Friday 6 August 2010

A134116 GOH KOK THAI LJ03

     Salam sejahtera,salam satu UKM,dan salam satu Malaysia. Pada hari Rabu minggu ini, 4/8/2010 kami telah mempelajari tentang emosi-emosi positif iaitu Gembira, Bahagia, dan Kasih dalam kursus pengurusan emosi. Sebelum kuliah dimulakan, kuiz berkaitan dengan teori emosi, iaitu teori Darwin telah diberikan. Terkejutnya kami. Nasib baik kali ini boleh merujuk balik nota-nota yang dicatat tetapi yang lain kali memang hendak mengulang kaji balik supaya dapat mengejar atau tidak ketinggalan daripada apa yang diajar dalam kuliah.

     Hari ini kami telah mempelajari tentang emosi positif. Apakah itu emosi positif? Emosi positif itu merupakan emosi yang dapat menyenangkan hati orang lain serta tidak menyinggung perasaan orang tersebut. Emosi positif yang pertama dipelajari merupakan kegembiraan(happiness). Happiness is an emotional or affective state that is characterized by feelings of enjoyment, pleasure, and satisfaction. Maksudnya kegembiraan merupakan keadaan emotional yang disebabkan oleh menikmati, keseronokan, dan kepuasan hati. Terdapat beberapa pandangan philosophi terhadap maksud kegembiraan ini. Menurut Aristotle, happiness is successful pursuit of pleasure. Pluto mengatakan bahawa source of happiness is virtuous life. Epicurean pula berpendapat bahawa kegembiraan itu is by maximizing pleasure and minimizing pain(kesengsaraan). Pada pendapat saya, pendapat Aristotle lebih sesuai untuk saya.

     Menurut kajian Argyle,1987 penduduk di Amerika Utara, Australia dan juga Europe lebih gembira daripada penduduk Negara lain. Orang yang senang menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan lebih gembira dan orang yang mudah meyesuaikan diri dalam keadaan yang baru juga mudah menyelesaikan pelbagai masalah dan rintangan yang dihadapi. Menurut Rim,1993 those who develop more effective coping strategies tend to make themselves happier.

     Terdapat dua faktor dalam kegembiraan iaitu kegembiraan jangka panjang dan kegembiraan jangka pendek. Kegembiraan jangka panjang merupakan suatu kegembiraann yang stabil dan dapat mengekalkan beberapa bulan sampai tahun ke tahun. Biasanya kegembiraan itu mudah ditanam sejak waktu kanak-kanak. Kegembiraan jangka pendek pula merupakan kegembiraan yang berdasarkan benda-benda yang belaku sejak kebelakangan ini. Sebagai contoh, seorang ibu mendapat anak, atau pelajar gagal dalam peperiksaan. Terdapat satu persamaan, iaitu kegembiraan yang sebenar= kegembiraan jangka panjang+jangka pendek. Selain itu, menurut Vanfossen,1981 lelaki dan wanita yang sudah berkhawin lebih gembira daripada orang yang masih bujang. Menurut Argyle,1987 pula, terdapat juga faktor lain yang dapat menyebabkan kegembiraan iaitu kesihatan, persahabatan, kerja, dan rekreasi. Saya memang setuju dengan ini kerana saya dapat merasakan kegembiraan apabila adik saya sembuh daripada penyakit denggi yang menyesaknya selama dua minggu. Selain itu, orang yang beragama juga lebih gembira dan kurang tekanan.

     Kasih sayang(Love), sesiapa yang sampai umur 20 tentu faham apa maksud kasih sayang ini. Sebenarnya, love is more than just intense liking. Liking becomes strong liking with these additional qualities iaitu a) a sense of attachment b) a sense of caring c) a sense of trust. Terdapat tiga faktor dalam cinta, iaitu commitment, intimacy dan juga passion. Hubungan romantik tidak dapat diwujudkan sekiranya a) a person wants to initiate a relationship b) is in close enough physical proximity c) has the social skills necessary to initiate and maintain relationship. Menurut Altman dan Taylor,1973 both liking and early infatuation can move toward greater closeness and intimacy through a process of social penetration. Selain itu, saya telah membaca bahawa soalan tentang duit dapat mengembirakan kita sebelum slide power point habis. Pada pendapat saya, duit bukan satu-satu benda yang dapat mengembirakan kita. Saya mempuiyai seorang saudara mara yang kaya, tetapi dia menghidapi penyakit kencing manis dan kaki kanannya sudah dipotong. Dia pernah mengatakan kepada saya bahawa kalau ada peluang lagi, dia akan mengorbankan semua hartanya demi mendapat kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan. Jadi, ini soalan yang depends on people, tetapi bagi saya, kesihatan jauh lebih penting daripada kekayaan. Sekian, terima kasih.#END

No comments:

Post a Comment