Saturday 14 August 2010

A129214 AMIR LJ03

A129214 AMIR AZHAR LJ03

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Tampa disedari telahpun masuk minggu ke-3 kuliah Kursus Pengurusan Emosi. Saban hari saya sering berfikir dan mengalaminya lantas membuatkan saya makin sedar bahawa emosi adalah perkara atau sesuatu yang rumit dan sukar untuk ditafsirkan. Dahulunya saya sering bertanggapan bahawa emosi adalah perkara mudah, remeh dan tidak perlu dirisaukan. Ianya boleh dimanipulasikan, ditafsir dengan mudah dan kita boleh menggunaknnya untuk tujuan saya. Tetapi kita  juga sering akur dengan emosi masing-masing begitu jualah diri ini. Mengimbau kembali kepada pengalaman silam membuatkan saya sedar tentang pentingnya bagi kita manusia untuk mengawal emosi kerana sebagai manusia biasa kita tiada yang sempurna dan wajib melakukan kesilapan. Kesilapan itu juga menyebabkan kita menyesal dan terganggu dalam perkara lain. Lebih-lebih lagi kesilapan yang berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan kita untuk mengawal emosi. Contoh mudah yang saya dapat nyatakan adalah apabila saya bertengkar dengan rakan-rakan menyebabkan hubungan kami tegang dan tidak bertegur untuk masa yang agak lama.

Tetapi dengan bersikap positif dan mempunyai emosi yang positif mampu mengubah keadaan ini. Lagipun, eksperesi muka juga memainkan peranan penting kerana ianya merupakan organ yang mudah untuk diperhatikan. Bahkan kita boleh mengetahui perasaan  seseorang itu melalui riak mukanya. Contohnya senyuman menandakan gembira. Gembira pula membawa makna seseorang itu sedang bahagia atau menunjukan seseorang itu mencapai kebahagiaan. Falsafah daripada Aristotle ' kebahagiaan adalah kejayaan dalam mencapai kenikmatan' jelas menyokong pedapat terbabit. Bahkan, ada kajian mengenai kebahagiaan iaitu daripada Veenhoven, 1995 menyatakan bahawa kajian merentas budaya menunjukkan bahawa kebahagiaan juga berbeza mengikut negara-negara. Ini bermakna tidak kiralah seseorang itu daripada negara, wilayah, kawasan atau kebudayaan yang berbeza-beza perasaan gembira adalah sesuatu perkara yang asas dalam kehidupan manusia.

Malahan, bagi saya sendiri jika saya bersedih saya akan mencari pelbagai cara untuk mengembirakan diri saya, Antaranya adalah menganggu atau mengusik rakan atau sahabat. Tidakpun, melakukan aktiviti yang saya minati seperti bersukan bermain bola dan bersenam ataupun mengambil  gambar, melukis, membaca apa bentuk bahan bacaan yang menarik dan berunsur serta berintipatikan ilmiah. Dengan melakukan aktiviti terbabit dapatlah saya menghilangkan kegelisahan dan kebimbangan serta meghindari dari perasaan dan perkara negatif sekaligus mengantikan ia dengan pekara yang positif serta emosi positif seperti kegembiraan. Tetapi gembirakah kita?. Berdasarkan kepada kajian dilakukan menunjukan bahawa manusia yang cepat  untuk beradaptasi adalah lebih gembira daripada mereka yang lambat untuk menyesuaikan diri. Ini kerana orang yang mempunyai atau mudah menyesuaikan diri adalah lebih baik dalam mengatasi permasalahan. Terdapat juga faktor yang mempengaruhi emosi positif. Faktor-faktor yang mempengaruhi emosi positif ini termasuklah kebahagiaan dalam perkahwinan, kesihatan, persahabatan, kerja, agama, dan rekreasi. Selain daripada itu, insan yang kuat agama atau keagamaan juga adalah bahagia. Pernyataan ini benar kerana agama mampu dan boleh mendisiplinkan serta membimbing manusia. Sebagai contoh, islam sebagai 1 cara hidup. Dalam agama islam mengalakan umatnya mengeratkan hubungan siratulrahim bersama dengan keluarga, rakan, dan jiran secara ikhlas. Antaranya, dengan membantu dan tolong-menolong bahkan perbuatan seperti senyuman adalah sedekah dan juga membawa banyak kebaikan.

            Kasih sayang juga merupakan emosi positif. Kasih sayang atau cinta adalah lebih dari perasaan suka yang tinggi terhadap seseorang semata-mata. Kesukaan menjadi minat dengan penambahan kualiti seperti perhubungan, perihatin dan kepercayaan. Cinta adalah lumrah setiap manusia samaada cinta kepada insan teristimewa, terhadap tuhan, kepada negara, ibu bapa dan keluarga semua orang mempunyai perasaan positif ini. Terdapat 3 faktor membentuk cinta iaitu keintimisi atau keakraban, kesabaran serta komitmen. Emosi positif juga menjadi teras kepada perhubungan antara insan lain khususnya. Bagi saya sendiri, emosi positif banyak membantu saya dalam kehidupan ini. Misalnya, ketika dalam kuliah saya perlu bersikap positif ataupun semasa berjumpa dengan rakan-rakan untuk berbincang dan melaksanakan tugasan.

Kesimpulannya, emosi positif sangat membantu dalam kehidupan seharian dan kita seharusnya sentiasa beremosi positif dalam apa jua yang saya lakukan.


No comments:

Post a Comment