Friday 27 August 2010

a128782nurulLJ06

Assalamualaikum………..

Tajuk kuliah pada minggu ini ialah Adaptation Level Theory dan Soloman Opponent Processs Theory…apakah perbezaan antara kedua teori ini??? Sekarang saya akan menjelaskan bahawa Adaptation Level Theory merupakan sesuatu tindak balas yang  akan terhasil apabila adanya ransangan dan ia bergantung kepada tahap adaptasi yang kita rasakan pada ketika itu. manakala teori soloman pula menyatakan  bahawa emosi menuju titik neutral tidak hanya berlaku dalam jangka masa panjang tetapi juga dalam jangka masa pendek.

Contoh yang paling mudah…

Apabila ada ditugaskan mengajar di sebuah sekolah pedalaman apa yang akan anda rasai??marah?sedih?gembira?@takut? Jika kita juga berasal dari kampong maka mudah untuk diri menyesuaikan dengan keadaan ini tetapi bagaimana pula dengan yang tiggal di Bandar tentu ia mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan seperti ini bukan? Oleh itu kita boleh menjangka bahawa adaptation level akan meningkat kerana kita sedar bahawa pelajar di kawasan memerlukan pendidikan yang sama seperti di Bandar maka kita akan berusaha supaya tahap pendidikan mereka meningkat dan bebas dari kemiskinan. Maka kita berusaha menjadi seorang pendidik cemerlang supaya anak murid Berjaya dengan cemelang .

Contoh lain jika anda  seorang kerani adakah anda bercita-cita @ mengimpikan kerjaya yang lebih dari itu seperti menjadi setiausaha, pengurus atau bos maka kita akan berusaha supaya apa yang diidamkan tercapai bukan? Tahap AL akan meningkat sekiranya apa yang diimpikan tercapai.

Soloman Theory pula menyatakan bahawa apabila emosi itu wujud secara berpasangan dan berlawanan. Contohnya gembira dan sedih…..

Sebgai contoh jika seorang yang hidup dalam kemewahan dan kesenangan akan musnah kegembiraan itu jika malapetaka berlaku kepadanya seperti syarikat yang diusahakan mengalami kerugian dan akhiynya membawa kepada kebankrupan. Maka kita kita ketahui mereka ini akan menyalahkan takdir tentang apa yang berlaku dan hidup dalam kemurungan dan kesdihan. Tiada lagi wajah ceria di wajah mereka.. ini akan akan berlaku dalam suatu jangka masa yang panjang dan mungkin juga dalam sepanjang kehidupan. Oleh itu kita haruslah sentiasa sedar bahawa tidak akan selamanya kita berada dalam keadaan yang selesa kerana terdapat segelintik masyarakat yang cemburu akan kehidupan kita.

Sekian…


No comments:

Post a Comment