Friday 13 August 2010

A132202 AEYSHAH ABANG KASSIM LJ04

  Pada minggu ini,kelas pengurusan emosi berjalan seperti biasa.Namun,pada  minggu ini,kelas ini berjalan pada hari permulaan hari bulan Ramadhan,bulan bagi umat Islam berpuasa selama sebulan.Saya berasa sedikit penat kerana pada hari tersebut,kerana kelas pada hari tersebut penuh.Namun,ia merupakan cabaran bagi saya dan  harus saya gagahi.Bermulanya kelas,tayangan video dipaparkan,iaitu video yang menyebabkan semua orang terpaku  melihatnya dengan alunan muzik yang menarik perhatian.Topik pada minggu ini adalah emosi negatif.Komponen-komponen emosi negatif adalahtakut,malu,sedih dan marah.Semua yang tersenarai tersebut adalah satu perkara yang wajib ada pada setiap manusia di muka bumi ini.

   Perasaan takut adalah tindakbalas emosi apabila dalam bahaya berkaitan dengan kebimbangan.Saya kerap mempunyai perasaan ini kerana saya seorang yang penakut. Saya takut dengan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya sesuatu itu  merupakan punca menyebabkan saya berasa bersalah dikemudian hari nanti. Saya mendapat informasi  yang takut adalah berkaitan kepada beberapa elemen emosi seperti bimbang, keresahan, keganasan dan sebagainya. Antara faktor-faktor yang boleh mengundang perasaan takut ialah melalui insiden yang mengakibatkan trauma seperti jatuh kedalam perigi membuatkan budak tersebut takut dengan ruangan sempit dan trama untuk menghampiri perigi.  Selain itu, perasaan takut untuk kehilangan kawalan terhadap sesuatu seperti takut untuk kehilangan atau melepaskan orang yang tersayang. Ketakutan juga berpunca daripada keadaan sekeliling yang memberi tekanan, ejekan dan kritikan yang tidak membangun. Emosi takut sering diekspresikan dengan wajah yang mata terbka luas ataupun bibir atas ternaik sedikit. Dalam keadaan terancam, kita juga akan berasa takut dan akan menurut perintah orang yang mengancamnya.

    Kami juga mempelajari perasaan malu iaitu emosi yang tidak diingini. Malu juga boleh disebabkan perkara yang kecil seperti terlanggar batu ketika sedang berjalan-jalan dengan kawan-kawan ataupun baru menyedari bahawa memakai baju terbalik setelah seharian berjalan-jalan di pusat membeli-belah. Malu terdapat 2 jenis iaitu secara peribadi dan professional. Malu secara peribadi berpunca dari perhatian yang tidak diingini seperti terlompat-lompat kegembiraan tanpa menyedari bahawa orang sekeliling sedang memerhatikannya.  Contoh lain yang mengundang bperasaan malu adalah apabila seseorang itu didapati berbohong ata membuat kesalahan, dan mengalami kekalahan teruk dalam pertandingan. Malu sering diiringi dengan keadaan tersipu-sipu, tergagap-gagap, gementar, berpeluh-peluh dan gelisah. Malu dari segi professional pula sering berkaitan dengan duit dan material ataupun disebabkan tidak mampu menjalankan tugas dengan baik seperti pegawai atasan memberikan fakta yang salah kepada pihak umum.

Perasaan sedih ini pula adalah tindakbalas daripada kekurangan dan kehilangan yang dihadapi. Emosi sedih yang terlampau mampu mengundang kepada kemurungan dan tidak dapat menikmati kehidupan dengan baik. Orang yang sedang bersedih akan menjadi pendiam, kurang bertenaga dan memilih untuk mengasingkan diri sahaja. Tanda-tanda seorang itu sedang bersedih ialah sentiasa tunduk, muram dan suram. Sedih adalah emosi yang bertentangan dengan emosi kebahagiaan. Melalui fakta ( Forges,1992,1994) ada menyatakan orang sedang bersedih memproses informasi yang diterima dengan lambat berbanding orang yang sedang gembira.

Seterusnya adalah emosi marah iaitu respon kepada penderitaan, tekanan, dan gangguan. Marah juga boleh berpunca daripada beberapa konflik, kecurangan, pengkhianatan dan perkara yang memalukan. Marah diekspresikan secara aktif mahupun pasif. Orang yang marah secara aktif akan bertindak secara fizikal seperti menghempas telefon bimbit atau meninggikan suara kepada orang yang menganggunya ketika itu. Marah secara pasif pula lebih suka memendam perasaan marahnya dan berdiam diri. Ini adalah lebih bahaya kerana ia mampu memakan diri kita dan akhirnya akan bertindak di luar kawalan. Marah juga boleh disebabkan apabila mendapat layanan yang tidak diingini.

Kesimpulannya, kemarahan adalah tanda kelemahan. Orang yang baik susah untuk berasa marah dan mudah ntuk melegakan kemarahan yang dialami. Maka, dalam menjaga hubungan dengan orang sekeliling kita, perlulah kita mengawal emosi agar mereka akan lebih selesa untuk berdampingan dengan kita.

No comments:

Post a Comment