Friday 27 August 2010

A132516 ctzara LJ06

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah pengurusan emosi iaitu Ahmad Zamri Bin Mansor. Pada 25 Ogos 2010 yang lalu pada jam 4.00-7.00 petang, seperti biasa saya menghadirkan diri ke kuliah pengurusan emosi. Tajuk kuliah pada kali ini ialah " Adaptation Level Theory" dan "Solomon Theory" atau dalam bahasa melayunya ialah "Teori Aras Adaptasi" dan "Teori Solomon". Isi kuliah pada kali agak sedikit walaupun terdapat dua tajuk yang di bincangkan.

    Pertama sekali saya ingin menerangkan tajuk Teori Aras Adaptasi. Pada konsep asasnya ialah kita akan bertindak balas pada suatu rangsangan baru mengikut aras penyesuaian kita akan suatu keadaan. Seseorang itu akan dapt menyesuaikan diri mengikut peredaran masa dan mengikut situasi tertentu. Ada situasi yang kita boleh terima dalam masa yang singkat dan ada keadaan situasi yang agak sukar untuk diterima. Secara automatiknya kita dapat menentukan suatu adaptasi untuk setiap rangsangan yang pelbagai. Tafsiran kita terhadap suatu situasi akan menyumbangkan suatu pengalaman emosi yang dilakukan oleh minda. Sebagai contohnya, saya ambil pengalaman diri saya sendiri, selama ini saya bersekolah harian biasa dan tinggal di rumah ibu bapa sebelum masuk ke matrikulasi yang perlu tinggal di asrama. Sebelum saya memasuki matrikulasi, saya selalu didedahkan dengan keadaan belajar di matrikulasi yang terlalu cepat berbanding di sekolah. Pada mulanya, saya takut untuk belajar di matrikulasi dan saya agak lambat menerima setiap apa yang saya pelajari. Saya ikuti setiap pelajaran saya perlahan-perlahan dan memang agak sukar untuk saya sesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Namun, lama kelamaan dapat juga saya sesuaikan diri dengan keadaan belajar yang agak laju dan mengambil masa yang agak lama iaitu dalam 2 bulan.

    Seterusnya, teori Solomon ialah hasil ubahsuaian Teori Aras Adaptasi. Teori Solomon merupakan pengimbangan emosi yang menunjukkan ke arah neutral yang bukan sahaja dalam jangka masa yang sekejap malah juga mengambil masa yang lama. Setiap emosi berpunca daripada berlakunya emosi yang bertentangan. Emosi dikatakan berlaku secara berpasangan dan berlawanan dimana satu emosi experience lawannya adalah suppressed. Terdapat dua peringkat teori Solomon iaitu peringkat rendah dan peringkat penentang. Pada permulaannya mesti kita tidak mahu melakukan sesuatu yang kita tidak suka dan akhirnya kita akan sedar perkara itu sebenarnya memberi manfaat pada diri kita sendiri. Contohnya, kita sangat malas untuk melakukan senaman padahal senaman itu membuatkan badan kita makin sihat dan apabila menyedari keadaan itu kita mula menyukai perkara yang kita tidak suka pada mulanya.

    Kesimpulannya, kita haruslah menyedari bahawa setiap situasi itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita juga perlu pandai untuk melakukan penyesuaian dalam suatu keadaan sama ada senang atau sukar. Kita juga perlulah lakukan perubahan untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam. Jika inginkan suatu balasan yang baik maka lakukanlah perkara yang baik-baik. InsyaAllah kita semua dapat melakukannya.
Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a Comment