Thursday 12 August 2010

A129088 Rafiuddin LJ04

Salam 1Ramadhan, Salam 1000 Barakah kepada semua sahabat dan mahasiswa penjana minda kelas pertama sekalian. Pertama sekali ingin saya mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadhan al-mubaraq dengan seribu keinsafan dan ketqwaan kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya kita harus berasa berlapang dada dan bersyukur kerana masih diberi nikmat usia bagi kita menjalani  ibadah puasa ini dengan tenang tanpa ada bala menimpa, Insya'allah.

Berbalik kepada tajuk perkuliaahan pada minggu ini, kami telahpun didedahkan dengan kesinambungan daripada tajuk pada minngu lepas, perkuliahan minggu ketiga sebelum ini yang telah mengupas perihal isu Emosi Positif. Pada hari ini, kami telah dideadahkan pula dengan pembongkaran Emosi Negatif yang sememangnya pasti ada dalam diri setiap manusia yang normal.

Emosi negative secara amnya dapat diklasifikasikan sebagai sifat yang menjatuhkan saham da potensi diri samada dalam diri sendiri mahupun di hadapan khalayak. Kita semua sedia maklum bahawa sifat tidak yakin pada diri pasti akan mengundang rasa tidak senang para sahabat di sekeliling kita, terutama insan yang baru ingin berkenalan dengan kita. Sifat malu, sedih,takut,dan yang terakhir sekali, marah. "Keluarga" emosi negatif ini tidak seharusnya terus membelenggu diri insan pada tempoh masa yang lama kerana ia akan merendahkan kualiti diri kita di hadapan khalayak dan mengurangkan kebolehpasaran diri kita di luar sana andai gagal mengawal kempat-empat emosi ini dengan total.

Kita akan mengungkai satu demi satu apa yang sebenarnya ingin diperkatakan. Sifat malu adalah lumrah pada setiap insan. Namun,malu yang bagaimana? Itulah yang mamapu membezakan diri mereka dengan yang lain. Ada segelintir dari kita yang malu pada diri sendiri, bermaksud kurangnya keyakinan diri dan berniat untuk berasa rendah diri dengan apa yang telah dikurniakan kepada dirinya, samada fizikal mahupun dari segi bakat dan kebolehan. Sifat malu ini jika terus dibiarkan akan menjadi nanah dalam masyarakat kerana sifat ini akan mendorong manusia lebih mementingkan diri sendiri dan hanya berkawan secara professional, dan bukan untuk tujuan sosial, yakni menambah kenalan baharu.

Seterusnya,  sifat sedih dan kehibaan.  Sudah menjadi lumrah manusia bahawa sifat sedih datangnya dari perasaan kecewa,putus harapan, dilukai, tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, kehilangan insan yang tersayang, serta sedih kerana simpati. Tidak kira apa jua pemangkin rasa sedih anda, tetap wujud satu persamaan iaitu susasana akan menjadi suram dan kelegaan akan hadir, samada cepat atau lambat setelah kita berjaya memerah airmata untuk menangis.

Perasaan takut dapat dikategorikan secara kasar, iaitu takut pada situasi dan takut terhadap perbuatan (fobia). Takut pada situasi dapat dirumuskan sebagai suatu perasaan  yang aneh dialami ketika menghadapi mahupun bersemuka dengan perihal yang selalu dimomokkan oleh cerita insan yang terdahulu. Cerita seram, adalah cerita yang paling kerap dikaitkan dengan perasaan takut. Selain itu,pandangan stereotaip kepada seorang yang tegas menyebabakan orang lain yang bertemu dengannya buat pertama kali pun telah berasa takut walaupun mereka tidak mengenali sedalamnya dengan orang yang dianggap tegas, dan jahat pada orang sekelilingnya.

Fobia pula ialah  apabila sejarah hitam sesuatu kelakuan yang dialami telah mendatangkan perubahan drastik pada diri mereka, seperti takut membawa kereta dengan laju kerana pernah terlibat dengan kemalangan,hydrophobia, takut kepada air kerana pernah lemas, serta fobia yang lain yang telah mengimpakkan diri mereka sebelum ini, dan sehingga sekarang mereka masih terus fobia.

Terakhir sekali,sifat amarah. Marah disebabkan peningkatan yang tinggi dalam hormon tubuh manusia seperti dalam hormon estrogen bagi wanita dan testosteron pada lelaki. Marah disebabkan rasa tidak puas hati dan ingin menuntu dan menyuarakan hak dalam konteks yang agak kasar,dan mungkin mamapu melukakan orang lain. Wujud juga keadaan dimana insan pemarah acapkali mencederakan diri dan merosakkan harta benda dengan tujuan suara mereka didengari.

Konklusinya, emosi negatif dan positif perlu bergerak seiring kepada hidup ini perlukan keseimbangan dan agar tidak berlaku masalah kecelaruan emosi andai hanya tahu suatu jenis emosi sahaja. Sekian.


No comments:

Post a Comment