Friday 27 August 2010

A133247 Tan Kah Yee LJ06

Selmat sejahtera~

 

Pada minggu ini, kami telah belajar dua tajuk. Tajuk yang pertama ialah Teori Aras Adaptasi (Adaptation Level Teori). Konsep dasar bagi teori ini ialah kita bertindak balas terhadap rangsangan baru berdasarkan tahap adaptasi kita sekarang. Tahap adaptasi seseorang itu adalah berdasarkan pada keadaannya dalam masa itu. Lagipun, tahap penyesuaiannya adalah berdasarkan tahap neutral dan tahap fungsinya terhadap rangsangan tertentu. Pendek kata, kita akan menyesuaikan diri sendiri secara automatik terhadap pelbagai rangsangan. Menurut kata Lazarus, Kanner dan Folkman pada tahun 1980, "our appraisal of a situation can contributed to our emotional experience. Our cognitive appraisal of the situation determines the intensity of our emotional experience".

 Sebagai contoh, jika kami mendengar beberapa suara di sekitar kita dan suara itu enak pendengaran kita, suara itu adalah dalam tahap penerimaan kita. Sekiranya seseorang itu telah biasa dengan keadaan yang sunyi, dia akan berasa tidak enak pendengaran dalam keadaan yang bising kerana tahap penyesuaian dirinya belum lagi boleh menerima keadaan bising itu. Meskipun, keadaan ini akan menjadi normal lama-kelamaan kerana tahap penyesuaian dirinya meningkat. Dalam contoh yang lain, jika seseorang itu cemerlang dalam bidang akademik, dia tidak akan berasa gembira selagi dia tidak mencapai tahap yang lebih tinggi. Tahap penyesuaian seseorang itu adalah sentiasa dalam keadaan yang neutral, dia hanya akan berasa gembira apabila sesuatu perkara menjadi lebih baik atau lebih daripada keadaan neutral itu.

 

Tajuk yang kedua ialah Teori Solomon. Teori ini merupakan ubahsuaian Teori Asas Adaptasi dan teori ini dicadangkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980. Menurut katanya, keseimbangan emosi terhadap tahap neutral bukan sahaja dalam jangkaan panjangan, adalah juga dalam jangkaan pendek. Setiap emosi akan menghasilkan satu emosi yang bertentangan. Hal ini menegaskan bahawa emosi adalah dalam pasangan. Apabila seseorang itu mengalami salah satu emosi dalam pasangan itu, emosi yang bertentangan itu tidak akan dilepaskan. Terdapat dua tahap dalam teori ini. Tahap yang pertama ialah primary state dan tahap yang kedua ialah opponent state. Dalam primary state, emosi yang berlaku biasanya berlaku secara automatic manakala dalam opponent state, emosi ini akan berlaku selepas emosi primary state berlaku. Emosi opponent state ini adalah lebih kekal lama dan akan menjadi lebih kuat lama-kelamaan akan manakala emosi primary state menjadi semakin lemah.

 

Misalnya, apabila seseorang itu telah memenangi RM 1000 dia akan berasa sangat gembira. Wlaubagaimanapun, dia akan berasa sangat sesal kerana dia menghabiskan wang itu dengan cepat. Contoh yang kedua, jogging. Biasanya kita akan berasa bosan pada mulanya. Kemudian, kita akan semakin menikmatinya apabila mengetahui hal ini dapat membantu kita untuk menjaga kesihatan kita. Lagipun, sekiranya kita selau mengulangi sesuatu emosi, kekuatan emosi yang bertentangan itu akan meningkat. Contohnya, seorang pemain skydiver yang baru akan ada ketakutan yang lebih tinggi berbanding dengan pemain yang lebih berpengalaman. Namun, ketakutan pemain baru itu akan menurun selepas dia menjalankan latihan yang banyak. Saya merupakan seorang yang takut tinggi tetapi saya sentiasa berada di tempat yang tinggi supaya saya akan menjadi kurang takut. Lama-kelamaan saya menjadi kurang takut dan berasa amat gembira kerana dapat menikmati pemandangan yang cantik dari tempat yang tinggi.

                                  ... skydiver over Orange | http://www.bing.com/images/search?mkt=en-MY&q=skydiver&FORM=HOTAPI#focal...

Kesimpulannya, seseorang itu akan dapat menyesuaikan diri sendiri dalam keadaan yang baru tetapi masa yang digunakan adalah berbeza kerana setiap orang mempunyai tahap penyesuaian diri masing-masing.

No comments:

Post a Comment