Thursday 19 August 2010

A122541 Ngan Yun Kwan LJ05

Tajuk untuk kuliah minggu ini adalah teori-teori fisiologikal, kognitif & psikoanalitik. Manakala tajuk kecil bagi minggu ini adalah the experience of emotion. Topik-topik yang telah dibincang termasuk physiological theories, cognitive theories dan psychoanalytic theory.

Yang pertama, Teori fisiologikal. Teori fisiologikal menekankan emosi adalah produk dari otak dan sistem saraf. Ia merupakan reaksi fisiologi terhadap rangsangan. Terdapat tiga pendekatan dalam teori in iaitu teori James-Lang (The James-Lang Theory), teori Cannon-Bard dan teori fisikobiologikal. Teori James-Lang merupakan teori psychology yang terawal dan diperkenalkan oleh William James pada tahun 1884. Teori ini disokong oleh Carl Lange (1887) dan telah menjadi sebagai Teori James-Lange. Hipotesis bagi teori ini adalah reaksi fisiologi terhadap rangsangan pencetus emosi. Teori ini mengatakan bahawa sesuatu situasi akan menghasilkan reaksi tubuh dan reaksi tubuh itu pula akan menghasilkan emosi. Contohnya, apabila kita ternampak seekor katak (situasi), kita akan larikan diri (reaksi tubuh), dan tindakan larikan diri tersebut akan menghasilkan perasaan takut (emosi) pada diri kita. Saya amat bersetuju dengan teori ini.

Pendekatan yang kedua adalah teori Cannon-Bard (The Cannon-Bard Theory). Menurut teori ini, sistem organ yang mencetus respons emosional adalah sangat lambat bertindak balas terhadap stimulasi tetapi reaksi emosional adalah lebih cepat bertindak balas terhadap rangsangan. Menurut teori ini lagi, situasi akan melahirkan emosi dahulu dan diikuti oleh reaksi. Contohnya, apabila kita ternampak seekor beruang (situasi), kita akan berasa takut (emosi), dan kita akan melarikan diri (reaksi).

Pendekatan yang ketiga ialah teori psikobiologikal (Psychobiological Theory). Teori ini diperkenalkan oleh Panksepp Jack pada tahun 1982 dan 1992. Menurut teori ini, dasar emosi adalah berkaitan dengan litar neural yang khusus. Jack Panksepp mencadangkan bahawa 4 dasar emosi iaitu takut, marah, panik dan harapan masing-masing mempunyai kaitan dengan sistem komando yang di dalam otak kita. Selain itu, keempat-empat emosi tersebut saling berinteraksi untuk menghasilkan emosi yang lain. Jack Panksepp juga mencadangkan bahawa neurochemicals boleh dikaitkan dengan pelbagai sistem komando emosional. Contohnya dopamine adalah dikaitkan dengan sistem expectancy dan acetycholine adalah dengan sistem marah. Terdapat juga kritikan-kritikan daripada Magda Arnold (1960) dan James Averill (1982) terhadap teori ini.

Teori yang kedua adalah Teori Kognitif. Teori kognitif ini berkembang dari teori fisiologi, beberapa teori moden yang dicadangkan bahawa kognisi atau fikiran mempunyai peranan utama dalam menghasilkan dan membimbing emosi. Teori ini mempunyai empat teori cabang iaitu Schachter's Cognitive Labeling Theory, Misattribution, Transfer of excitation, dan Cognitive appraisal theories. Dalam Schachter's Cognitive Labeling Theory, Schachter telah memperkenalkan label kognitif (perwakilan dari tanggapan fisiologi). Seterusnya, misattribution, iaitu manusia sering membuat kesilapan dalam menganggap sesuatu emosi hasil kepada sesuatu yang lain. Contohnya, menyalahkan sindrom senggugut (PMS). Apa itu PMS? Perempuan biasanya akan lekas marah pada minggu sebelum haid. Kita sering misattribute perilaku wanita untuk PMS walaupun bagi mereka yang tiada sindrom ini. Teori transfer of excitation pula menjelaskan bagaimana pemindahan keadaan emosi yang terangsang kepada yang lain. Cognitive appraisal theory mempunyai dua penilaian. Penilaian yang pertama merupakan penilaian terhadap kepentingan rangsangan dalam kaitannya dengan kesejahteraan seseorang. Penilaian kedua pula adalah penilaian atas sumber dan strategi dalam mengatasi kemungkinan yang berkaitan dengan setiap tekanan yang tumbuh keluar dari situasi emosi.

             Teori yang ketiga adalah teori Psikoanalitik (Psychoanalytic Theories). Fisiologi dan kognitif adalah berorientasikan teori yang menganggap sifat sedar terhadap pengalaman emosional. Sigmund Freud tidak bersetuju dengan itu dan menyatakan hipotesis pengalaman emosional adalah proses yang tidak sedar. Teori ini menekankan kepada emosi-emosi negative terutamanya perasaan bimbang dan marah disebabkan berlakunya konflik di paras yang tidak sedar. (unconscious). Menurut kata Sadar, kita tidak sedar akan emosi, motif, kenangan masa yang lalu tetapi ia akan mempengaruhi perilaku kita.

No comments:

Post a Comment