Friday 13 August 2010

A126968 Liyana LJ04

Perasaan memainkan peranan penting dalam mengawal sesuatu keadaan. Contohnya dalam keadaan formal dan tidak formal. Terutama perasaan negatif. Pada minggu ini, saya telah menjalani kuliah tentang Emosi Negatif iaitu takut, malu, sedih dan marah. Satu demi satu peasaan negatif diperkenalkan lebih mendalam iaitu bagaimana perasaan negatif muncul, ciri-ciri dan bagaimana untuk mengatasinya. Pertama sekali ialah perasaan takut, takut adalah sifat semula jadi yang ada dalam setiap diri manusia. Perasaan takut itu muncul disebabkan oleh ada motif-motif ancaman, seperti berjalan di dalam kawasan gelap, perasaan takut akan muncul secara tiba-tiba. Seperti erti kata lain, perasaan boleh juga di ekspresikan dengan mimik muka seperti dahi berkerut, muka pucat dan sebagainya. Kadangkala perasaan tersebut akan mendatangkan rasa seram dan sejuk pada badan. Aktif juga dari segi fizikal, bulu roma akan naik ketika dalam perasaan takut. Mengikut pengalaman saya, orang yang mengalami emosi sebegini, apabila melihat perkara yang menyeramkan, seseorang itu akan menggigil dan tidak dapat berkata-kata kerana perasaan takut telah mendominasi sebahagian daripada emosinya.

 

            Seterusnya ialah perasaan malu. Perasaan malu ini adalah terbit daripada perkara yang dilakukan membuatkan dirinya diperhatikan dan akan diketawakan orang disekelilingnya. Kebanyakan orang yang bersifat malu ini mempunyai keyakinan diri yang rendah kerana seseorang itu tidak dapat menghadapi perkara yang tidak pernah dilaluinya. Contoh pada kebiasaan yang saya lihat, kebanyakan para pelajar malu untuk membuat pengucapan awam. Dalam keadaan gemuruh dan malu akan membuatkan seseorang itu berasa gementar, tergagap-gagap dan akan terlupa apa yang hendak diperkatakan. Orang seperti ini perlu kita bantu untuk mendapatkan keyakinan yang sepatutnya agar mereka dapat memajukan diri mereka serta menjadi lebih berani untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Kadang-kala orang yang mempunyai emosi malu ini, mereka mempunyai pencapaian akademik yang tinggi berbanding orang yang berkeyakinan tinggi. Hal ini kerana sesetengah pihak menganggap perasaan malu itu tidak menjadi penghalang untuk mereka berjaya dalam hidup. Ini adalah lumrah alam.

 

            Emosi berkaitan dengan sedih adalah emosi negatif yang melibatkan keseluruhan emosi dalam subjek Pengurusan Emosi. Pada pendapat saya sedih meliputi punca daripada perasaan malu, marah, gembira dan takut. Pada semua perasaan itu boleh menyebabkan kita menangis atau sedih. Keempat-empat perasaan tersebut jika berada pada tahap yang tinggi dan kritikal, ia akan terus menerusi proses sebak dalam dada dan akan di ekspresikan dengan mengalirkan air mata iaitu sedih. Individu yang mengalami perasaan ini menampakkan pelbagai ciri-ciri dalam pelbagai sudut. Apabila perasaan sedih itu melanda, sesorang itu boleh meluahkan perasaan melalui pelbagai situasi contohnya meluahkan melalui sajak, lagu, lukisan, dan sebagainya. Melalui perkara-perkara tersebut perkara yang hendak diluahkan tercapai melalui hasratnya yang kesedihan dan memerlukan orang lain mendiskripsikan perasaan mereka itu.

 

            Seterusnya ialah perasaan marah. Apabila mengatakan tentang perasaan marah ini, adakah perasaan ini memudaratkan pendirian seseorang dan akan memudaratkan orang lain? Pada pendapat saya ya. Hal ini kerana, emosi ini melibatkan punca daripada sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Baru sahaja tadi saya menjalani perasaan marah tersebut, hal ini kerana perasaan tidak puas hati merundum hati saya. Pendapat saya tidak diterima dan perasaan marah itu mula mencetus dalam hati saaya sehinggakan saya telah mengecewakan hati seseorang. Akan tetapi perasaan tersebut boleh dikawal tanpa melakukan perbuatan yang diluar jangkaan. Tekanan kerana kesilapan membuat kerja yang melalui perasaan malu itu juga akan mencetuskan kemarahan kepada orang lain. Oleh hak yang demikian, kemarahan yang serius boleh membendung perkara yang tidak diingini.end#


No comments:

Post a Comment