Saturday 28 August 2010

A132529 Siti Nurliyana LJ06

Pada minggu ke-enam ini, kami telah mempelajari tentang 'Adaptation Level Theory' atau teori aras adaptasi. Apakah aras adaptasi ini? Ianya adalah keadaan neutral seseorang yang diadaptasi apabila dia sudah biasa dengan keadaan itu. Contohnya satu kerja yang sukar jika dibuat berulang-ulang kali, akan bertukar menjadi lebih senang. Perkara ini terjadi kerana sudah memang fitrah manusia mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dalam situasi-situasi sukar untuk memudahkan perjalanan hidup mereka.

Aras adaptasi ini sangat berkait rapat dengan usaha pencarian kebahagiaan dalam hidup. Manusia memang bersifat tidak akan berpuas hati dengan apa yang mereka miliki dan sentiasa berusaha mengecapi kebahagiaan yang mereka idam-idamkan. Namun apakah kebahagiaan itu sebenarnya? Ianya terlalu subjektif dan ertinya bagi setiap orang adalah berlainan. Tambahan pula, jika kita berjaya mendapat benda-benda yang kita idamkan, betulkah kita akan benar-benar terasa gembira? Sebenarnya perasaan gembira yang kita alami memang tidak kekal dan tiada siapa pun yang mampu mengekalkan kebahagiaannya sepanjang masa. Hal ini kerana apabila kita dapat benda yang kita mahukan, perasaan puas hati ini akan diganti dengan kemahuan yang baru kerana kita sudah adaptasi dengan kepuasan hati kita maka kita idamkan lebih lagi. Perkara inilah yang dikatakan aras adaptasi.

Saya teringat akan satu blog yang saya terbaca tempoh hari. Blog itu benar-benar telah membuka mata saya tentang kehodohan industri hiburan terutama sekali bagi yang datang dari Barat. Ia menceritakan usaha media massa barat dalam mengubah norma kebudayaan masyarakat sejagat. Penyanyi-penyanyi wanita yang berpengaruh kuat seperti Lady Gaga dan Rihanna mengeluarkan muzik yang berunsur seksual dan video lagu mereka pula menyembunyikan maksud yang lebih mendalam dengan simbolisme yang sebenarnya berkaitan dengan upacara pemujaan syaitan atau paganisme. Apabila golongan muda disuap dengan muzik dan hiburan sebegini, mereka menerima sahaja apa yang dipaparkan oleh penghibur-penghibur barat tanpa mempersoalkan maksudnya. Kini, gadis muda yang berpakaian menjolok mata seperti Cik Gaga sudah menjadi perkara biasa dan mereka yang tidak berpakaian begitu dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Di sini kita boleh lihat bagaimana industri hiburan Barat telah berjaya mengangkat perlakuan yang tidak senonoh ini sebagai sesuatu yang diterima masyarakat umum dengan melaras aras adaptasi masyarakat untuk membiasakan diri dengan perkara sebegini. Walau bagaimanapun, nasib baiklah generasi muda di Malaysia masih mempunyai nilai-nilai murni seperti yang sepatutnya. Bagi yang berminat membaca blog ini, sila layari url http://vigilantcitizen.com/. Hasil penulisan blogger tersebut mungkin terselit perkara yang agak sensitif kepada sesetengah, jadi sila baca dengan minda yang terbuka.

Seterusnya Teori Solomon membincangkan tentang sifat emosi yang mempunyai pasangan-pasangan mereka sendiri. Contohnya emosi gembira berlawanan dengan sedih, emosi takut berlawanan dengan seronok dan sebagainya. Selain itu, teori proses lawanan Solomon juga menyatakan yang dalam sesuatu keadaan mula-mula seseorang itu akan berada dalam keadaan primari yang berjangka masa pendek. Kemudian tidak lama kemudian dia akan mengalami keadaan berlawanan. Mengikut kebiasaan keadaan berlawanan ini akan kekal lebih lama berbanding keadaan primari. Contohnya, jika seseorang itu baru berkahwin dengan pasangan pilihan keluarganya, pada mulanya dia akan berasa tidak puas hati dan tertekan. Namun lama kelamaan setelah dia mengenali pasangan hidupnya dengan lebih mendalam, dia akan mendapati yang mereka memang telah dijodohkan.

Wallahualam...

No comments:

Post a Comment