Friday 27 August 2010

A133542 OON CHIA SOON LJ06

            Pada hari khamis juga, saya telah menghadiri kursus pengurusan emosi seperti minggu yang lepas. Saya amat gembira kerana bertuah untuk menyertai kursus ini. Tajuk pada minggu ini adalah Adaptation level Theory. Konsep asas bagi tajuk hari itu ialah kita bertindak kepada stimuli berdasarkan level adaptasi kita yang sedia ada. Setiap orang menpunyai level adaptasi yang berbeza. Ia akan bergantung pada pengalaman yang ditimpa oleh dirinya sendiri.

            Penyataan tersebut dapat dibuktikan dengan contoh yang nyata. Sebagai contohnya, dari segi penerimaan tahap suara. Seseorang yang dibesarkan berhampiran dengan lapangan terbang atau tempat-tempat yang bising akan lebih selesa untuk menyesuaikan diri dalam kebisingan. Oleh itu, semasa keadaan yang bising berlaku, setiap orang akan bertindak mengikut tahap adaptasinya. Jika seseorang tersebut menpunyai adaptasi yang tinggi, maka perasaan atau emosinya akan tidak begitu teruk. Jika seseorang tersebut menpunyai tahap adaptasi yang rendah, dia akan berasa sangat tidak selesa dan perasaan atau emosinya akan tidak stabil. Dengan ini, secara kesimpulannya yang ringkas, adaptasi level seseorang akan menjejaskan emosi secara langsung atau tidak.

            Selain contoh yang dinyatakan tadi, contoh yang lain ialah perasaan atau emosi terhadap gaji seseorang. Gaji yang lumayan seperti tiga ribu ringgit Malaysia dianggap gaji yang boleh diterima oleh kalangan masyarakat. Pada mulanya, tiga ribu ringgit Malaysia ini amat menyebabkan penerima berasa gembira kerana gaji tersebut mencapai tahap yang diingini. Akan tetapi, lama kelamaan, adaptasi terhadap gaji tersebut berlaku dan menyebabkan tahap adaptasinya meningkat secara tidak langsung. Sekarang, gaji empat ribu baru  boleh mencapai adaptasinya dan menyebabkan penerima berasa gembira. Sifat ini jika dilihat, akan seperti sifat tamak,tetapi perkara tersebut adalah berlaku atas sebab tahap adaptasi seseorang tersebut.

            Di samping itu, Solomon Opponent Process Theory juga diperkenalkan pada kuliah hari tersebut. Setiap emosi menyebabkan emosi yang sebaliknya berlaku. Solomon Opponent Process Theory ini  dibahagikan kepada 2 tahap. Yang pertama adalah tahap primari secara automatic dan tahao kedua adalah berdasarkan emosi yang bertentangan dengan tahap primari dan emosi begini akan bermula lambat jika berbanding dengan tahap primary. Tambahan pula, emosi ini yang terdapat semasa tahap opponent akan lebih bertahan dan kuat dengan berulangan. Sebagai contoh, seperti yang kita tahui, senaman merupakan aktiviti yang bermanfaat kepada kesihatan kita. Akan tetapi, jika kita cuba melakukannya, akan kita dapati perkara ini agak susah dicapaikan kerana kita akan berasa bosan pada kemulaan aktiviti ini. Lama kelamaan, emosi kita berubah kerana kita kian memahami aktiviti senaman ini akan menbawa manfaat kepada kesihatan kita. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan selepas itu tidak akan menyebabkan kita berasa bosan lagi kerana kita telah benar-benar meyertai aktiviti tersebut.

            Dalam konsep Solomon Opponent Process juga menyatakan jika emosi tersebut sentiasa dialami, intensiti terhadap emosi itu akan semakin kurang dan akhirnya menyebabkan emosi yang sebaliknya mengganti emosi yang sebelum itu. Sebagai contoh yang nyata, orang yang pertama kali bermain terjun dari kapal terbang akan berasa sangat takut tetapi makin banyak terjun, takut kita makin kurang dan akhirnya berganti dengannya adalah emosi seronok. Ketagihan terhadap dadah juga disebabkan punca yang sama.

            Kesimpulannya, adaptasi terhadap emosi kita akan sentiasa berlaku dan bergantung pada persekitaran kita. Setiap orang menpunyai tahap adaptasi yang tidak sama. Oleh itu, kita harus sentiasa mengingatkan tahap adaptasi orang yang kita bergaul dengan supaya tidak berlaku sebarang konflik dengannya.

No comments:

Post a Comment