Wednesday 4 August 2010

A132516 zara LJ03

Assalamualaikum...

    Pada 4hb Ogos 2010 pada pukul 4.00-7.00 petang, saya telah menghadiri kelas pengurusan emosi kali ketiga yang membincangkan tajuk yang ketiga iaitu 'Emosi positif (gembira, bahagia dan kasih)'. Sebelum saya mengulas kembali tajuk ini, izinkan saya meluahkan segala perasaan semasa menghadiri kelas tersebut. Pada ketika itu, saya duduk di hadapan 5 orang lelaki di bahagian belakang dan 2 orang antara mereka berlima suka membuat bising. Saya yang berada di hadapan mereka sangat menyampah dengan mereka kerana mereka bercakap tak henti. Nasib baik ada seorang lelaki ni suruh mereka diam. Memang agak pening kepala saya dengan mereka. Yelah mana tidaknya nak dengar pensyarah bercakap di depan sambil dengar mereka berborak. Nasib baiklah saya ni seorang yang sabar, kalau tidak memang saya dah herdik mereka berdua supaya diam. Kalau dilayankan emosi saya pada ketika itu memang habis huru haralah. Namun, apakan daya, saya hanyalah manusia biasa dan saya sudah memaafkan mereka berdua. Alhamdulillah, iman saya masih lagi kuat.

    Pada kuliah kali ini adalah mengenai emosi yang positif. Saya yakin bahawa semua orang pernah mengalami perasaan gembira di kala mendapat sesuatu yang disukai dan dinantikan selama ini contohnya ketika mendapat keputusan yang cemerlang, mendapat anak bagi sudah berkahwin dan sebagainya. Melalui kuliah ini, saya mendapati bahawa kegembiraan adalah suatu emosi yang boleh diklasifikasikan sebagai perasaan suka, senang dan puas hati. Emosi dan reaksi yang ditunjukkan adalah universal. Menurut Aristotle, kegembiraan adalah kejayaan yang senang diperlihatkan. Manakala bagi pendapat Plato, sumber kegembiraan adalah melalui kehidupan yang baik. Pendapat Epicurean pula, kegembiraan adalah memaksimakan kesenangan dan meminimumkan kesakitan. Mills pula berpendapat bahawa kegembiraan adalah kesesuaian bagi setiap perbuatan.

    Dalam kuliah ini juga, saya baru mengetahui bagaimana kita gembira sebenarnya. Saya mengetahui bahawa seseorang yang mempunyai penilaian yang baik dalam menyesuaikan diri bagi setiap masalah adalah lebih baik. Bagi yang mempunyai kebolehan dalam menyusun strategik akan sedikit sebanyak membuat diri mereka lebih gembira. Terdapat dua jenis kegembiraan iaitu kegembiraan jangka panjang dan kegembiraan jangka pendek. Kegembiraan jangka panjang ialah sesuatu perkara yang boleh membawa kita gembira hingga ke akhir hayat. Manakala, kegembiraan jangka pendek ialah berdasarkan kejadian di masa lalu dalam kehidupan.

    Kesimpulannya, emosi gembira adalah salah satu nikmat Allah. Pada pendapat saya, emosi ini boleh diperolehi dengan mudah jika kita sentiasa berfikiran positif dalam semua perkara. Menurut kajian, orang yang beragama lebih berasa bahagia, gembira, tenang dan kurang tekanan. Hal ini kerana mereka sentiasa berusaha dalam mendapatkan sesuatu demi mendapat redhaNya dan bertawakal setelah berusaha. Oleh itu, gunekanlah nikmat ini dengan sebaik-baiknya.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment