Friday 6 August 2010

A128529 AINU LJO3

Pada 4 Ogos 2010, merupakan sesi perkuliahan yang ketiga bagi kursus Pengurusan Emosi. Pada kali ini, sesi perkuliahan lebih menumpukan kepada topik "Emosi Negatif", dan memberikan fokus kepada emosi gembira, bahagia, dan juga kasih. Ternyata sesi pembelajaran kali ini lebih mudah untuk difahami berbanding sesi perkuliahan yang lepas.

             Perkara pertama yang disentuh dalam perkuliahan pada kali ini adalah berkaitan kegembiraan atau "happiness". Kegembiraan merupakan satu perasaan kebahagiaan adalah suatu keadaan emosi yang berkesan yang dapat dilihat atau dikenalpasti melalui perasaan kenikmatan, kesenangan, dan kepuasan. Kebahagian turut  mencerminkan pentingnya kebahagian bagi manusia sejagat. Ini turut dikukuhkan dengan hujah-hujah oleh ahli falsafah terkenal seperti Aristotle, Plato dan Mills. Kegembiraan akan muncul dalam diri seseorang apabila dia mendapat sesuatu yang diimpikan dalam hidupnya. Lanjutan daripada itu, kehidupan seseorang itu akan bertambah bahagia apabila hidupnya dipenuhi dengan impian yang telah menjadi kenyataan. Sebagai contohnya, terdapat seorang lelaki yang pada  mulanya hidup keseorangan tanpa ada teman wanita dandia akhirnya telah jatuh cinta dengan seseorang yang memang dia minati selama ini. Sudah tentu, dia akan merasa gembira dan teruja. Kegembiraannya akan makin bertambah apabila dia akhirnya berjaya disatukan dengan teman wanitanya melalui ikatan perkahwinan, dan akhirnya mereka dikurniakan oleh anak-anak yang comel. Itulah yang dikatakan kegembiraan yang akhirnya dilanjutkan dengan kebahagian. Menurut Veenhoven, 1995), budaya turut menunjukkan bahawa kebahagiaan itu berbeza dari negara ke negara yang lain.Argyle, 1987, telah menyatakan, orang yang hidup di Nonth American, Australia, and Europe lebih bahagia. Hal ini adalah kerana taraf kehidupan di negara terbabit lebih tinggi dan maju berbanding dengan negara lain. Saya juga turut mempunyai seorang rakan yang mengatakan bahawa, kehidupan diluar negara adalah lebih baik berbanding dengan kehidupan di Malaysia, kerana Malaysia masih belum mampu maju dari segi teknologi, dan peluang pekerjaan disini, banyak di dimonopoli oleh rakyat dari negara jiran.

             Kepuasan dalam hidup merupakan sesuatu yang diimpikan oleh semua orang. Menurut Model Aditif, kegembiraan ini boleh dibahagikan kepada kebahagiaan jangka masa pendek dan kebahagiaan jangka panjang. Menurut Freud, hubungan kita dengan ibu bapa kita, sejak dari kita kecil lagi akan menjadi faktor penentu bagi kebahagiaan dan kepuasan hidup untuk kita pada masa hadapan. Menurut satu pembacaan yang telah saya buat ketika dahulu, kanak-kanak yang pada waktu kecilnya sudah pandai melawan dan tidak menghormati kedua ibu bapa sejak dari kecil, akan mempunyai peratusan yang tinggi untuk menjadi remaja yang liar pada usia remaja nya. Ini menunjukkan bahawa, kepuasan hidup seseorang itu akan dapat dilihat tandanya sejak dari kecil lagi. Sebelum ini saya tidak mengetahui bahawa tingkah laku zaman kanak-kanak akan mempengaruhi kepuasan hidup seseorang pada masa hadapan. Kebahagian juga boleh dikaitkan dengan perkahwinan. Apa yang saya ketahui, lelaki yang single akan merasa nikmat hidup yang sebenar setelah dia berkahwin. Hal ini adalah kerana, kehidupan seseorang lelaki akan lebih terurus apabila mempunyai seseorang untuk menguruskan kehidupannya. Selain dari perkahwinan, kepuasan hidup seseorang akan dapat dicapai melalui faktor penghayatan agama yang kukuh, persahabatan yang erat, kerja yang tetap dan sebagainya. Contohnya, seseorang yang mempunyai kerja yang tetap akan lebih terurus dan teratur hidupnya berbanding dengan orang yang menganggur.

             Untuk menjaga kasih sayang terhadap seseorang, kita mestilah mempunyai beberapa kualiti seperti "mempunyai hubungan yang tidak dapat dipisahkan, satu perasaan untuk mengambil berat, dan perasaan untuk percaya terhadap pasangan". Saya mempunyai sorang kawan yang bercinta jarak jauh dengan pasangannya. Dia amat mengambil berat akan pasangannya dan walaupun jauh, mereka tidak pernah terputus hubungan. Namun begitu, dia tidak mempercayai pasangannya lantaran kerana jarak yang memisahkan mereka. Dan inilah yang menyebabkan mereka selalu bertengkar dan akhirnya membawa kepada perpisahan. Ini menunjukkan bahawa kepercayaan adalah penting dalam kasih sayang.

              Kesimpulannya, gembira, bahagia dan kasih merupakan satu komponen yang amat diingini oleh seseorang dalam hidupnya.#END


No comments:

Post a Comment