Thursday 12 August 2010

A132896 NUR LJ04

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Untuk kuliah yang keempat, saya telah mempelajari berkenaan dengan emosi negatif iaitu takut, malu, sedih dan marah. Takut merupakan tindakan perasaan terhadap bahaya yang akan berlaku.Perasaan takut juga boleh dikaitkan dengan keresahan.Takut juga merupakan mekanisma kehidupan dan selalunya terjadi didalam tindakan rangsangan negative spesifik.Takut dikaitkan dengan beberapa tahap perasaan iaitu takut, resah dan lain-lain. Perassan takut mungin terjadi disebabkan kemalangan trauma. Contohnya, saya mempunyai seorang sepupu bernama Shila, ketika kecil dia pernah terjatuh dari tempat yang tinggi. Selepas  kejadian tersebut, dia takut berada di tempat tinggi.Perassan takut dan cemas berada di tempat tinggi brcambah dan kekal di dalam dirinya sehinggalah sekarang. Di dalam kuliah tersebut, saya juga belajar berkenaan dengan ekspresi muka ketika seseorang itu takut.Biasanya ketika takut, mata kita akan terbuka luas, bibir akan ternaik dan kening akan masuk kedalam. Dalam keadaan tertentu seseorang individu akan berasa terancam disebabkan oleh ketakutan kepada pihak lawan yang membuatkan individu tersebut akur dengan kehendak lawannya. Contohnya, dalam peperangan, seseorang telah ditawan oleh pihak musuh.Lama kelamaan individu terbabit akan menyebelahi pihak musuh.Ini mungkin disebabkan oleh individu terbabit takut dicederakan atau dibunuh oleh pihak lawan.

Malu adalah satu perasaan negetif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan tidak senonoh yang dilakukan oleh dirinya sendiri.Setiap orang yang normal mempunyai perasaan malu. Tetapi setiap masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai malu. Sehubungan itu, pendapat mengenai apa yang dimaksudkan malu, apa yang mendatangkan malu serta tindakan yang harus untuk mengatasi perasaan malu berbeza-beza dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain. Malu terbahagi kepada dua jenis iaitu 'personal' dan 'professional'. Malu personal terjadi apabila orang sekeliling dapat melihat atau menyedari kesalahan atau kekurangan seseorang individu terbabit. Selalunya seseorang akan tersipu-sipu apabila dia merasa malu. Malu professional pula sering berlaku dalam keadaan yang melibatkan duit dan kebendaan.Contohnya, apabila seorang pegawai tinggi tidak dapat menjalankan tugas dengan baik dan menerima kritikan daripada orang lain, dia akan berasa malu.

Sedih membawa erti perasaan yang ditunjukkan apabila seseorang itu merasa dia tidak diperlukan atau tidak dihargai.Pearasaan sedih juga selalunya disebabkan oleh kehilangan sesuatu yang disayangi.Orang bersedih yang telalu memendam perasaannya tanpa meluahkan kepada orang lain akan mengalami tekanan. Apabila seseorang itu sedih, dia akan kelihatan kurang bertenaga serta tidak mahu bercampur dengan masyarakat. Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu bersedih ialah individu tersebut akan tunduk dan akan menunjukkan sikap yang bertentangan dengan sikap orang yang bahagia. Menurut saku kajian yang dijalankan. Orang yang bersedih akan memproses maklumat dengan lambat berbanding dengan orang yang gembira. Ini mungkin disebabkan orang yang bersedih kurang fokus dengan sesuatu perkara kerana memikirkan tentang masalah yang dihadapinya.

Marah juga merupakan salah satu emosi negatif yang perlu dielakan.Marah merupakan tidakan fisiologi apabila seseorang itu merasa sakit dan terancam. Ia juga merupakan persepsi tindakbalas terhadap perkara-perkara seperti konflik, penghinaan dan kecurangan. Kemarahan mungkin dilahirkan secara aktif dan pasif.Apabila marah, seseorang itu cenderung untuk membaling objek yang berada berhampiran dengannya.Ini merupakan kemarahan yang dilahirkan secara aktif. Marah yang dilahirkan secara pasif pula bermaksud seseorang itu lebih cenderung untuk memendam perasaan marahnya. Seseorang itu akan merasa marah apabira dia tidak dilayan dengan sepatutnya.Kajian menunjukkan apabila seseorang itu marah, fikirannya akan berada pada tahap tidak rasional.Jadi orang yang marah cenderung untuk melakukan sesuatu tindakan yang tidak wajar dan sukar diterima oleh akal yang waras.Saya turut mempelajari bagaimana untuk mengurangkan rasa marah yang bersarang di dalam didalam diri seseorang. Langkah yang pertama ialah seseorang itu perlu mengaku bahawa ia berada dalam keadaan marah. Kemudian, penilaian perlu dibuat  samada perlu atau tidak meluahkan perasaan marah dalam situasi tersebut. Jika sesuai, nilai samada perlu menggunakan pendekatan secara langsung atau tidak langsung.Setelah melakukan semua tindakan, imbas kembali apa yang telah dialami dan fikirkan tindakan yang perlu diambil untuk tujuan memperbaiki diri.Wajah manusia paling buruk ketika ia berada dalam kemarahan.Jadi, kemarahan perlu dikawal supaya tidak memudaratkan diri dan orang sekeliling.end#

 

 


No comments:

Post a Comment