Friday 20 August 2010

A129176 sazlina LJ 05

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Sesi perkuliahan pada minggu ini yang telah dikuliahkan oleh Encik Ahmad Zambri adalah mengenai " Teori-teori Fisiologikal, Kognitif, dan juga Psikoanalitik. Teori-teori tersebut adalah kesinambungan daripada tajuk-tajuk yang sebelum ini dan juga ia berkait antara satu sama lain. Pada pendapat saya, tajuk kuliah pada kali ini agak sukar sedikit kerana melibatkan tindak balas daripada sesuatu perasaan yang dialami. Kesemua teori-teori diatas telah dikemukakan secara terperinci oleh ahli-ahli falsafah yang terdahulu apa yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga teori tersebut.

          Teori psikologikal mengatakan emosi lahir dari otak dan sistem saraf dan berkaitan dengan rangsangan. Terdapat tiga teori yang berkaitan dengan teori ini iaitu Teori James-Lang, Teori Cannon- Bard dan Teori Psikobiologikal. Teori psikologi yang tertua ialah dari William James dan disokong oleh Carl Lange dan muncullah teori James-Lange. Teori ini mengatakan situasi berlaku, reaksi tubuh berlaku dan kemudian emosi. Contohya apabila saya ternampak anjing (situasi), lalu saya berlari( reaksi tubuh) dan kemudian perassan takut muncul kerana anjing tersebut (emosi ).Begitulah turutannya. Ia amat berbeza dengan teori biasa dimana dimulai situasi, emosi dan barulah reaksi tubuh.

          Teori Cannon-Bard bercanggah dengan Teori James-Lang. Cannon-Bard mengatakan bahawa organ dalaman lambat memberi emosi melalui rangsangan. Degupan jantung, tekanan darah dan sistem pencernaan langsung tidak member petunjuk kepada emosi. Contohnya apabila saya takut akan ketinggian dan melalui pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan apabila saya melaluinya, saya memberanikan diri untuk berada disitu walaupun saya berasa gayat. Seterusnya, penerimaan takut itu merangsang seseorang itu untuk takut pada 'tinggi' tadi. Contoh lain seperti saya takut akan cicak. Apabila saya terlihat cicak, saya akan takut kerana khuatir dia akan jatuh keatas saya dan saya melarikan diri dari cicak tersebut. Teori psikobiologikal diperkembangkan oleh Jack Panksepp. Beliau menyatakan bahawa terdapat empat emosi berani, panik, bengang, dan mengagak adalah sistem arahan di dalam otak. Keempat-empat emosi ini bertndak balas untuk menghasilkan emosi yang lain.

          Teori kognitif terbahagi kepada empat bahagian. Pertama ialah Schacter's Cognitive labeling dimana beliau setuju dengan Teori James-Lang. Walaubagaimanapun, beliau telah memperkenalkan label pemikiran. Teori ini agak berlainan dengan teori yang lain kerana turutannya bermula dengan situasi, kemudian reaksi tubuh berserta penilaian kognitif dan akhirnya emosi. Rangsangan seperti jantung berdegup kencang adalah lebih menunjukkan kepada emosi yang negatif berbanding emosi positif.  Kedua ialah Misattribution dimana Schacter CLT mencadangkan sebahagian emosi bukanlah terus daripada rangsangan emosi tetapi datang dengan sendiri. Contohya seperti wanita yang sedang PMS dimana ia datang seminggu sebelum datang bulan. Ketika ini, wanita itu akan berasa tertekan dan kerap marah kerana hormonnya tidak stabil. Emosi marah muncul kerana PMS dan bukan kerana sesuatu sebab. Oleh itu, waktu itu penderaan dan keganasan boleh timbul. Ketiga ialah pemindahan kegembiraan. Dolf Zillman mengatakan kebangkitan satu sumber boleh menjejaskan pemikiran dan reaksi yang tidak berkaitan. Contohya seperti saya penat berlari kerana telah lewat ke kelas. Sebaik sahaja sampai di kuliah, saya dimarahi oleh pensyarah ketika saya tengah penat.

                Di dalam Cognitive appraisal mengatakan emosi terdapat tiga komponen iaitu cognitive appraisal, action impulses, dan patterned somatic reaction. Cognitive appraisal terbahagi kepada dua iaitu primary dan secondary. Action impulses pula ialah berfikir sebelum melakukan sesuatu. Contohya kita terlihat satu ragutan. Jadi, terus terfikir samada mahu mengejar peragut itu ataupun meminta pertolongan dari orang lain. Seterusnya, patterned somatic reaction iaitu lebih kurang sama maknanya dengan reaksi tubuh. Jika kita takut, kita akan berpeluh dan jika kita suka, kita akan mengukir senyuman...

No comments:

Post a Comment