Friday 27 August 2010

A134569 NURUL NABILA LJ06

Kelas pada petang ini telah mengajar saya satu agi ilmu yang baru iaitu teori aras adaptasi dan teori solomon. Teori ini sebenarnya diamalkan tanpa kita sedari dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Teori adaptasi ialah sesuatu keadaan yang menjadi kebiasaan setelah lama melakukan perkara sebegitu. Contohnya seperti mendengar lagu bahasa asing yang tidak kita fahami maksudnya dan bukan rentak yang kita gemari seharian atau dengan kerap akan menyebabkan kita mula menyukai lagu tersebut serta rentak yang seirama dengannya. Kita mungkin akan mencari lagu yang sama atau mungkin mahu lagu yang lain dengan genre yang sama kerana lagu seperti itu sudah berada pada paras adaptasi kita. Saya juga mengalami keadaan yang serupa,pada mulanya saya tidak menggemari bangun di awal pagi dan ini menyebabkan ibu saya akan mengejutkan saya dengan cara yang tersendiri bagi membolehkan saya bangun,namun lama kelamaan saya boleh bangun pagi tanpa di kejutkan oleh  ibu saya dan masa saya bangun juga semakin awal. Kini saya jarang mengalami kelewatan bangun pagi kerana saya sudah dapat adaptasi dengan  masa yang sepatutnya saya bangun.


 Namun begitu jika kita sudah terbiasa dengan sesuatu situasi kita mahu ia lebih lagi kerana kita merasakan bahawa kita layak untuk mendapat lebih baik. Contohnya jika setiap hari kita menerima kata- kata seperti keputusan anda baik, pada mulanya ia membuatkan kita sangat gembira namun lama kelamaan kita mahu mendengar kata kata seperti  keputusan anda cemerlang kerana baik sudah berada di paras adaptasi kita. Begitu juga dengan pekerja yang makan gaji, sekiranya pada mulanya dia ditawarkan bekerja dengan gaji rm 3000, dia akan berasa gembira namun lama kelamaan gaji tersebut tidak lagi mencapai kepuasan terhadap pekerja tersebut dan di mahukan gajinya dinaikkan biarpun sedikit.

No comments:

Post a Comment