Friday, 20 August 2010

a133832 nurul lj05

Salam Ramadhan dan salam satu Malaysia saya ucapkan. Tanpa disedari, sudah dua minggu umat Islam di seluruh pelusuk dunia mengerjakan ibadah puasa, bermakna lagi dua minggu kita akan menyambut Hari Lebaran. Sebagai seorang mahasiswi tahun satu, saya sudah mula merasakan bahawa sesi pembelajaran semakin susah dan memerlukan pemahaman yang mendalam. Tarikh 18 hari bulan 9 merupakan kelas pengurusan emosi minggu ke-enam dan pada kali ini kami didedahkan pula dengan teori-teori fisiologikal, kognitif dan psikoanalitik di bawah tajuk pengalaman emosi (The Experience of Emotion). Terdapat lima teori utama dalam pengalaman emosi iaitu subjective feelings (apa yang difikirkan oleh minda), cognitive appraisal (tahap yang diberi oleh minda terhadap sesuatu emosi), physiological arousal (perubahan fisiologi), motor expression (gerak bahasa tubuh), dan motivational tendencies (tindakan berasaskan emosi).

Teori fisiologikal menerangkan tentang emosi yang dizahirkan merupakan hasil tindak balas otak dan system saraf. Terdapat tiga teori yang diketengahkan iaitu James-Lang theory, Cannon- Bard theory dan Psychobiological theory. Teori James-Lang merupakan teori pngalaman emosi yang tertua dan membuat hipotesis menyatakan bahawa reaksi fisiologikal terhadap ransangan dicetuskan oleh emosi. Sebagai contoh, saya pernah bertembung dengan seorang lelaki gila ketika dalam perjalanan ke kelas komputer bersama rakan-rakan dan kami memecut basikal kami sekuat hati supaya cepat ke kelas dan selamat apabila melihat lelaki tersebut ingin mengejar kami. Sampai sahaja di kelas, jantung kami berdebar-debar kerana terlalu takut dan keletihan. Kejadian ini dapat dilihat bahawa emosi timbul apabila adanya gerak bahasa tubuh setelah menghadapi sesuatu situasi yang manakutkan dan sebagainya.

 

Manakala Cannon-Bard pula mengkritik teori James-Lang dengan menekankan bahawa sistem organ yang menjadi pencetus reaksi emosi bertindak amat perlahan dan gerak bahasa tubuh akan berlaku  selepas emosi reaksi. Degupan jantung, tekanan darah dan sistem pencernaan langsung tidak memberi petunjuk terhadap emosi. Tindak balas fisiologikal pula terlalu perlahan untuk menjadi pencetus kepada reaksi emosi. Seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan tertentu dan mengalami emosi yang sama secara serentak. Oleh sebab itu,sekiranya seseorang itu takut akan ketinggian dan dia mendaki ke tempat yang tinggi, dia mungkin akan mengalami perasaan takut seterusnya persepsi emosi ini (takut) akan mempengaruhi tindak balas orang tersebut terhadap rangsangan (tinggi). Seseorang itu akan bertindak balas hanya selepas mengalami sesuatu emosi yang berkenaan. Contoh yang lebih jelas untuk saya menerangkan adalah, saya melihat seekor lipan yang besar di bilik ketika ingin menunaikan solat (situasi) dan berasa takut serta terkejut (emosi) lalu berteriak memanggil ayah saya (tindak balas).

 

Teori kognitif pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu Schacter's Cognitive yang bersetuju denagn  beliau setuju dengan teori James-Lang. Dalam teori ini, emosi akan lahir selepas reaksi gerak tubuh yang beserta denagn pemikiran kognitif sejurus selepas menghadapi sesuatu situasi. Kedua ialah Misattribution  yang nenyatakan sesetengah emosi manusia lahir akibat sebab yang tidak betul. Contohnya apabila seseorang wanita yang akan dating bulan emosinya akan mula terganggu seminggu sebelum dating bulan seperti mudah naik angin, sensitif dan cepat berang. Ketiga ialah bagaimana pemindahan kegembiraan kepada emosi lain dan yang terakhir ialah Cognitive appraisal yang menerangkan terdapat tiga komponen iaitu cognitive appraisal, action impulses, dan reaksi patterned somatic. Sebagai contoh, saya telah melihat satu kemalangan dan terus berfikiri, samada mahu menolong mangsa kemalangan atau meminta pertolongan dari orang lain. Seterusnya, reaksi patterned somatic dapat dijelaskan dengan memberikan contoh apabila kita berasa takut, berdebar-debar dan lapar, kita akan berpeluh dan manakala sekiranya kita suka akan sesuatu, kita akan senyum.

No comments:

Post a Comment