Friday 27 August 2010

a133832 nurul lj06

Dari satu topik beralih pula ke topik yang lain, pembelajaran pengurusan emosi banyak memberi input-input serta pengetahuan yang amat bermakna untuk saya adaptasikan dalam kehidupan seharian. Pada minggu ini, dua tajuk telah dipelajari dalam kuliah ke-6 ini iaitu, Teori Tahap Adaptasi (Adaptation Level Theory) dan Teori Solomon (Solomon Oppenent Process Theory). Kedua-dua teori ini mudah saya fahami kerana kandungannya yang sangat simple.

Adaptation Level Theory menjelaskan tentang seseorang bertindak terhadap tindak balas baru berdasarkan tahap adaptasi kita pada sesuatu masa dan tahap adaptasi seseorang itu terserah pada diri mereka sendiri. Tahap adaptasi seseorang dikatakan neutral apabila dapat menyesuaikan diri dalam situasi yang baru sama ada situasi tersebut berulang kembali atau kita sudah lali mendengar perkara tersebut. Mengikut Lazarus, Kanner, dan Folkman (1980), penilaian kognitif kita dalam sesuatu situasi akan menentukan kekuatan dalam pengalaman emosi.

Sebagai contoh, saya tinggal di asrama selama 6 tahun dan keadaan bilik sentiasa hiruk-pikuk dengan gelak tawa dan gelagat masing-masing. Apabila melangkah ke universiti, hanya ditempatkan 2 orang satu bilik dan kebetulan pula saya mendapat kawan yang agak senyap, saya menjadi bosan dan tidak tahu hendak berbual tentang apa dengannya serta terpaksa berhati-hati dalam setiap percakapan saya. Terus-terang saya katakan yang saya tidak suka akan situasi yang senyap kecuali ketika belajar kerana akan membuatkan fikiran saya menerawang jauh memikirkan pelbagai perkara tetapi lama kelamaan saya menjadi betah dengan situasi ini kerana setiap sesuatu perkara berlaku itu mungkin ada hikmahnya dan hanya kita yang tidak menyedarinya. Selain itu, setiap orang sentiasa ingin menjadi yang terbaik sehingga kadang-kadang mereka yang tidak menyedari yang ramai lagi manusia yang tidak dapat mengecapi apa yang orang mereka kecapi. Contohnya apabila mendapat gred ujian yang cemerlang, mereka akan berasa gembira tetapi mahukan gred yang lebih tinggi padahal bagi orang lain, memang sukar untuk berada pada tahap gred cemerlang. Inilah lumrah manusia, tidak pernah puas apa yang sudah ada pada diri masing-masing.

Manakala Solomon Opponent Process Theory pula merupakan pengubahsuaian daripada Adaptation Level Theory, diketengahkan oleh Richard Solomon (1980) menjelaskan kelakuan yang menyebabkan ketagihan. Teori ini menerangkan tentang keseimbangan emosi ke arah titik neutral bukan sahaja berlaku pada jangka masa panjang bahkan boleh berlaku dalam jangka masa pendek juga. Terdapat dua bahagian dalam teori ini iaitu peringkat permulaan (primary state) dan peringkat berlawanan (opponent state). Setiap emosi berlaku menyebabkan emosi yang bertentangan berlaku dan memberi penegasan apabila emosi dipadankan, dan salah satu emosi tersebut adalah apa yang dialami, yang satu lagi akan ditumpaskan. Primary State akan berlaku terlebih dahulu seterusnya diikuti Opponent State. Dalam teori ini saya ingin kaitkan dengan penerjun udara, diadpati bahawa orang yang pertama kali melakukannya akan merasai tahap ketakutan yang amat tinggi jika dibandingkan dengan penerjun yang biasa melakukannya, tetapi kurang berasa puas ketika mendarat kerana ketika berada di udara penerjun tidak dapat menikmati keindahan sekeliling kerana dikuasai oleh perasaan takut.

Sekolah saya pernah menganjurkan satu kem dan antara aktivitinya ialah night tracking. Sebelum memulakan perjalanan seorang demi seorang, jurupandu terlebih dahulu menakutkan kami dengan bunyi yang menakutkan dan saya berjalan sambil  memegang tali yang dijadikan sebagai panduan dan hanya memandang ke arah hadapan kerana khuatir apabila saya berpaling saya akan melihat sesuatu yang menakutkan. Apabila sampai penghujung saya berasa amat lega tetapi kurang berpuas hati kerana tidak menikmati suasana malam dalam hutan ketika bulan mengambang. Pada esok hari, kami melalui trek yang sama dan ternyata tempat tersebut merupakan kawasan yang lapang. Lucu apabila mengimbau kembali ketakutab yang dirasakan ketika itu dan jika diberikan peluang, saya ingin melakukan sekali lagi dan tidak akn berasa takut lagi.

No comments:

Post a Comment