Friday 6 August 2010

A133832 nurul LJ03

Emosi positif, inilah tajuk yang dipelajari pada kuliah pengurusan emosi minggu  keempat  yang mana pada saya topik pada kali ini agak menarik kerana  melibatkan sesuatu yang positif. Yelah kan, semua orang sukakan perkara-perkara yang positif, ada ke manusia kat muka bumi ini hanya menyukai benda-benda yang negatif? Tidak ke pelik . Antara emosi positif yang ditekankan pada minggu ini antaranya ialah gembira, bahagia, dan kasih. Pada saya, bila seseorang berada dalam keadaan emosi positif, tentu sekali individu tersebut dapat mengatasi segala masalah, cabaran, dan tekanan hidup yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka kerana mereka selalu menganggap apa yang terjadi dalam hidup mereka adalah satu lumrah kehidupan sebagai manusia dan tidak cepat melatah. Tambahan pula, emosi positif dapat mengawal mereka daripada merasa bosan dan tertekan dengan hidup.

Kegembiraan merupakan keadaan emosi yang dikategorikan dengan perasaan kenikmatan, kesenangan dan kepuasan seseorang. Kegembiraan yang dirasakan oleh setiap individu adalah berbeza-beza. Saya gembira apabila tibanya hari raya apabila kami sekeluarga dapat berkumpul beramai-ramai di rumah dan mendengar riuh-rendah suara anak-anak buah saya bermain sesama mereka. Apa salahnya sekali-sekala rumah saya boleh diibaratkan bagai tongkang pecah dengan kehadiran mereka semua tapi tidak mengapalah kerana saya berasa bahagia melihat mereka gembira terutamanya kedua orang tua saya. Hal ini berlainan pula dengan sesetengah orang yang berasa bahagia apabila ibu bapa mereka tiada di rumah, mendapat pekerjaan, jatuh cinta pada pandangan pertama (kononnya lah), beli kereta baru atau dapat kahwin. Manusia ini kan,walaupun rambut sama hitam tetapi ragam nye bermacam-macam.

Saya juga telah didedahkan dengan pendapat dan teori-toeri (philosophical views) mengenai definisi kegembiraan oleh tokoh-tokoh barat. Sebagai contoh ialah Aristotle yang menyatakan bahawa kegembiraan boleh dikecapi apabila kita dapat mengejar kesenangan. Manakala Pluto pula menekankan tentang kehidupan yang bermoral merupakan sumber kepada kegembiraan dan saya paling bersetuju dengan teori yang dinyatakan oleh Epicurean yang berpendapat bahawa kebahagiaan dapat memaksimakan kesenangan dan meminimumkan kesusahan. Tiada sesiapa pun di dunia memilih untuk menjalani kehidupan yang sukar di alam fana ini namun realitinya takdir itu di tangan tuhan, tiada yang dapat mengubahnya melainkan kita berusaha untuk menjadikannya lebih baik. Cuba kita lihat bagaimana kehidupan orang berada dan orang golongan sederhana. Keluarga yang manakah mempunyai kebahagiaan? Pada saya, keluarga yang sederhana itulah yang memeiliki kebahagiaan yang lebih daripada keluarga berada. Niat saya bukan untuk memburukkan orang berada tetapi hakikatnya anak-anak yang lahir dalam keluarga yang serba mewah ini, kecendurungan mereka untuk melibatkan diri dalam gejal social adalah tinggi kerana ibu bapa kadangkala alpa dalam memastikan tingkah laku anak mereka dan jarang meluangkan masa bersama. Seterusny a menyebabkan kehidupan mereka tidak gembira kerana tiadanya kebahagiaan dalam keluarga tersebut.

Kegembiraan boleh dibahagikan 3 komponen iaitu kesan jangka masa panjang, kesan jangka masa pendek dan satu lagi yang digelar additive model. Kebahagiaan jangka panjang biasanya stabil dari bulan ke bulan,tahun ke tahun. Sebagai contoh, anak-anak yang lahir dalam keluarga yang bahagia akan menjadi orang yang gembira sampailah mereka dewasa kerana tidak atau kurang menghadapi pergolakan dalam keluarga. Kesan jangka pendek pula dapat dijelaskan apabila kita gagal dalam peperiksaan. Ia akan member kesan kepada seseorang individu tersebut hanya untuk beberapa hari sahaja kerana akan ada peperiksaan yang akan menjelang. Apabila digabungkan kesan jangka panjang dan pendek, barulah dikenali sebagai additive model.

Menurut Vanfossen, lelaki dan perempuan akan mendapat kebahagian apabila berkahwin. Benarkah orang yang berumah tangga itu lebih bahagia daripada orang bujang? Pada saya, ini semua terserah kepada diri masing-masing kerana ini memerlukan penyesuaian untuk diri mereka. Saya rasa orang yang bahagia akan menyebabkan sesebuah perkahwinan akan harmoni dan berkekalan kerana pasangan tidak memberi masalah dalam perkahwinan mereka. Terdapat juga faktor-faktor yang menyebabkan kegembiraan iaitu faktor kesihatan, persahabatan, kerja, rekreasi dan juga penghayatan islam. Akhir kata dari saya, senyumlah selalu!

No comments:

Post a Comment