Friday 27 August 2010

A133361 CHIN HUI JING LJ06

            Pada hari ini,saya belajar Teori Aras Adaptasi dan Teori Solomon. Dalam kehidupan kita sering mengaplikasikan kedua-dua teori ini. Hal ini kerana kita bertindak terhadap sesuatu stimuli berasaskan aras adaptasi kita pada masa itu. Penilaian untuk sesuatu situasi menyumbang kepada pengalaman emosi. Penilaian kognitif sesuatu situasi menentukan intensiti emosi. Misalnya,apabila kita mendengar sesuatu bunyi dan bunyi tersebut tidak terlalu kuat atau terlalu lemah untuk seseorang,adalah dikatakan bunyi itu terletak pada aras adaptasinya. Satu lagi contoh ialah aras pendapatan. Aras pendapatan akan semakin meningkat apabila pendapatan seseorang semakin tinggi. Misalnya,apabila seseorang diberikan RM10 pada setiap hari tanpa bekerja,dia akan gembira pada mula-mulanya. Apabila situasi ini berterusan untuk satu tempoh,orang itu tidak lagi menanti-nantikan wang itu dan akan meminta lebih banyak. Hal ini kerana RM 10 telah terletak pada  aras adaptasinya. Hal ini bermakna kita hanya akan berasa gembira apabila perkara itu terletak di atas aras adaptasinya. Jika perkara itu hanya di bawah atau pada aras adaptasi,seseorang tidak akan berasa gembira melainkan perkara itu bertambah baik.

            Misalnya,saya sudah biasa mendapat Gred minimum B+ dalam mata pelajaran Matematik T di sekolah semasa berada di Tingkatan 6. Namun,apabila keputusan STPM diumumkan,saya hanya mendapat B .  Pada masa itu,saya berasa amat sedih kerana aras adaptasi pada Gred Matematik adalah tinggi iaitu titik neutral aras adaptasi ialah pada B+.  Bagi sesetengah orang,mungkin Gred B+ akan menjadikan mereka gembira kerana aras adaptasi yang lebih rendah. Hal ini kerana aras adaptasi setiap orang adalah berbeza. Begitu juga dengan seseorang yang dibayar gaji sebanyak RM2000 sebulan pada mulanya akan berasa amat gembira. Akan tetapi,apabila telah dibayar gaji yang sama selama beberapa bulan,dia tidak lagi gembira mungkin kerana kos kehidupan yang tinggi menyebabkan aras adaptasinya meningkat.

            Teori Solomon ialah hasil ubahsuaian Teori Aras Adaptasi. Teori Solomon menekankan keseimbangan emosi untuk jangka masa panjang dan pendek.  Katanya,setiap emosi mengakibatkan emosi bertentangan berlaku. Emosi adalah dalam pasangan,iaitu sejenis emosi dan satu lagi emosi yang bertentangan. Jika salah satu daripada pasanagn emosi ini dialami,satu yang lain itu akan berhenti. Keadaan 'primari' ialah emosi yang pertama ditunjukkan dan keadaan primari ini akan merangsangkan keadaan 'opponent' berlaku. Keadaan 'opponent' bertentangan dengan keadaan 'primari'. Keadaan 'opponent' wujud lebih lambat daripada keadaan 'primari' dan ia bertahan lebih lama. Hal ini menunjukkan keadaan primari akan menjadi semakin pudar. Misalnya,sempena Tahun Baru Cina,saya berasa sangat gembira kerana terdapat banyak hidangan dan juga kuih raya. Selepas makan,saya berasa menyesal kerana makan terlalu banyak makanan yang digoreng dan menyebabkan saya sakit tekak. Pada mula-mula saya bekerja di pusat asuhan kanak-kanak,saya berasa marah terhadap kanak-kanak yang suka membuat bising dan juga kerenah yang berbagai-bagai. Selepas dua minggu,saya berubah daripada emosi marah kepada emosi gembira ketika bekerja. Hal ini kerana saya telah mendapati sifat semulajadi mereka yang naïf dan tidak akan menyalahkan mereka bagi kesilapan yang kecil. Saya dapat merasai kebahagiaan mereka dan seterusnya turut menjadi gembira. Mengikut Solomon,apabila sesuatu perkara diulangi sebanyak beberapa kali,emosi yang bertentangan itu akan bertambah kuat. Misalnya,apabila saya berada dalam kem Khidmat Negara,saya berasa takut nak bermain 'flying forks' pada mula-mulanya. Namun,selepas percubaan dua kali,saya berasa seronok untuk bermain'flying forks' dan ingin bermain sekali demi sekali. Pada mula-mula saya datang ke UKM,saya berasa tertekan untuk berjalan kaki ke dewan kuliah dari kolej. Namun,secara lama-kelamaan,saya berasa gembira dan menikmati perjalanan juga untuk  berjalan setiap hari kerana dapat bersenam. Bagi senior-senior kita yang sudah biasa dengan kehidupan universiti yang sibuk,tidak menjadi masalah untuk mereka untuk menghadapi assignment,peperiksaan,kokurikulum dan sebagainya pada masa yang sama. Bagi kita yang baru masuk ke universiti,kita selalu berasa sebaik sahaja diberikan tugasan kerana belum biasa lagi.

No comments:

Post a Comment