Wednesday 4 August 2010

A129839 NADIRAH KUSNIN LJ03

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini merupakan kali kedua saya menulis journal atau tugasan mingguan yang dipertanggungjawab ke atas saya. Tajuk kuliah pada hari ini ialah EMOSI POSITIF, antara contoh emosi yang positif ialah gembira, bahagia dan kasih. Emosi positif yang amat hampir dengan manusia ialah kebahagiaan, ia adalah satu keadaan emosi yang bercirikan perasaan keseronokan, kemesraan dan kepuasan.

           

Saya ingin memetik beberapa pandangan ahli falsafah tentang kebahagiaan, menurut bapa falsafah Yunani, Aristotle beliau menyatakan bahawa kebahagiaan adalah berjaya mendapatkan kesenangan. Manakala menurut Plato pula sumber kebahagiaan adalah berbudi luhur. Epicurean pula menyatakan bahawa kebahagiaan adalah memaksimumkan kesenangan dan meminimumkan kesakitan. Selain itu. Mills pula berpendapat, kebahagiaan adalah kesesuaian dalam pelbagai perilaku.Namun bagi saya pula kebahagiaan adalah hari yang saya lalui tanpa melihat perkara yang menyakitkan dan menyedihkan, namun begitu kebahagiaan yang saya harapkan adalah seluruh umat Islam kembali kepada kehidupan bersyariah.

            

Daripada kajian yang telah dilakukan oleh Veenhoven, mendapati kebahagiaan itu berbeza  antara satu negara dengan yang lain.Selain itu, menurut kajian lain  yang dilakukan juga mendapati budaya Asia mempunyai kebahagiaan diri yang lebih rendah bebanding budaya lain, manakala penduduk di Amerika Utara, Australia dan Eropah dilihat sebagai penduduk yang paling bahagia.Menurut Kozma komponen besar kebahagiaan terbahagi kepada dua iaitu, kabahagiaan jangka masa panjang ( sentiasa) dan jangka masa pendek ( berkala, kadang-kadang).


 Melalui kuliah yang diberi terdapat beberapa slide yang menarik perhatian saya iaitu slide tentang persoalan MANA SATU YANG BETUL? Perkahwinan yang mencetuskan kebahagiaan atau individu-individu yang bahagia mendirikan rumahtangga dan menjadikanya bahagia?. Seandainya soalan itu diajukan kepada saya maka jawapan saya ialah perkahwinan yang didirikan berlandaskan syariah dan tertegaknya syariah di dalam rumahtangga dan kasih sayang, kegembiraan dan keseronokan juga dibatasi syariah, maka keluarga itu adalah keluarga yang benar-benar melakar kebahagiaan yang tersendiri.


Menurut Arygle, antara faktor emosi ialah kesihatan, persahabatan, kerja dan reaksi juga disertakan penghayatan AGAMA sebagai faktor emosi. Banyak kajian yang telah dibuat oleh pengkaji bidang ini dan mereka mendapati individu yang berpegang kuat pada agama merupakan  individu paling bahagia dan kurang stress, antara bukti yang disertakan ialah kualiti yang tinggi dalam agama membawa kepada tahap tekanan perasaan yang rendah, penagihan dadah , bunuh diri dan ia juga membawa manusia itu kepada kepuasan hidup dan kesejahteraan.


Saya ingin berkongsi sedikit tentang penghayatan beragama dan ketenangan jiwa, sebagai seorang Islam, kita telah ditunjukkan satu jalan atau laluan yang sudah terang lagi bersuluh bahawa Islam adalah penyelesai kepada segala masalah. Terdapat satu kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pengkaji Islam mendapati bahawa perlakuan sujud didalam solat boleh memberikan ketenangan dan kesabaran yang tinggi kepada pelakunya. Selain itu, menurut buku Terapi Solat Tahajud Mukjizat Penyembuh Penyakit juga ada menyatakn bahawa solat tahajud juga boleh memberi kestabilan emosi dan ketenangan jiwa serta menyembuhkan penyakit t dan ini telah dibuktikan oleh beberapa ahli perubatan.( Dapatkan buku ini hanya Rm 23.)


Terdapat 3 faktor kasih sayang iaitu komited, keintiman dan kemesraan, dan tiga faktor ini seandainya berada pada tempat yang sepatutnya maka amat tepatlah penggunaannya.Sebagai contoh komitmen yang padu dalam rumahtangga mewujudkan satu kaintiman antara pasangan dan akhirnya membuahkan kemesraan. Namun seandainya ia berlaku pada pasangan yang belum berkahwin, apakah yang akan berlaku? Nah disinilah,  penghayatan agama memainkan peranan yang penting.


Saya rasakan terlalu banyak yang telah saya tulis, namun pada hakikatnya masih banyak lagi yang tidak dapat saya catatkan disini, sebagai kesimpulan dari saya, carilah ruang dan peluang untuk mendekati dan menyelami agama kita kerana disana terdapat khazanah yang tidak ternilai, kerana hati, jiwa, emosi, kegembiraan dan keseronokan itu sememangnya dicipta untuk kita agar kita meneliti, mengkaji dan mengembalikan segalanya pada Pencipta kerana Dia Maha mengetahui hakikat jasad dan ruh kita. Salam kemesraan tanpa rasa kemarahan agar kita dapat berkongsi kebahagiaan.


No comments:

Post a Comment