Friday 27 August 2010

A132896 NUR LJ06

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada minggu ini saya telah belajar berkenaan dengan 'Adaptation Level Theory'. Konsep asas bagi teori ini adalah kita akan bertindakbalas terhadap rangsangan berdasarkan tahap adaptasi. Tahap adaptasi seseorang adalah berada pada tahap yang neutral terhadap sesetengah keadaan rangsangan yang spesifik.Kita secara automatic akan menetapkan tahap neutral adaptasi pada setiap jenis rangsangan. Pengalaman emosi kita akan menentukan penilaian kita terhadap sesutu situasi.Menurut Lazarus, Kanner dan Folkman, penilaian kognitif kita terhadap sesuatu situasi bergantung kepada pengalaman emosi.Contohnya apabila kita mendengar bunyi disekeliling kita. Kita merasakan bunyi itu tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan, ini disesabkan oleh tahap adaptasi kita. Jika kita mendengar sesuatu bunyi itu terlalu kuat atau terlalu perlahan, tahap adaptasi kita terhadap bunyi akan meningkat. Contoh yang lain ialah, apabila kita gembira dengan pencapaikan kita yang memuaskan dalam pelajaran, pendapatan kita yang lumayan serta kesihatan kita yang baik,kita tidak akan selamanya gembira dengan apa yang kita dperolehi melainkan semua perkara yang membuatkan kita gembira tadi menjadi bertambah baik.Tahap adaptasi kita akan sentiasa berada pada tahap neutral dan apabila sesuatu yang kita lalui atau rasai berada diatas daripada tahap neutral tersebut, barulah kita akan berasa gembira.

Saya juga telah belajar berkenaan dengan Teori Proses Belawanan Solomon.Teori ini merupakan hasil ubahan Teori Aras Adaptasi.Model fisiologikal dicadangkan oleh Richard Solomon pada 1980.Ia digunakan untuk menilai tingkah laku terhadap ketagihan.Teori Solomon menyatakan keseimbangan emosi terhadap tahap neutral tidak hanya berlaku  pada jangka masa panjang tetapi juga belaku dalam jangka masa pendek.Setiap emosi dipengaruhi oleh emosi yang bertentangan.Ia menegaskan bahawa emosi adalah berpasang-pasangan.Apabila salah satu emosi tersebut dialami, emosi yang bertentangan akan dilenyapkan.Apabila kita beremosi, fasa primer akan tercetus. Tedapat dua fasa iaitu Fasa Primer dan Fasa Sekunder. Fasa Primer berlaku secara automatik dan tidak dipelajari.Manakala fasa sekunder merupakan fasa yang berlawanan.Emosi yang tercetus berlawanan dengan fasa primer.Fasa ini juga bermula selepas fasa primer.Ia berlanjutan,berulang-ulang dan fasa primer akan menjadi lemah.Contohnya apabila seseorang memenangi hadiah 500 ringgit, individu tersebut akan gembira .Selepas itu dia akan berasa menyesal kerana duit tersebut telah dihabiskan dengan cepat. Contoh yang seterusnya ialah berkenaan dengan jogging.Pada mulanya kita akan berasa bosan ketika berjoging terutama sekali apabila kita dipaksa untuk berjoging. Lama- kelamaan kita akan berasa seronok melakukan aktiviti tersebut apabila kita mengetahui ia banyak memberi manfaat kepada tubuh badan. Apabila kita sentiasa berhadapan dengan emosi yang berulang-ulang, kita akan membina ketahanan  daripada merasai emosi yang bertentangan.Contohnya apabila seorang 'skydivers' baru hendak mencuba sukan ini, dia akan berasa takut jika dibandingkan dengan 'skydivers' yang lebih berpengalaman.Tetapi dia akan berasa puas jika dia selesai melakukannya. Didalam 'Modul Proses Berlawanan', ini merupakan perubahan daripada emosi takut kepada kepuasan.end#


No comments:

Post a Comment