Thursday, 12 August 2010

A134420 FARAH LJ04

Sebelum saya memulakan bicara,saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam diseluruh dunia.Kursus Pengurusan Emosi pada minggu ini sangat istimewa kerana hari ini merupakan hari pertama umat Islam berpuasa.Walaupun waktu pembelajaran kursus ini memang sesuai untuk merehatkan minda bagi mahasiswa dan mahasiswi,kami tetap bersemangat untuk mempelajari ilmu yang ingin dicurahkan kepada kami.Kami percaya,bahawa setiap pengorbanan itu akan dibalas dengan sesuatu yang setimpal dengan usaha kita.Semoga pembelajaran kami pada hari ini akan diberkati olehNya.Lebih-lebih lagi apabila kami sangat seronok dan terhibur dengan tajuk pembelajaran pada minggu ini iaitu Emosi Negatif yang selalu dikaitkan dengan diri kita seperti tskut,malu dan sedih.Saya percaya setiap manusia didunia ini pernah mengalami emosi seperti ini.Minggu sebelum ini,kami telah mempelajari ilmu berkaitan Emosi Positif.Emosi negatif ini sesuatu emosi yang bercanggah dengan emosi positif.Kami telah menyelami beberapa perkara dalam tajuk minggu ini.

                        Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T. kepada manusia.  Remaja sebagai manusia biasa juga tidak terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut.  Antara emosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa kepada keburukan. Kadangkala kita tidak dapat mengelak untuk menunjukkan emosi yang negatif.  Walaupun kita terpaksa menunjukkan emosi 'buruk' namun kesan negatif dapat dikurangkan jika bertenang .Sebenarnya sesuatu emosi dapat dirasai mengikut cara kita melihat sesuatu perkara. Kadangkala sesuatu perkara dipandang dengan cara serong atau tidak tepat dan dengan itu akan menghasilkan emosi yang negatif.  Selain daripada itu manusia lebih suka melihat bahagian yang negatif berbanding positif.  Tabiat ini harus dikikis sebab ia akan memakan diri sendiri.  Apa yang penting adalah dengan memberi peluang kepada diri untuk memahami orang lain dengan lebih baik walaupun kita mempunyai perassan negatif terhadapnya.

                        Perasaan takut juga hadir apabila kita mengalami trauma akibat sesuatu peristiwa ngeri seperti kemalangan,kejadian jenayah dan sebagainya.Berbicara tentang kejadian jenayah,saya teringat tentang suatu peristiwa yang terjadi ketika saya masih berada ditingkatang 4.Waktu kejadian itu berlaku,kami sekeluarga berada dirumah.Pada waktu tengah malam,satu kejadian yang tidak diingini berlaku.Rumah saya hamper dimasuki oleh pencuri.Namun begitu,abang saya telah menangkap pencuri itu sebelum pencuri itu sempat masuk kerumah saya.Mereka menaiki motosikal ketika itu.Lantas,abang dan ayah saya membawa mereka kebalai polis untuk disoal siasat atas dakwaan disyaki mencuri.Selepas kejadian itu,saya sangat trauma apabila terdengar bunyi enjin motosikal yang lalu dihadapan rumah saya.Setelah beberapa bulan,emosi saya dapat dikawal dengan sebaiknya .Itu merupakan salah satu faktor yang boleh membuatkan diri kita berasa takut.Terdapat beberapa ekspresi muka apabila seseorang itu berada dalam ketakutan.Contohnya seperti mata terbuka luas,kening kedalam dan sebagainya.Reaksi ini boleh dilihat jika kita terserempak dengan sesuatu yang menakutkan.

                        Malu merupakan suatu perasaan negatif yang timbul dalam diri seseorang akibat daripada kesedaran diri mengenai perlakuan yang tidak dapat diterima oleh dirinya sendiri.Terdapat dua jenis perasaan malu iaitu secara personal dan professional.Malu dalam masyarakat Melayu mempunyai 3 pengertian,malu sebagai perasaan,malu sebagai tanda harga diri dan malu sebagai fungsi kawalan sosial.Namun,orang tua-tua selalu berpesan kepada anak-anak mereka "Malu biar bertempat".Ada juga pepatah yang dikaitkan dengan perasaan malu"Malu Bertanya Sesat Jalan".Ini ditakrifkan sebagai salah satu perasaan malu yang bertempat.Andai kata jika kita tidak mengetahui atau memahami sesuatu,bertanya kepada orang yang berpengalaman adalah lebih baik daripada berdiam diri sahaja tanpa apa-apa tindakan.Ini mengingatkan saya kepada satu cerita yang dialami oleh pak cik saya sendiri.Pak cik saya ingin membuka satu perniagaan yang berasaskan makanan.Namun,beliau tidak mempunyai penagalaman langsung dalam bidang tersebut.Demi untuk menyara keluarga,beliau sanggup menuntut ilmu dalam bidang tersebut.Beliau ingin menimba pengalaman dengan bekerja di sebuah kedai yang terletak didalam kawasan kampung beliau.Namun,apa yang mengecewakan,beliau telah diarah untuk menjadi tukang sapu sebelum dibenarkan belajar dalam bidang tersebut.Pak cik saya tidak malu untuk melakukan pekerjaan tersebut kerana beliau tahu pengalaman yang ditimba hari ini akan member seribu makna kepada pak cik saya dan keluarganya.

                        Sedih juga dikaitkan dengan emosi negatif.Simptom-simptom seseorang itu sedang dilanda kesedihan adalah mereka akan berjalan tunduk,mengalirkan air mata dan sangat pendiam.Sedih merupakan suatu perasaan yang bertentangan dengan kebahagiaan.Kajian mendapati,manusia yang gembira berpotensi untuk memproses maklumat dalam jangka masa yang pendek.Keupayaan untuk memproses maklumat dipengaruhi oleh emosi seseorang.Kita akan berasa sedih apabila menghadapi kegagalan,kehilangan.Sebagai contih,saya mempunyai seorang kawan yang baik budi pekertinya.Ketika itu saya masih bersekolah disekolah rendah.Seminggu sebelum peperiksaan UPSR bermula,ibu kepada kawan saya itu telah meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru.Beliau amat bersedih dengan kematian insane tersayang itu.Namun,beliau hanya redha dan berserah kepada Allah kerana Allah lebih menyayangi ibunya.Sekian sahaja jurnal saya pada minggu ini.

No comments:

Post a Comment