Friday 27 August 2010

A134544 Nabihan LJ06

            Bertemu lagi dalam edisi jurnal pada kali ini. Diharapkan jurnal kali ini akan dapat memberi para pembaca diluar sana lebih banyak pengetahuan tentang emosi diri kita. Baiklah seperti biasa saya akan mulakan jurnal saya ini dengan pengenalan tentang keadaan diri saya sebelum bermulanya kelas pengurusan emosi.

            Seperti minggu-minggu terdahulu, hari ini Rabu, tepat pada pukul 4 petang saya melangkah masuk ke kelas pengurusan emosi. Hari ini 25 Ogos 2010 merupakan Hari Wanita Sedunia. Pada hari ini juga sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan telah diadakan di UKM. Tujuan saya menceritakan hal tersebut adalah kerana disebabkan hal itu pensyarah Matematik saya telah menamatkan kelas agak awal daripada biasa. Ini telah membuat saya berasa gembira kerana mempunyai banyak masa untuk melakukan kerja lain sebelum menunggu waktu kelas pengurusan emosi bermula. Malah, akibat kepenatan mungkin disebabkan berpuasa saya dan kawan saya sempat melelapkan mata sebentar di surau sesudah menunaikan solat zohor. Kemudian, kami berasa segar dan begitu bersemangat untuk mengikuti kelas pengurusan emosi kali ini.

            Pada minggu ini, tajuk pengurusan emosi yang saya pelajari ialah Teori Aras Adaptasi. Teori ini sebenarnya menerangkan tentang sejauh mana aras emosi seseorang individu itu. Mungkin para pembaca kurang mengerti maksud aras emosi itu. Saya akan memberi contoh sebentar lagi. Untuk pengetahuan para pembaca, setiap manusia mempunyai aras adaptasi emosi yang berbeza-beza. Misalnya, seorang individu yang sudah bertahun-tahun tinggal dalam suasana yang sunyi-sepi. Maka dengan itu, apabila tiba-tiba ada gangguan bunyi bising emosinya akan berubah dari tenang mungkin kepada marah. Ini kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang sunyi dan tanpa gangguan. Begitu juga kalau sebaliknya. Individu yang sudah biasa hidup dalam keadaan bising, maka dia tidak akan kisah kalau-kalau ade gangguan bunyi bising yang datang. Tetapi dia akan kisah jika tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi. Hal ini terjadi kerana setiap manusia mempunyai aras adaptasi yang berbeza-beza.  

            Saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya yang ada kena mengena dengan teori aras adaptasi ini. Saya mempunyai seorang abang yang masih belajar. Dia tinggal di luar kampus. Kebetulan rumahnya memang berhampiran dengan lebuh raya. Sebenarnya abang saya ini sebenarnya merupakan seorang yang pendiam dan tidak suka kepada bunyi bising. Oleh sebab itu, dia sering menghabiskan masanya di dalam bilik untuk menelaah pelajaran. Pada mulanya ibu saya sering bimbang tentang keadaan abang saya apabila mengetahui yang rumah sewanya terletak berhampiran dengan lebuh raya. Sudah tentulah bunyi bising dari kenderaan yang lalu akan mengganggu emosi abang saya. Tapi lama kelamaan, abang saya memberitahu ibu saya supaya jangan risau kerana setelah tinggal beberapa lama di rumah itu, dia sudah biasa menghadapi keadaan yang bising itu. Dia juga telah berubah menjadi seorang yang bercakap kuat mungkin kerana keadaan tempat tinggalnya yang bising menyebabkan dia perlu bersuara lantang untuk bercakap dengan kawa-kawannya di rumah.

            Saya juga belajar tentang Teori Solomon. Teori ini menerangkan bahawa keseimbangan emosi berlaku dalam jangka masa yang panjang dan juga pendek. Sebagai contohnya, seseorang yang gayat ingin mengatasi ketakutannya itu dengan membuat terjunan dari tempat tinggi. Sudah tentulah pada mulanya rasa takut untuk terjun, tetapi lama kelamaan ianya menjadi keseronokan dan ketakutannya terhadap tempat tinggi berkurang.

            Begitulah sedikit ilmu pengetahuan yang dapat saya kongsikan bersama dengan para pembaca pada minggu ini. Sekian. #


No comments:

Post a Comment