Saturday 28 August 2010

A126640 Hasliza LJ06

Pada minggu ini terdapat dua tajuk kuliah yang saya pelajari iaitu Adaptation Level Theory  dalam bab 5 dan Solomon Theory dalam bab 6. Kedua-dua tajuk tersebut amat menarik kerana berkisahkan tentang tindak balas terhadap emosi yang berlaku ke atas diri sendiri. Setiap emosi yang berlaku akan terbentuknya satu tindak balas sama ada emosi tersebut dalam keadaan positif ataupun negatif.

 

                Bagi Adaptation Level Theory adalah mengenai satu tindak balas terhadap ransangan yang berlaku sesuatu kejadian.  Dalam teori ini kita akan dapat lihat secara automatiknya sesuatu tindak balas berlaku. Misalnya jika seseorang itu mendapat keuntungan dalam perniagaan dari apa yang dijangkakan sudah pasti ia akan menyeronokkan dan terasa amat gembira. Begitu juga bagi kita sebagai seorang pelajar mendapat keputusan yang lebih baik  dari apa yang diharapkan pasti akan mengembirakan. Ini semua salah satu kategori dalam Adaptation Level Theory.

 

                Kita sebagai manusia apabila melakukan sesuatu perkara akan dapat membuat satu adaptasi ataupun suatu penilaian. Apa yang berlaku akan terbentuknya satu emosi sama ada emosi itu positif ataupun negatif. Semuanya bergantung kepada keadaan yang berlaku kepada seseorang. Keadaan tersebut terbentuk daripada minda kita yang melakukannya untuk membuat penilaian. Misalnya jika kita mendapat berita yang baik semestinya akan gembira, suka dan jika mendapat berita yang tidak baik kita akan sedih, murung dan sebagainya lagi.

 

                Seterusnya, kita akan lihat dalam Solomon Theory . Teori ini hasil ubahsuai daripada teori

Asas Adaptasi tadi. Teori ini dihasilkan oleh Richard Solomon pada tahun 1980. Dalam teori ini akan menjelaskan tentang emosi bukan sahaja berlaku dalam jangka masa panjang tetapi dalam masa dalam jangka pendek juga boleh berlaku. Justeru teori Solomon ini juga merupakan satu proses berlawanan ataupun pertentangan dalam menghasilkan sesuatu emosi.

 

                Teori ini juga mengenai emosi yang berlawanan antara satu sama lain. Misalnya jika satu emosi itu gembira lepas itu akan sedih, pada mulanya seseorang itu banyak duit akhirnya akan pokai dan akan berlaku kesedihan.Keadaan ini akan berlaku kepada sesiapa tanpa mengira pangkat dan darjat.  Kita dapat lihat juga dalam sesuatu perniagaan , dalam perniagaan kita akan mengharapkan keuntungan tetapi apabila kita mengalami kerugian sudah pasti akan sedih. Dalam hal ini kita dapat lihat satu lawanan emosi di mana kita seronok atau pun gembira dalam keuntungan perniagaan tetapi apabila kerugian berlaku kita akan kecewa, sedih, murung. Hal ini menyebabkan berlaku satu keadaan berlawanan emosi di sini dari gembira kepada kecewa.

 

                Kedua-dua teori ini mempunyai persamaan dan perbezaan. Kita dapat lihat dalam Adaptation Level Theory akan berlaku satu ransangan dalam apa yang berlaku tetapi bagi Solomon Theory  adalah berkaitan satu emosi yang berlaku sama ada secara serentak dan berlaku pertentangan antara emosi tersebut. Kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa kedua-dua emosi ini berlaku dalam  satu keadaan atau situasi yang berlainan dan berbeza.


No comments:

Post a Comment