setelah bertindak, imbas kembali apa yang dialami, seteruskan fikirkanlah tindakan yang terbaik untuk memperbaiki diri.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah emosi negatif ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia yang berakal hendaklah bijak menggunakan akal tersebut untuk mengawal emosi yang dialami. Janglah kita bertindak dalam keadaan yang terburu-buru. Haruslah diingati fikirlah sesuatu perkara itu dengan mendalam sebelum membuat sebarang keputusan. Bagi yang beragama Islam, dinasihatkan supaya mendirikan solat Istikharah bagi memohon petunjuk daripada Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment