Friday 27 August 2010

A133604 ASLINA

             Salam...jurnal saya pada kali ini adalah berkaitan tajuk 5 iaitu Adaptation Level Theory.Saya tidak dapat hadir pada kuliah kali ini kerana saya terlibat dengan program hari wanita pada hari tersebut.Namun,itu bukan alasan bagi saya daripada tidak menghantar jurnal.hehe.Saya mendapatkan info tentang tajuk kuliah ini daripada lecturer notes yang saya ambil daripada senior.Walaupun saya agak sukar memahaminya tetapi saya cuba untuk membaca nota itu sampai paham.

             Sejauh pahaman saya, konsep asas kepada Adaptation Level Theory ini adalah seseorang itu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan berdasarkan tahap adaptasi yang sedia ada dimiliki oleh seseorang itu.Maksudnya disini sekiranya seseorang itu dirangsang oleh sesuatu yang biase-biase je seperti situasi dimana seseorang itu mendapat gaji yang tetap setiap bulan pasti dia merasa seolah olah tiada ape yang berlaku.Tetapi sekiranya secara tiba-tiba gajinya naik 2 kali ganda pasti keseronokan yang luar biasa dapat dirasakan.

              Sebagai contoh yang lain,pasti ramai yang beranggapan seolah -olah hari-hari yang dijalani seperti tiada apa yang berlaku kerana setiap hari kebanyakan kita menjalani rutin harian yang sama setiap hari.tetapi sekiranya terdapat hari-hari yang istimewa seperti hari raya bakal menjelang,pasti semangat kita semakin ketara malah kesoronokan makin bertambah dan paling maksimum pada hari sambutan hari raya.
Selain tajuk ini,saya juga belajar tentang Solomon Opponent Theory Process.Apabila membaca nota tersebut,saya berasa amat tertarik kerana teori menyatakan bahawa setiap emosi yang kita rasakan pasti menyebabkan emosi yang bertentangan juga dapat dirasakan.

             Maksudnya sekiranya pada mulanya kita merasakan emosi yang negatif kita juga akan secara langsung merasakan emosi yang positif.Untuk lebih memahami teori ini saya mengaitkannya dengan kehidupan harian saya.Saya menyertai PALAPES di UKM ini.setiap kali latihan saya tentu berasa penat dan letih sehingga saya berasa ingin saja keluar dari palapes.Tetapi selesai latihan saya berasa lega dan saya kagum dengan diri sendiri kerana walau sesusah manapun latihan yang diberikan,saya masih mampu melakukannya tanpa sebarang kesakitan.

            Saya berasa amat seronok mempelajari kuliah ini kerana pelbagai emosi yang saya pelajari.Setelah mendalami tentang emosi,sesunguhnya amat penting bagi kita mengenal emosi supaya kita lebih terurus dan mampu mengawalnya.

No comments:

Post a Comment