Thursday 19 August 2010

A133247 Tan Kah Yee LJ05

Selamat sejahtera kepada semua~Smile

 

Tajuk yang telah saya belajar pada minggu ini ialah Teori Fisiologikal, Kognitif dan Psikoanalitik.

 

Teori yang pertama ialah Teori Fisiologikal. Teori fisiologikal berorientasi menekankan emosi yang terutama produk dari otak dan sistem saraf dan ia merupakan reaksi fisiologi terhadap rangsangan. Terdapat tiga teori utama dalam teori in iaitu teori James-Lang, teori Cannon-Bard dan teori fisikobiologikal. Teori James-Lang ini merupakan teori fisiologikal yang terawal. Teori ini dirumuskan William James pada tahun 1884 dan disokong oleh Carl Lange (1887) dan menjadi sebagai Teori James-Lange. Hipotesis bagi teori ini ialah reaksi fisiologi terhadap rangsangan pencetus emosi. Teori ini mengatakan bahawa sesuatu situasi menghasilkan reaksi tubuh dan reaksi tubuh itu menghasilkan emosi. Teori utama yang kedua ialah teori Cannon-Bard. Menurut teori ini, sistem organ yang mencetuskan respons emosional adalah sangat lambat bertindak balas terhadap stimulasi tetapi reaksi emosional adalah lebih cepat bertindak terhadap rangsangan. Dalam teori ini, situasi akan melahirkan emosi dahulu dan diikuti oleh reaksi. Teori utama yang ketiga bagi teori fisiologikal ialah teori fisiobiologikal. Teori ini dikembangkan oleh Panksepp Jack pada tahun 1982. Dasar emosi in adalah berkaitan dengan litar neural yang khusus. Dia mencadangkan 4 dasar emosi iaitu takut, marah, panik dan harapan, masing-masing yang berkaitan dengan sistem komando di dalam otak. Keempat-empat emosi ini berinteraksi untuk menghasilkan emosi yang lain. Panksepp juga menunjukkan bahawa neurochemicals tertentu boleh dikaitkan dengan pelbagai sistem komando emosional. Contohnya dopamin dikaitkan dengan sistem expectancy dan asetilkolin dengan sistem marah.

 

Teori yang kedua ialah Teori Kognitif. Teori kognitif ini berkembang dari teori fisiologi, beberapa teori moden yang dicadangkan bahawa kognisi atau fikiran mempunyai peranan utama dalam menghasilkan dan membimbing emosi. Dalam teori ini pula mempunyai empat teori cabang yang lain iaitu Schachter's Cognitive Labeling Theory, misattribution, transfer of excitation, dan kognitive appraisal theories. Dalam Schachter's Cognitive Labeling Theory Schachter menerima Teori James-Lang tetapi memperkenalkan label kognitif (perwakilan dari tanggapan fisiologi). Teori yang seterusnya ialah teori misattribution, iaitu kesilapan dalam menganggap sesuatu hasil daripada sesuatu yang lain. Salah satu contoh misattribution ialah menyalahkan sindrom senggugut (PMS). Apa itu PMS? Perempuan biasanya akan lekas marah pada minggu sebelum haid. Kita sering misattribute perilaku wanita untuk PMS walaupun bagi mereka yang tiada sindrom ini. Selain itu, misattribute boleh menyebabkan konflik dan keganasan. Diikuti teori transfer of excitation iaitu pemindahan keadaan emosi yang terangsang. Menurut hipotesis Dolf Zillman's,  ghairah dari satu sumber boleh mempengaruhi kognisi lain yang tidak berkaitan dan reaksi. Teori yang seterunya ialah cognitive appraisal theory. Teori ini terdapat dua penilaian. Penilaian pertama merupakan penilaian terhadap pentingnya rangsangan dalam kaitannya dengan kesejahteraan seseorang. Penilaian kedua ialah penilaian atas sumber dan strategi mengatasi kemungkinan yang berkaitan dengan setiap tekanan yang tumbuh keluar dari situasi emosi.

 

Teori yang ketiga ialah teori Psikoanalitik. Fisiologi dan kognitif berorientasikan teori menganggap sifat sedar pengalaman emosional. Walau bagaimanapun, Sigmund Freud tidak bersetuju bahawa hipotesis pengalaman emosional adalah proses tak sedar. Menurut kata Sadar, kita tidak sedar akan emosi, motif, kenangan masa yang lalu tetapi ia akan mempengaruhi perilaku kita. Selain itu, teori ini banyak menumpukan pada emosi-emosi negative, terutamanya bimbang dan marah.

Kesimpulannya, setiap teori adanya perbezaan di antara satu sama lain. Teori psikologikal mengatakan emosi itu lahir dari minda dan sistem saraf. Manakala bagi teori kognitif, minda berperanan dalam menilai dan mentafsir sesuatu emosi. Yang terakhirnya ialah teori psikoanalitikal yang menyatakan emosi adalah disebabkan perkara-perkara yang tidak kita sedari.

 

Sekian sahaja. =)

 

No comments:

Post a Comment