Friday 6 August 2010

A134165 ONG YEE PIN LJ03

Pada 4hb Ogos 2010, saya telah menghadiri kuliah pengurusan emosi yang ketiga. Tema ataupun tajuk kuliah ini ialah Hapiness, juga bolah dipanggil sebagai kegembiraan atau kebahagiaan. Kegembiraan merupakan topik yang menarik dan agak luas. Oleh itu, saya hanya akan sentuh tentang pendapat ahi falsafah tentang kegembiraan, senyuman dan jenis kegembiraan.

                Happiness ataupun kegembiraan merupakan emosi yang paling senang dikenali, misalnya, jika seseorang selalu senyum apabila bertemu dengan orang ramai, mukanya akan lebih senang diingati. Menurut beberapa ahli falsafah yang terkenal,  hapiness merupakan:

~~Aristotle - happiness is successful pursuit of pleasure

~~Plato - source of happiness is virtuous life

~~Epicurean - happiness is by maximizing pleasure and minimizing pain

~~Mills - happiness is the appropriateness of all behavior

                Seterusnya, senyuman boleh dikatakan sebagai alat komunikasi antara ahli masyarakat. Bagi peniaga ataupun uasahawan, senyuman merupakan asas perniagaan dan perdagangan kerana senyuman akan menyebabkan seseorang berasa gembira dan senang hati. Dengan ini, pelanggan akan bersabar untuk mendengar penjelasan yang dibuat dan memilih barangan yang disukainya. Selain itu, seyuaman turut dapat merapatkan hubungan antara kawan. Oleh itu, senyuman boleh dijadikan asas perhubungan.

                Senyuman boleh dibahagi kepada banyak kategori, contohnya, fake smile, simple smile, broad smile, the heartfelt smile, the gloomy smile, the counterfeit smile dan sebagainya. The heartfelt smile dan broad smile biasanya menunjukkan kegembiraan seseorang.  Gigi seseorang akan dinampak apabila seseorang senyum dengan perasaan yang benar-benar gembira. Otot bahagian matanya juga akan bergerak. Sebagai contoh yang benar, saya selalu senyum dengan orang ramai, mahupun yang saya kenali ataupun tidak, dan saya dapati bahawa kawan saya selalu tanya: "why are u keep smiling? Anything happy to share with us? ". Saya berasa hairan apabila mereka tanya dan selepas meneliti aspek ini semasa membuat jurnal ini, saya baru sedar bahawa, rupa-rupanya, saya selalu senyum dengan cara broad smile. Oleh itu, kawan-kawan saya sangka bahawa saya berasa gembira apabila saya senyum dengan mereka. Gloomy smile pula merujuk kepada senyuman seseorang yang agak tegang. Situasi ini biasanya menunjukkan seseorang sedang berada dalam keadaan yang agak sedih ataupun seseorang sedang mangalami kegagalan. Fake smile, the counterfeit smile pula dapat dikenali sebagai senyuman tanpa gembira, senyuman yang disebut di atas dapat wujud dalam jangka masa yang agak panjang. Ahli politik yang tidak berpengalaman, peniaga yang bercakap bohong atau pelakon yang kurang berkemahiran selalu akan menunjukkan senyuman jenis ini. Senyuman jenis ini dapat dikenali dengan ciri-cirinya, iaitu, mata seseorang yang sedang bersenyum itu tidak menunjukkan perubahan.

contoh cartoon script yang menunjukkan fake smile.

                Terdapat dua jenis faktor kegembiraan yang dikenali sebagai long term affective state dan short term affective state. Long term affactive state merupakan keadaan emosi yang agak stabil yang mula dari masa kecil sehingga sekarang. Kegembiraan merupakan perasaan yang dominan dalam kategori ini. Short term affective state pula merujuk kepada perasaan yang wujud dalam jangka masa yang pendek, secara umumnya, ini berdasarkan peristiwa yang baru berlaku, seperti perasaan sedih kerana gagal dalam peperiksaan. Kesimpulan bagi perenggan ini ialah:

*Happiness = Long term affective state + short term affective state*

                Kesimpulannya, hapiness dapat membantu kita menyesuaikan diri dengan persekitaran dan kehidupan baru. Oleh itu, marilah kita menyambut setiap hari dengan perasaan gembira!  =)

  

No comments:

Post a Comment