Friday 20 August 2010

A129013 Arfa Rina LJ05

Salam 1 Malaysia.

Minggu kelima ini didalam kelas membincangkan tentang teori fisiologikal , kognitif dan psikoanalitik. Emosi memainkan beberapa komponen seperti perasaan subjektif, bahasa tubuh dan juga keupayaan motivasi. Kesemua ini menyumbang dalam perihal eksperesi emosi.

Dari segi teori fisiologikal, ia adalah mengenai emosi merupakan produk utama pemikiran (minda) dan sistem saraf. Ini bermaksud, emosi dikatakan berkait rapat dengan pemikiran kita lalu dari otak ditafsirkan kepada system saraf dan dizahirkan melalui emosi. Menurut pengkaji, james Lang yang teorinya telah lama diterima mengatakan situasi diikuti reaksi tubuh lalu mencetus emosi. Dari sudut teori  Carl-Lange,dari situasi tercetus emosi dan reaksi tubuh badan. Cannon-Bard pula menegaskan teori James Lang dapat diterima tetapi spesifiknya, organ system yang mencetuskan emosi dan bertindak mengikut stimuli tertentu dan mengalami emosi secara serentak. Teori ini diperjelaskan melalu teori psikobiologi iaitu, jalan atau "circuit" system saraf tertentu.

Teori kognitif menjelaskan tentang teori yang dibuat berdasarkan teori psikologikal. Ada 4 sub-teori mengenainya iaitu, pertama minda akan menilai dan mencipta emosi. Penamaan sesuatu emosi akan menentukan emosi yang akan dialami.Contohnya, apabila minda mengatakan sesuatu seperti takut apabila melalui kawasan gelap kerana ada hantu.lalu, emosi takut dizahirkan walhal, tiada hantu pun sebenarnya di kawasan tersebut. Selain itu juga, sub teori kedua adalah teori pengelesan kognitif oleh schachter's " misattribution" . misattribution adalah mengenai kesilapan tanggapan dan sangkaan terhadap emosi. Kadangkala, pemikiran yang dipengaruhi perbagai situasi menyebabkan emosi yang dizahirkan adalah salah. Contohnya, apabila melihat seseorang duduk termenung.kebiasaannya,kita menganggap dia sedang kecewa,sedang mengenangkan nasib.tapi salah!tidak semestinya kerana kemungkinan dia sedang memikirkan penyelesaian masalahnya ataupun sedang bermuhasabah.

Sub teori ketiga adalah " transfer of excitation" . bagaimana kegembiraan berpindah dari seseorang kepada yang lain? Bagaimana kesedihan menjadi rentetan emosi dalam kehidupan seharian? Teori ini menjelaskan bahawa, emosi yang dialami sebelum persekitaran berubah mampu mempengaruhi persekitaran selepasnya. Contohnya,seseorang yang kesedihan baru pulang dari sekolah setalh mengetahui keputusan peperiksaan ayng agak mengecewakan,di rumah dia hanya diam dan masih lagi sedih. Seseorang ayng baru balik dari berjumpa kekasih lalu dimarahi ibunya kerana pulang lambat,tetapi dia tidak merasa apa-apa melainkan gembira bertemu kekasihnya tadi.

Sub teori keempat adalah, "cognitive appraisal theories" iaitu pemikiran memainkan peranan penting dalam penentuan emosi. Apabila di puji, kita mudah tersemyum dan gembira. Apabila di cemuh, kita mudah kecewa,namun bagi sesetengah orang yang berfikir cemuhan itu tiada apa-apa, apabila dia dicemuh,tiada emosi negative baginya. Sekian,wassalam.


No comments:

Post a Comment