Friday 6 August 2010

A129289 NORAZMAN LJ03

                Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Sesi kuliah tempoh hari membicarakan tentang emosi positif, iaitu kebahagiaan dan kegembiraan.Seseorang manusia itu tidak layak digelar manusia sekiranya tidak pernah berasa gembira dan bahagia sepanjang hayatnya di dunia ini.Ini bertepatan dengan pendapat pelbagai tokoh yang mengeluarkan berbagai-bagai teori tersendiri seperti Aristotle, Plato, golongan hedonistic Epicurians dan juga Mills yang mengeluarkan Prinsip Kebahagiaan Terulung pada 1863.


            Aristotle menyatakan bahawa kebahagiaan merupakan sesuatu yang mendorong manusia untuk berjaya.Tatkala Plato berhujah bahawa kehidupan itu boleh dicapai dengan kehidupan yang baik, Mills pula mengeluarkan prinsipnya sendiri iaitu kebahagiaan itu bergantung kepada tingkahlaku individu itu sendiri.Bagi saya, walaupun setiap tokoh tersebut mengeluarkan teori tersendiri, tetapi setiap orang mempunyai definisi mereka yang tersendiri tentang kebahagiaan.Kebahagiaan boleh dicapai dengan cara yang kita sendiri inginkan, dan jika benar-benar mahukan kebahagiaan dan kegembiraan,kita pasti melakukannya dengan bersungguh-sungguh.


            Sebagai contoh, saya sendiri pernah merasa perasaan sangat gembira kerana saya diterima masuk ke dalam salah sebuah universiti terulung di Malaysia ini iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, setelah mencatatkan keputusan yang agak cemerlang dalam STPM yang lalu.Perasaan gembira ini sangat bermakna kerana sebelum ini saya tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke matrikulasi mahupun politeknik lantaran keputusan SPM saya yang kurang memuaskan (saya menamatkan Tingkatan 5 di sekolah teknik).Ternyata kebahagiaan dan kegembiraan adik beradik saya yang sudah menamatkan pelajaran di luar negeri dan dalam negara membakar semangat saya untuk mengikut jejak langkah mereka.Dengan usaha, tawakal dan restu daripada ibu bapa saya, saya dapat juga melanjutkan pelajaran di sinidalam peringkat ijazah, jauh meninggalkan rakan-rakan yang baru menamatkan pengajian mereka dalam peringkat diploma.Dengan itu, saya lebih menyokong pendapat Aristotle di dalam hal ini.


            Kajian yang dilakukan di Detroit, Amerika Syarikat yang dilakukan terhadap penduduk di kawasan bandar dan luar Bandar tidak menunjukkan perbezaan. Beberapa kajian yang dilakukan di Amerika iaitu kajian rentas budaya menunjukkan perbezaan daripada segi kebahagiaan yang berlainan dari setiap negara. Orang Asia menurut Diener et.al 1995, melaporkan bahawa mereka mempunyai tahap kebahagiaan yang kurang daripada orang Amerika Utara dan Eropah menurut Argyle  pada 1987.


            Dalam hal seterusnya, kebahagiaan, menurut Kozma et al, 1992, meliputi dua keadaan iaitu keadaan jangka panjang dan keadaan jangka pendek.Apakah itu keadaan jangka panjang dan keadaan jangka pendek? Keadaan jangka panjang merujuk mungkin kepada pengalaman semasa zaman kanak-kanak.Jika kita mempunyai pengalaman yang bahagia (positif) semasa tempoh tersebut, dan dikekalkan, kita bolehlah dikatakan mempunyai, atau berpotensi untuk mempunyai keadaan jangka panjang.Manakala keadaan jangka pendek lebih bertumpu kepada peristiwa yang berlaku dalam hidup, contohnya mendapat cahaya mata baharu dan sebagainya.Freud pula berpendapat hubungan kita dengan ibu bapa yang berkekalan sejak zaman kanak-kanak mempunyai kesan terhadap keadaan jangka panjang.Namun ini hanya sekadar pendapat mereka yang mendalami tentang aspek psikoanalitikal.


            Perkahwinan merupakan sesuatu yang paling menggembirakan bagi semua manusia yang pernah mengalaminya di dunia ini.Sungguhpun begitu, pelbagai kajian yang dilakukan untuk mengkaji hubungan emosi positif dengan perkahwinan tidak dapat menjelaskan mengapa terjadinya perkaitan itu, memandangkan tidak wujud sebab yang jelas secara keseluruhannya untuk mengaitkan perkahwinan dengan emosi yang positif.Tidak semua orang akan mengecapi kebahagiaan berganda, yakni kelahiran anak selepas perkahwinan.


            Kajian-kajian tentang kepuasan perkahwinan tidak menyokong dakwaan bahawa kelahiran anak menyumbang kepada kegembiraan berganda. Keluarga yang mempunyai anak yang berusia antara 5 hingga 12 tahun didapati lebih bahagia berbanding mereka yang mempunyai anak di prasekolah dan peringkat sekolah menengah.Banyak lagi sebenarnya faktor masa panjang dalam kebahagiaan seperti kesihatan, persahabatan, kejayaan, rekreasi dan sebagainya.


            Kesimpulannya, emosi positif yang terdiri daripada kebahagiaan dan kegembiraan ini dapat dipupuk daripada pemikiran seseorang itu sendiri.Kebahagiaan dan kegembiraan tersebut adalah pilihan sendiri. Ia merupakan salah satu emosi yang memang ada dalam diri setiap manusia.Kedua-duanya dapat menceriakan hidup kita yang kadangkala diselubungi kesedihan.Ia tidak dapat menghilangkan terus kesedihan, tetapi sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam menyeimbangkan emosi kita untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.   


No comments:

Post a Comment