Thursday 19 August 2010

a132986 asmaa lj05

Kuliah  pengurusan emosi pada minggu kelima membincangkan tentang teori-teori fisiologikal,kognitif, dan psikoanalitik.teori fisiologikal pada dasarnya adalah hasil gabungan otak dan sistem saraf yang bertindakbalas terhadap rangsangan. 

Teori  ini terbahagi kepada tiga iaitu, teori James-Lange, teoriCannon-Bard  and teori Psikobiologikal . teori  james-lange yang dikemukakan oleh william james merupakan teori fisiologikal yang terawal. ia menyatakan bahawa reaksi fisiologi terhadap rangsangan akan melahirkan emosi.contohnya, apabila seseorang individu ternampak ular, dia akan cepat-cepat lari dari ular tersebut, kemudian barulah ada emosi takut pada dirinya.teori ini berbeza dengan common sense teori yang menyatakan bahawa sesuatu situasi yang berlaku akan diikuti dengan emosi kemudian barulah diikuti dengan tindakan. Seterusnya teori Cannon-Bard  pula menyatakan bahawa rangsangan yang terhasil akan menjana emosi dan tindak balas badan secara serentak. Contohnya, apabila seseorang ternampak singa, dia akan mula rasa takut dan mula berpeluh-peluh dan melarikan diri. Teori ketiga pula ialah teori psikoboilogikal yang dikanalkan oleh jack panksepp. Beliau mencadangkan 4 emosi iaitu takut, marah, panik dan harapan yang mana setiap satu mempunyai hubung kait dengan system dalam otak. Beliau juga menyatakan bahawa keempat-empat emosi ini akan berinteraksi untuk menghasilkan emosi yang lain. Panksepp juga mencadangkan bahawa terdapat bahan-bahan neurokimia yang khusus yang berkait rapat dengan pelbagai sistem berkaitan emosi .

Perbincangan seterusnya menyentuh tentang teori kognitif. Teori ini dibina atas dasar teori fisiologikal, malahan sesetengah teori moden menyatakan bahawa teori ini mempunyai fungsi utama dalam menghasilkan dan mengawal emosi. Teori ini terbahagi kepada 4 pecahan utama, teori pelabelan kognitif schacher's, "misattribution", pemindahan emosi terangsang, dan penilaian kognitif. Teori penilaian kognitif schacher's menyatakan peranan pelabelan kognitif dalam menentukan apa emosi yang pernahdialami. Schacher's pada umumnya bersetuju dengan james-lang tetapi menambah unsur pelabelan kognitif. Beliau menyatakan interpretasi seseorang terhadap tindak balas fisiologikal adalah bergantung pada keadaan situasi tersebut dan pengalaman lampau. "misattribution" pula ialah apabila orang tersalah anggap akan apa sebenarnya sebab sesuatu emosi itu diekspresikan. Contohnya, apabila seorang wanita mengekspresikan emosi yang kurang menyenangkan, orang lain mudah menganggap bahawa ianya disebabkan pms, padahal mungkin emosi itu diekspresikan  atas sebab yang lain. Pemindahan emosi yang terangsang pula menyatakan bagaimana emosi dari satu sumber boleh berpindah ke sumber yang lain. Jika kita berada dalam keadaan marah dalam satu situasi, rasa marah itu mungkin akan terbawa-bawa ke dalam situasi yang lain. Pecahan teori kognitif yang terakhir, iaitu teori penilaian kognitif pula menyatakan tindakan menilai merupakan proses yang sebenarnya menjana tindak balas emosi dan fizikal. Penilaian kognitif terbahagi kepada penilaian primer dan penilaian sekunder. Penilaian primer dilakukan untuk mengkaji kepentingan rangsangan terhadap diri seseorang, manakala penilaian sekunder dilakukan untuk mengkaji srategi dan cara terbaik untuk mengatasi masalah yang dialami. ":action impulses" pula berkaitan dengan menilai tindakan yang harus dilakukan dalam satu situasi. Sebagai contoh, apabila seseorang cuba dirompak, tindakannya yang menilai tindakan yang harus diambil ialah "action impulses". Pecahan seterusnya ialah "physiological somatic reaction"  . ia merupakan respon yang turut terhasil bersama-sama dengan emosi. Terhapat dua mekanisma untuk mengurangkan sesuatu masalah yang dihadapi iaitu, "palliation" dan "direct action". "palliation" ialah tindakan mententeramkan diri manakala "direct action" ialah melakukan sesuatu tindakan untuk mengurangkan tekanan emosi yang dihadapi.

Akhir sekali ialah teori psikoanalitik. Teori ini berlainan dengan teori-teori sebelumnya kerana teori ini menyatakan bahawa pengalaman emosi yang dialami berlaku dalam proses yang tidak disedari. Maksudnya, kesemua perasaan dan memori yang pernah dialami tanpa disedari mempengaruhi tindakan kita. Penekanan diberikan terhadap emosi-emosi negatif terutamanya emosi binbang dan marah.

No comments:

Post a Comment