Saturday 14 August 2010

A128283 HAFIZAH ABDULLAH LJ04

Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta salam satu Malaysia….

Pada kuliah pengurusan emosi kali ini kita telah mempelajari tentang emosi negative iaitu takut, marah, sedih, dan malu. Perasaan sedih ialah satu perasan yang menggambarkan tentang kehilangan dan rendah diri seseorang individu. Setiap manusia yang normal akan merasai kesedihan walaupun sekali dalam seumur hidupnya. Sebagai contoh, berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri, pengalaman kehilangan seorang insan yang sangat menyayangi saya dan menghargai saya dalam kehidupannya sangat memilukan hati ini. Bapa yang sangat saya kasihi meninggalkan saya buat selama-lamanya pada  tahun 2003 membuatkan saya terasa sangat kehilangan dan sedih dengan pemergiannya. Namun, sebagai seorang manusia,kita seharusnya redha dengan takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya. Kesepian yang dirasai sangat membuatkan saya terasa sesak dengan kehidupan saya sehingga pada satu hari,saya tersedar dari igauan yang dicipta oleh saya sendiri untuk bangkit dan menerima hakikat ini dengan redha. Saya menjadi terus bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan berusaha dengan gigih untuk menjayakan hidup saya. Berkat dari usaha tersebut, akhirnya saya berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Oleh yang demikian,kita tidak seharusnya membiarkan perasaan sedih menyelubungi kehidupan kita.

                Perasaan negative yang kedua ialah perasaan malu. Perasaan malu selalunya melanda. kehidupan seseorang apabila perkara yang menjadi kebiasaanya tiba-tiba bertukar menjadi kucar-kacir. Perasaan ini akan berlaku apabila seseorang itu minat akan seseorang dan membuatkan dia jadi malu  apabila berhadapan dengan orang tersebut. Perasaan malu akan menjadi lebih nyata apabila tiba waktu untuk seseorang itu meluahkan perasaannya terhadap orang yang diminatinya dan malangnya pihak yang satu lagi tidak menyambut perasaan cinta tersebut sekaligus membuatkannya malu untuk berhadapan dengan orang yang diminatinya itu pada masa seterusnya. Perasaan malu ini turut dirasai apabila kita mencuba untuk berhadapan di hadapan khalayak ramai untuk berucap atau menyampaikan sesuatu informasi. Sebagai mahasiswa, kita selalunya terpaksa untuk berhadapan dengan masyarakat apabila kita ingin merealisasikan amanat negara untuk melahirkan bakal pemimpin yang Berjaya dan dapat memacu negara ke arah negara maju.

                Perasaan takut yang seterusnya ialah takut. Perasaan ini selalunya hadir apabila kita keseorangan dan tidak mempunyai tempat untuk mengadu ketakutan tersebut. Apabila seseorang itu merasai perasaan itu. Ia akan membuatkan kita berasa gemuruh dan tidak keruan. Perasaan inilah yang membawa kepada definisi takut. Sebagai contohnya melalui pengalaman diri saya sendiri. Kali pertama untuk menghadiri kelas ujian memandu menjadikan saya agak gementar dan terlalu takut. Hal ini kerana guru yang mengajar itu terlalu garang and saya merasakan dia terlalu serius dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pengajar.  Kelas tersebut juga terlalu membosankan dan tambahan pula pada ketika tersebut cuma saya seorang yang menhadiri kelas tersebut. Ini telah membuatkan saya takut jika tidak lulus dalam ujian tersebut.

Kesimpulannya, sebagai seorang manusia,kita harus bertindak dengan rasional untuk mengatasi perasaan negative yang wujud dalam diri kita. Semua perasaan ini dapat dielak atau dikurangkan sekiranya kita dapat mengadaptasikan kehidupan reality kita dan menghadapi cabaran dengan penuh keazaman dan tekad. Kita tidak boleh menampakkan perasaan negative ini dalam kehidupan kita supaya orang lain tidak merendahkan diri kita dan terus melangkah kehadapan untuk memastikan kita dapat menjadi seorang insane yang terkehadapan serta cemerlang di atas muka bumi ini.


No comments:

Post a Comment