Saturday 14 August 2010

A129214 AMIR LJ04

AMIR AZHAR A129214 LJ04

    

            Alhamdulilah. Syukur dengan limpah dan kurnianya jurnal pengurusan emosi ini berjaya disaapkan tepat pada waktunya. Ribuan terima kasih kepada pensyarah yang banyak membantu dalam memberi penjelasan kepada kursus ini. Beliau adalah En. Ahmad Zamri yang banyak memberi bimbingan dalam tugasan penulisan jurnal ini. Umum mengetahui bahawa manusia adalah makhluk yang diciptakan dengan akal fikiran serta beremosi dan mempunyai perasaan. Ini kerana jika kita tidak mempunyai emosi ini mampukah kita bercinta, bersedih, bergembira, melakukan perkara-perkara menakjubkan serta unik. Cuba bayangkan hidup tampa emosi kita menjadi robot, komputer dan program yang hanya memgikut dan melakukan perkara yang sama sepanjang hidup. Manusia mempunyai emosi positif seperti kasih sayang, kebahagiaan dan seumpamanya. Emosi membolehkan kita hidup bertoleransi, membentuk perpaduan, semangat cintakan ibu pertiwi, sayangkan agama, bermasyarakat, terdidik, berilmu dan sebagainya tampa mengira kaum, kulit, bangsa, atau agama serta kepercayaan. Namun, dimana ada cahaya tentu ada kegelapan dan terdapat juga emosi negatif. Emosi negatif adalah sesuatu yang berlawanan dengan emosi positif. Antara emosi-emosi negatif ini adalah takut, malu, sedih dan marah.

            Perasaan takut merupakan mekanisma untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kenyataan ini benar kerana berdasarkan pengalaman hidup, ianya membuatkan saya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara dan berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkerjaan. Takut terjadi kerana beberapa sebab. Sebab-sebab takut antaranya adalah takut sebab perkara yang tidak diketahui, takut hilang kawalan dan takut diejek atau dikritik oleh orang lain. Bahkan kita boleh mengetahui seseorang itu ketakutan dengan melihat wajahnya.

 

Perasaan malu juga merupakan salah satu emosi negatif. Malu membawa makna keadaan yang tidak menyenangkan atau tidak boleh diterima. Malu disebabkan oleh tergugat, tercemar, hilang air muka atau maruah. Selain itu, malu juga adalah tindakan yang diketahui oleh diri seseorang. Terdapat banyak peristiwa dalam hidup ini yang menyebabkan saya malu dengan diri sendiri dan orang lain. Antaranya adalah ketika saya masih kecil dan bersekolah pada darjah 2 di sekolah rendah. Disebabkan saya bersifat nakal dan suka mengusik saya telah menyakat, menakutkan rakan perempuan saya menyebabkan dia menagis dan rakan-rakan lain mengejek saya. Perkara lain termasuklah ketika saya di sekolah menengah rendah apabila rakan-rakan mengenakan saya menyebabkan saya malu dengan seluruh kelas pada ketika itu. Bahkan kita dapat  membaca bahasa badan dengan cara 3 C (cluster, contact, culture). Dari segi fizikal juga keadaan orang yang malu adalah tersipu-sipu, tergagap-gagap dan berkeadaan gelisah.

Sedih juga menjadi salah satu komposisi emosi negatif. Sedih merupakan rasa kehilangan atau kekurangan yang boleh membawa kepada kemurungan. Sebagai contoh adalah kehilangan orang yang tersayang. Saya pernah mengalaminya suatu ketika dahulu ketika arwah atuk pergi meniggalkan kami sekeluarga untuk selama-lamanya. Kesannya amat mendalam dan menyebabkan saya berubah menjadi seorang yang pendiam untuk masa yang agak lama.

Salah satu lagi emosi negatif adalah marah. Marah adalah anggapan daripada konflik fizikal atau ketidakadilan, malu, dan juga pengkhianatan. Rasa marah boleh terjadi apabila seseorang tidak dilayan dengan cara sepatutnya. Sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran kita seharuslah mengawal perasaan marah kerana jika tidak dikawal akan memburukan keadaan dan akan membawa banyak perkara negatif. Menurut dala prespektif islam, dalm agama islam marah adalah petanda dan dilihat sebagai tanda seseorang itu lemah. Menurut hadis dan pandangan ulama seseorang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal dirinya ketika sedang marah. La Tahazan menyatakan bahawa "kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka, bersikaplah laksana batu tetap teguh berdiri meski diterpa butiran-butiiran salju yang menderanya setiap saat.

Senegatif manapun emosi kita, sebagai manusia sangat bergantung kepada emosi dan penuh dengan kelemahan. Emosi juga perlu ada batasan dan kita perlu berfikir tentang sesuatu perkara itu dengan sebaiknya agar kita tidaklah menyesal kelak di kemudian hari serta belajar daripada kesilapan. Sekian, terima kasih.

 

 


No comments:

Post a Comment