Friday 27 August 2010

A130725 MAIZATUL AKMAL LJ06

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Semakin banyak ilmu yang telah
dipelajari, rasa diri semakin ketandusan ilmu yang baru. Rasa masih banyak ilmu
yang masih tidak diketahui. Biarpun hanya belajar tentang pengurusan emosi,
namun ia tidak semudah yang disangka. Banyak teori-teori yang perlu diingati dan
diberi penekanan. Begitu kampleksnya emosi individu bergelar manusia.
Pernahkah kamu menyertai aktiviti-aktiviti yang memerlukan ketahanan mental dan
fizikal yang kuat seperti memanjat gunung atau apa sahaja yang menguji
kekentalan diri. Bagi sesetengah individu, melakukan aktiviti yang lasak
sememangnya menakutkan. Namun bagi mereka yang telah biasa melakukan aktiviti
sedemikian, ini bukan sahaja tidak menakutkan malah memberiri kegembiraan dan
kepuasan dalam diri mereka. Jika kita lihat situasi ini bersamaan dengan
"Solomon Opponent Process Theory" .
Teori ini dilihat berlawanan. Sebagai contoh, seorang yang takut memanjat gunung
yang tinggi boleh bertukar kepada amat meminati aktiviti ini sekiranya
berterusan melakukannya. Malah boleh terjadi semakin tinggi gunung tersebut,
semakin disukainya. Begitu juga beberapa aktiviti lasak yang lain. Ia
menakutkan pada permulaannya tetapi boleh menjadi hobi yang mengembirakan di
akhirnya.

Namun tidak hanya pada aktiviti lasak semata-mata, teori ini juga diterima pakai
dalam urusan kehidupan yang lain. Hendak dikaitkan dengan pandangan kehidupan
realiti. Hanya berlaku dikeliling sendiri. Daripada permulaan bekerja mendapat
tangga gaji RM1500, pada mulanya sangat gembira, maklumlah gaji pertama, dalam
beberapa tahun hidup dalam tahap yang sama menimbulkan kebosanan dalam diri
terhadap apa yang diperolehi. Rasa gaji yang diterima tidak mencukupi. Tangga
gaji yang sama selama beberapa tahun meningkatkan azam dalam diri supaya bekerja
dengan lebih kuat. Sehingga Berjaya meningkatkan lagi taraf hidup. Tapi manusia
susah hendak memuaskan diri, kerana setiap manusia akan menjadi bosan jika masih
berada ditempat yang sama dalam tempoh yang agak lama.

Dalam sebuah karya agung yang berjudul La Tahzan, pada halaman 150, sebuah syair
menyatakan :

Ketika dunia member kebaikan kepadamu
Dan saat kau tak rela merasakannya
Tidakkah kau melihat permata dunia
Yang putih berkilauan
Dia keluar dari lautan yang masin
Setelah ketakutan, akan muncul cara
Yang membuatmu berlimpah kemudahan
Dan kebahagian
Setelah kecelakaan akan datang keselamatan
Bukankan sesuatu yang bengkok
Boleh berubah menjadi tegak lurus

Dalam syair ini, saya dapat rasakan ada kaitannya dengan "Solomon Opponent
Process Theory" walaupun secara tidak langsung. Dapat disimpulkan bahawa syair
ini menyatakan, insan itu mempunyai emosi yang tidak tetap dam fleksibal
mengikut keadaan semasa. Boleh berubah-ubah walaupun dalam masa yang singkat.
Seseorang insan itu juga mudah bosan dengan pencapaian diri dan berusaha untuk
meningkatnya.
Kesimpulannya., teori yang dipelopori Richard Solomon pada tahun 1980, ada
asasnya dan bertepatan jika jiwa emosi manusia. dan sepatutnya terus menjadi
rujukan semua pelajar.

No comments:

Post a Comment