Friday 27 August 2010

A134730 Farzana LJ06

Dalam sesi pembelajaran kali ini, saya telah mempelajari mengenai Adaptation Level Theory. Penilaian kita terhadap sesuatu situasi akan menyumbang kepada pengalaman emosi. Sebagai contoh, seorang pelajar nakal dimarahi oleh gurunya, dia akan berasa biasa apabila perkara tersebut kerap berlaku ke atas dirinya. Hali ini berlainan pula bagi seorang individu yang sering berkelakuan baik dan tidak pernah berbuat perkara yang tidak disenangi oleh gurunya, apabila dia dimarah atas kesalahan pertama yang dilakukannya, individu tersebut akan berasa sedih. Hal ini demikian kerana pelajar tersebut tidak pernah ataupun tidak biasa dengan situasi tersebut yang dirasakan baru buat dirinya.

Emosi seseorang boleh dikatakan akan mengalami satu proses yang dikatakan peningkatan tahap kepuasan bagi mencapai emosi yang lebih tinggi darjatnya. Seseorang yang sering mendapat gred B dalam peperiksaan buat pertama kali akan berasa gembira atas pencapaiannya itu. Akan tetapi, jika individu tersebut seringkali mendapat greb B, dia tidak akan berasa gembira lagi. Individu tersebut hanya akan berasa puas jika mencapai gred yang lebih baik dari gred yang dicapainya sebelum ini.

Teori Proses Berlawanan Solomon ( 1980 ), merupakan hasil ubahsuai daripada Teori Asas Adaptasi. Beliau berpendapat bahawaa setiap emosi disebabkan oleh emosi yang berlawanan berlaku. Sebagai contoh, jika sebelum ini kita tidak pernah melakukan aktiviti flying fox, kita akan berasa gusar dan takut apabila melakukannya untuk pertama kali. Namun begitu, apabila kita sudah acap kali melakukan aktiviti ini, kita akan berasa seronok dan tidak takut lagi untuk mencuba. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa setiap emosi disebabkan oleh emosi yang berlawanan.

Sebagai kesimpulannya, emosi yang datang terhadap sesetengah situasi sebenarnya merupakan emosi yang berlawanan iaitu apabila kita tidak pernah mengalaminya, kita akan berasa takut dan tidak berani untuk mencubanya. Selain itu, bagi sesetengah situasi, apabila mengalami situasitersebut buat pertama kali, perasaan sedih juga turut berlaku. Sekian, terima kasih.



No comments:

Post a Comment