Friday 13 August 2010

A128782AZLINLJ04

Assalamualaikum…

Pada minggu  ini kami mempelajari satu lagi topik baru iaitu mengenai emosi negatif. Apa itu emosi negatif? Antara emosi negatif ialah takut, malu, sedih dan marah. Kita sering kali mengatakan bahawa emosi negatif merupakan perasaan yang dapat menimbulkan akibat yang buruk, baik bagi diri sendiri maupun bagi orang lain.Dr.Don Colbert mengatakan bahawa apa yang kita rasa secara emosional seringkali menjadi sesuatu yang juga kita rasakan secara fizik. Misalnya, ketika kita sedang marah, maka muka kita akan merah dan terasa panas.

1.   Takut

Ketakutan adalah perasaan yang sangat kuat dan menghasilkan suatu tanggapan psikologi yang sangat kuat.. Ketakutan berhubungan dengan sejumlah penyakit pencernaan, seperti gangguan buang air besar, sakit kepala bahkan penyakit kulit. Selain itu ketakutan juga berhubungan dengan jantung dan pembuluh darah.

Penakut menunjukkan kepada keadaan seseorang yang takut akan seseuatu benda atau kepada seseorang.sedari kecil lagi kita sering sahaja mendengar kisah-kisah yang berkaitan dengan cerita-cerita seram. Oleh itu itu maka akan wujudlah perasaan takut itu dalam diri kanak-kanak. Boleh juga diandaikan bahawa sifat penakut ini akan wujud dalam diri kanak-kanak sehingga dewasa.

2.   Malu

Perasaan malu terjadi disebabkan oleh perasaan rendah wujud dalam diri kita. Contoh yang paling mudah ialah apabila malu untuk berhadapan dengan orang ramai apabila membentangkan sesuatu projek atau untuk berhadapan dengan orang yang tidak kit kenali. Kadang-kadangdengan perasaan malu yang menebal ini menyebabkan potensi diri kita tidak dapat diperkembangkan. Oleh itu kita perlu sedar bahawa malu itu seharusnya mestilah bertempat sebagai contoh apabila berada dalam pembelajaran hilangkan perasaan malu untuk bertanya atau sebagainya.

 

 

3.   Sedih

Sedih merupakan satu perasaan yang sering kali dirasai oleh setiap manusia. Mengapa saya berkat begitu kerana apabila kita kehilangan sesuatu atau seseorang kita akan merasa begitu sedih. Sebagai contoh apabila kita kehilangan orang yang paling kita sayang meninggalkan kita buat selama-lamanya adakah kita akan berasa gembira? Sudah tentu tidak bukan...kita bukan sahaja berasa kehilangan malah jua akan menjadi kita seorang yang murung dan sentiasa berada dalam ksedihan. Kita akan mengalaminya dalam tempoh yang kita sendiri tidak tahu berapa lama tempohnya samaada sebulan setahun atau selama lamanya kita berasa sedih.

Selain itu saya juga ingin mengaitkan kesedihan dengan air mata..adakah ia mempunyai kaitan?? Saya sendiri tidak mampu untuk mengatakan benar @ tidak...tetapi apa yang sering perhatikan hanya orang yang  berada dalam kesedihan sahaja akan menangis dan ada segelintir sahaja menangis kerana disebakan kegembiraan. Jika kita perhatikan dengan hanya menangis diri kita akan menjadi lebih tenang dan segala masalah yang terjadi akan hilang begitu sahaja.

 

4.   Marah

Ketika berbicara tentang kemarahan, maka permusuhan dan keberangan pun termasuk didalamnya. Sebagian orang mungkin tidak kelihatan marah, tetapi menyimpan kemarahan di dalam hati. Orang yang suka marah dan mempunyai sifat bermusuhan melepaskan lebih banyak adrenalin, yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal, kedalam darah. Ini meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung. Dalam sebuah penelitian selama 25 tahun yang melibatkan 255 mahasiswa kedokteran di Universiti North California, Dr.John Barefoot menemukan bahawa mereka yang memiliki sikap permusuhan tinggi memiliki kemungkinan lima kali lebih besar meninggal dengan penyakit jantung dan tujuh kali lebih besar kemungkinannya meninggal pada usia lima puluuh tahun daripada mereka yang tidak memiliki sikap permusuhan.

 


No comments:

Post a Comment