Friday 20 August 2010

A130964 Khaidhir LJ05

Pelbagai teori tentang emosi telah dikemukakan sejak abad ke-19 lagi.  Antara teori-teori yang  wujud tentang emosii adalah Common sense theory, Teori James-Lange, Teori Schacter, Teori Cannon-Bard,  Teori Kognitif, Teori Psikoanalitik dan macam-macam lagi.  Teori-teori ini berperanan dalam membangkitkan isu-isu dan hal-hal berkaitan emosi dan juga perjalanan membentuk emosi dan bagaimana satu-satu emosi itu terbentuk secara lebih mendalam dan lebih saintifik. 

Teori-teori ini telah menjadi pucuk pangkal kepada kajian-kajian tentang emosi yang sedang dilakukan secare meluas terutamanya kajian dalam bidang psikologi dan sains social.  Teori James-Lange telah mengubah turutan dalam 'common sense theory'. Menurut teori ini, selepas dirangsang sesuatu stimulus, reaksi tubuh badan mendahului pengalaman emosi kita.

Contohnya, apabila tapak kaki kita terpijak paku, kami akan mengangkat kaki dengan segera sebelum berasa derita disebabkan kesakitan itu. Akan tetapi teori ini bercanggah dengan teori Cannon-Bard yang berpendapat bahawa tindak balas tubuh badan terlalu lambat untuk mencetus emosi sedangkan emosi itu biasanya dialami dengan kadar segera, dan manusia masih beremosi sungguhpun sistem sarafnya tidak berfungsi.

Teori Cannon-Bard mencadangkan bahawa reaksi tubuh badan berlaku selepas pengalaman emosi, manakala rangsangan luaran dan dalaman mempengaruhi sistem saraf dan minda sebelum mencetus emosi itu.  Teori Kognitif pula mencadangkan bahawa minda kita berperanan utama dalam menjana dan memandu emosi kita. Minda kita berperanan menilai dan melabelkan emosi kita melalui proses kognitif dan seterusnya menjana emosi yang berkaitan. Menurut Schacter, selepas tubuh kita bertindak balas terhadap rangsangan, minda kita menafsir reaksi fisiologikal kita berasaskan tanda dan pengalaman lepas sebelum memberikan tanggapan terhadap situasi tersebut. Perasaan itu dimanakan dan oleh itu tercetuslah emosi.

Turutan kejadian penjanaan emosi itu adalah seperti berikut: Situasi - Reaksi Tubuh dan Penilaian Kognitif - Emosi.  Teori Psikoanalitik lebih menekankan kepada emosi-emosi negatif terutamanya kebimbangan dan kemarahan. Ia juga tidak sama dengan teori-teori lain yang menekankan peranan minda sedar kerana mengikut teori ini, minda tidak sedarlah sebenarnya yang memandu pengalaman emosi kita. Antara penyokong teori ini adalah Sigmund Freud yang juga mengasaskan teori terhadap minda-minda kita yang berlainan, iaitu minda sedar, minda bawah sedar dan minda tidak sedar. Menurutnya, minda tidak sedar merangkumi pengalaman masa lampau yang telah dilupai tetapi menjadi sumber kuat dalam pencetusan emosi dan apabila dibangkitkan akan menyebabkan kesakitan dan kederitaan.

Antara kesemua teori-teori yang telah dibincangkan, saya sangat bersetuju dan tertarik dengan teori kognitif. Pemikiran dan kognisi yang mempunyai peranan utama dalam menghasilkan dan membimbing emosi. Seperti yang dipelajari pada beberapa minggu sebelumnya iaitu emosi tidak dapat dipisahkan dengan motivasi, seperti itu jugalah dengan teori yang cuba disampaikan ini. Apabila emosi tidak dikawal dan dibimbing, emosi yang terganggu akan menyebabkan pelaku melakukan kelakuan yang tidak sewajarnya. Seperti contoh, membunuh diri, atau mencederakan diri. Teori ini lebih mengatakan bahawa emosi terhasil daripada pemikiran, bukan daripada perkara lain secara tiba-tiba.

Oleh yang demikian, wajarlah sesorang manusia itu melatih dirinya berfikir secara rasional dan menilai sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat sesuatu perkara. Untuk mengelakkan diri mereka dari melakukan sesuatu yang tidak wajar terutamanya apabila mereka telah dikawal oleh emosi, bukannya pemikiran.

 

 

 


No comments:

Post a Comment