Thursday, 12 August 2010

A 134514 Joy Liew Wei Yi LJ04

                Kuliah pada minggu ini adalah emosi negatif yang bertentangan pada kuliah minggu lepas iaitu emosi positif. Takut, malu, sedih dan marah dikategorikan dalam emosi negatif. Saya percaya bahawa semua emosi ini pernah dialami oleh setiap orang. Saya akan menbentangkan satu persatu emosi yang saya pelajari.

                Emosi takut yang bermaksud tindak balas emosi terhadap bahaya yang datang dan mempunyai kaitan dengan kebimbangan. Pada suatu petang, ketika saya berada dalam bilik asrama saya seorang diri, monyet cuba memasuki bilik saya melalui tingkap yang terbuka. Pada masa itu, saya berasa takut dan terus mengambil penyapu untuk menghalaunya. Saya segera menutup tingkap tetapi saya masih bimbang akan kedatangan monyet pada bila-bila masa. Hal ini menyebabakan saya tidak dapat menumpukan perhatian semasa mengulang kaji pelajaran. Perasaan takut juga merupakan mekanisme untuk meneruskan kelangsungan hidup dan biasanya berlaku apabila menpunyai stimulasi negatif tertentu. Selain itu, perasaan takut mempunyai kaitan dengan beberapa keadaan emosional iaitu bimbang, kecemasan, keganasan dan sebagainya. Contohnya, sebagaimana yang diperkatakan oleh Dr. Ahmad Zamri, apabila kita berhadapan dengan singa, kita mula berasa takut dan ingin melarikan diri supaya tidak dibaham.

                Apakah sebab-sebab kita berasa takut? Kita berasa takut apabila berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui. Contohnya, manusia takut pada hantu yang kita tidak ketahui dengan jelasnya…. Trauma juga merupakan sebab kita takut.  Kawan saya  terjatuh dalam kolam dan hampir lemas pada zaman kanak-kanak menyebabkan dia menghadapi trauma terhadap air(hydrophobia) sehingga kini. Kita juga takut pada benda yang berada di depan mata ataupun benda-benda yang abstrak. Semua orang takut diejek ataupun dipinggirkan oleh kawan.

                Seterusnya adalah perasaan malu. Kita akan berasa malu ketika tindakan kita tidak diterima atau bercanggah terhadap masyarakat. Kehilangan maruah dan situasi sekeliling adalah perkara yang menyebabkan kita malu. Kesilapan yang biasa dilakukan yang menyebabkan kita berasa malu adalah kita tersilap pakai kasut. Kita berasa malu apabila kita didapati berbohong ataupun kalah dengan teruk serta membuat kesilapan. Kita berasa malu kerana kita sendiri yang melakukannya. Ini merupakan jenis individu yang mengatakan kita tidak mahu perhatian yang tidak diingini dan perbuatan individu yang menyebakan kemaluan. Jenis kedua adalah profesional  apabila berlaku sesuatu yang bercanggah atau fakta yang salah. Pegawai atasan akan berasa malu apabila kakitangannya membuat kesilapan. Pada minggu MMP, pelajar tahun pertama diminta berjalan dari KUO ke DECTAR disebabkan kami lambat berkumpul  kami terlewat sampai di DECTAR. PC kita berasa malu kerana kolej kita dekat dengan DECTAR tetapi masih terlewat. Kita dimarahi kerana tidak menepati masa.Contoh yang lain adalah Lady Gaga berasa malu apabila gambarnya yang terjatuh dipaparkan di surat khabar.

                Sedih adalah emosi yang dipamerkan apabila berasa kehilangan ataupun kekurangan. Jikalau kesedihan ini berterusan kita akan mengalami kemurungan. Kesedihan yang terlampau akan menyebabkan seseorang itu bertindak secara tidak rasional iaitu mereka sanggup bunuh diri ataupun menyakiti orang lain. Kesedihan juga akan menyebabakan seseorang menjadi pendiam, tidak bersemangat  dan suka bersendirian. Keadaan ini paling jelas dilihat daripada seseorang yang ceria.

                Akhirnya, perasaan marah adalah psychophysiological respon ke atas kesengsaraan, tekanan ataupun ancaman. Kemarahan adalah tindak balas terhadap persepsi kita. Kemarahan dapat didedahkan aktif atau pasif. Kemarahan aktif adalah kita ekspresikan melalui kelakuan kita. Kita akan membaling benda dan menghentam dinding apabila berasa marah. Kemarahan pasif adalah kita memendamkan perasaan marah. Kita boleh mengawal kemarahan dengan cool down dulu.

                Kesimpulannya, emosi adalah natural. Kita yang menentukan emosi kita. Selalunya kita mewarnai hidup kita dengan pelbagai emosi tetapi janganlah kita mewarnai dengan emosi negatif. Jangan biarlah emosi mengawal kehidupan kita.

 

                # END #

No comments:

Post a Comment